guardian Semarakkan Hari Kebangsaan dengan Kempen #LoveforLocal
#LoveforLocal Guardian Mencipta Kesan Mendalam
Petaling Jaya, 3 September 2024– Kempen #LoveforLocal yang dianjurkan oleh guardian baru-baru ini di Blue Atrium, Sunway Pyramid telah menerima sambutan hangat dan mempamerkan kejayaan yang memberangsangkan dalam memperkenalkan jenama kecantikan tempatan kepada rakyat Malaysia.
Acara yang berlangsung dari 27 Ogos hingga 1 September ini berjaya menarik perhatian ramai pengunjung dengan pelbagai aktiviti menarik dan tawaran hebat. Pengunjung tidak hanya berpeluang melihat dan membeli produk kecantikan dari 30 jenama tempatan terpilih tetapi juga menikmati diskaun sehingga 50% untuk barangan penjagaan kulit dan penjagaan diri.
Pengasas yang terlibat dalam acara ini turut meberikan kata positif terhadap kempen sebegini antaranya :-
**Adibah Mazlan** dari The Raw memuji kempen ini dengan berkata, “Sambutan yang kami terima di acara ini sangat menggalakkan. Kami berterima kasih kepada guardian kerana menyediakan platform yang hebat untuk memperkenalkan produk kami kepada lebih ramai pengguna. Rangkaian kami kini berkembang pesat dan kami gembira dapat berkongsi produk kami dengan lebih ramai pelanggan.”
**Chryseis Tan** dari Lumi berkata, “Kempen ini telah memberikan kami peluang untuk berinteraksi secara langsung dengan pelanggan kami. Kunjungan yang ramai dan maklum balas positif dari pelanggan membuktikan bahawa produk kami mendapat tempat di hati mereka. Terima kasih kepada guardian kerana menjadikan acara ini sebuah kejayaan.”
**Sarah Shah Nor**dari Cuura menyatakan, “Kami sangat berpuas hati dengan sambutan dari pelanggan. Acara ini bukan sahaja meningkatkan visibiliti produk kami tetapi juga memupuk hubungan yang lebih kukuh dengan pelanggan kami. Ini adalah satu pencapaian besar untuk jenama kami.”
**Sue Aini** dari Mango Flamingo juga memberikan pujian, “Sambutan dari acara ini benar-benar luar biasa. Pelanggan menunjukkan minat yang mendalam terhadap produk kami dan sokongan ini benar-benar memotivasi kami untuk terus menawarkan yang terbaik.”
Acara ini memaparkan aktiviti mesra keluarga yang berjaya menarik perhatian pelbagai lapisan umur. Pertandingan tarian K-pop dengan gaya Malaysia pada 31 Ogos menjadi tarikan utama, menggabungkan elemen hiburan dengan tema tempatan, dan mendapat sambutan hangat dari pengunjung.
Tawaran diskaun yang diberikan turut mendapat sambutan positif, dengan ramai pelanggan memanfaatkan potongan harga sehingga 20% untuk produk kecantikan dan sehingga 50% untuk barangan penjagaan kulit dan penjagaan diri. Pemberian mask kecantikan percuma dengan pembelian dua produk juga menjadi salah satu daya tarikan utama acara ini.
Kempen #LoveforLocal oleh guardian berjaya mencapai matlamatnya untuk mempromosikan jenama kecantikan tempatan dan memberikan pengalaman membeli-belah yang menarik serta memuaskan. Acara ini tidak hanya memperlihatkan produk-produk berkualiti tinggi dari Malaysia tetapi juga menggalakkan sokongan kepada usahawan tempatan.
Dengan kejayaan ini, guardian telah membuktikan komitmennya untuk terus menyokong dan mempromosikan bakat tempatan serta memupuk semangat perpaduan dan kebanggaan terhadap produk Malaysia. Kami berharap untuk melihat lebih banyak inisiatif serupa pada masa depan yang akan terus memperkaya pengalaman membeli-belah rakyat Malaysia.
- Facebook: @guardianmy
- Instagram: @guardianmy
- YouTube: @guardian MY
- Telegram: @guardianMY
#guardianMy #guardianMalaysia #LoveforLocal
0 Comments
Bismilahirohmanirrohim