Hotel Review Royale Chulan Seremban dan apa yang best di Seremban

by - September 12, 2023

Assalamualaikum, blog ni sekali setahun barangkali baru nak updates sesuatu aktiviti. maklumlah dah sibuk dengan kerja hakiki so masa agak terhad untuk diluangkan di ruangan blog. Tapi kali ni I nak share port best dan nak bagi review bab hotel stay on my last vacation.


Kalau korang ke Seremban korang tau tak port best untuk di lawat dan bawa family korang bersantai. Nak nak anak anak yang semestinya menginginkan sesuatu yang menarik untuk diceritakan pada kawan kawan mereka. Macam anak I suka berkongsi dengan kawan kawan port best makan dan tempat yang dia suka kunjung.

Kalau kat Seremban ada beberapa tempat yang wajib korang kunjung. Wajib tau. Jangan kata Seremban bandar mati yer, sebab baru I tahu Seremban banyak tempat menarik, dan boleh dikatakan amat knowlwgdeble untuk bawa anak anak belajar. 

1. GALERI DIRAJA TUANKU JAAFAR

Galeri Diraja Tuanku Ja'afar adalah sebuah muzium yang dibangunkan untuk menghidupkan kenangan DYMM Almarhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

Majlis pra pelancaran yang menandakan pembukaan fasa pertama galeri ini telah diadakan pada 4 Disember 2014 oleh Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Najihah bt Tunku Besar Burhanuddin.

Pameran yang disediakan adalah berkonsepkan perjalanan biografi kehidupan baginda.

Pengunjung akan dapat menghayati sejarah pemerintahan baginda dan mengambil ikhtibar daripada pengalaman tersebut. Ruang pameran akan diperbaharui setiap tahun untuk memberi kelainan dan tarikan baru kepada pengunjung.










Abam tak ketinggalan meninggalkan jejak di ruangan ucapan pengunjung. Dia bersungguh nak pamerkan Tiktok akaun dia pada oarang. Hahah

2. Jelita Ostrich Farm Seremban

Mencari percutian keluarga yang hebat? Jom ! Jelita Ostrich Farm Seremban ialah sebuah ladang mesra keluarga, dan perkhidmatan gaya desa. Dibuka sepanjang tahun dan dipenuhi dengan pek keseronokan untuk keseronokan keluarga korang. Jadi singgah untuk mengetahui perkara yang ditawarkan.

Hah yang ni korang wajib bawa anak-anak kesini. Seronok yer mereka especially anak-anak sebab mereka dapat dekati dan bermain dengan Ostrich secara dekat. Memang seronok, termasuklah mommy. Tapi mommy penakut kepada binatang yang besar besar ni. Hahaha. Abam paling excited, dia sangat teruja bila mana berpeluang untuk feeding the haiwan dalam Farm ni. Di Farm ini juga terdapat satu kedai cenderahati yang mana produknya berasaskan Ostrich. baru I tahu seekor Ostrich ni amat berguna dari telur, kulit dan daging. nanti kalau korang ke Seremban jangan lupa bawa anak-anak ke sini tau. 






 


3. Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan

Masjid Sri Sendayan merupakan sebuah masjid yang terletak di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan. Masjid ini merupakan salah sebuah masjid tercantik di Malaysia dan selalu menerima lawatan pengunjung luar serta pelancong. Mula dibina pada tahun 2015 dan dirasmikan pada 20 September 2019, masjid ini mampu menampung sehingga 5000 jemaah pada satu-satu masa. Masjid ini telah diwakafkan oleh tokoh perbankan, Tan Sri Abdul Rashid bin Hussain dan telah menelan belanja kira-kira RM100 juta.


Kebanyakan seni bina dalaman masjid ini ditempah khas termasuk ukiran kayu pada dinding di dewan solat, penggunaan saduran berwarna emas, tulisan khat serta penggunaan bongkah jubin sebagai dinding berhampiran mimbar. Bahagian dalaman kubah utama dihiasi dengan cat emas 24k. Seni dalaman masjid ini menggabungkan elemen dari Mesir, Turki, Dubai, Maghribi dan China.












4. Starfresh Agro Park (Starfresh AgroPark)

Ini best, sebab korang berpeluang untuk melakukan aktiviti seperti membuat jam menggunakan buah belimbing, dan layan makan durian dan minum buah rosselle. Best part is kalau korang pengemar buah avocado. Korang akan suka dengan avocado kat sini. Gemuk dan besar buahnya. Paling penting jauh murah.



Oklah kalau dah kat Seremban ni mesti nak cari hotel yang best kan. Kalau yang ada family macam ni, harus lah nak hotel yang selesa dan family friendly kan. Stroller friendly dan semestinya parents boleh healing dan anak anak boleh berseronok dengan bermain air di kolam mandi yang selesa. Kalau tak puas juga mandi kat kolam mandi boleh sambung kat bilik pula sebab semestinya mesti korang suka bilik yang ada tub mandi kan?

And the best place to stay when in Seremban would be Royale Chulan Seremban.


Royale Chulan Seremban terletak bersebelahan dengan daerah Lake Garden di ibu negeri Negeri Sembilan. Hartanah bertaraf empat bintang ini menawarkan tetamu sebuah hotel di mana keselesaan terbaik mereka disediakan melalui kemudahan dan penginapan yang sangat baik. Kedua-dua pelancong p

erniagaan dan percutian akan menghargai pemandangan landskap berbukit Seremban dan layanan terbaik Royale Chulan Seremban. Ia terletak kurang dari satu jam di selatan Kuala Lumpur.

Hotel yang hebat dengan kemudahan dan perkhidmatan yang hebat. Walaupun ia adalah hotel lama, ia diselenggara dengan

baik. Bilik yang sangat luas dan bersih. Ia mempunyai pilihan sarapan pagi yang sangat baik. Makan Malam BBQ yang bagus dan pasti akan datang lagi tidak lama lagi. I menikmati penginapan I dengan @royalechulanseremban


@royalechulanseremban ialah saat yang tepat untuk menyelami keindahan kolam renang luaran.


Hotel ini mempunyai kolam renang luaran. Kolam yang besar dan bagus dengan anggaran kedalaman 4-5 meter antara kolam paling dalam dalam pengalaman I menginap di kebanyakkan hotel, kolam hotel dengan kedalaman sedemikian pada masa sekarang belum lagi ada sedalam ni. Terdapat juga kolam renang kanak-kanak dan jakuzi kecil bersebelahan dengan kolam utama yang juga menakjubkan. Kolam itu dikelilingi oleh air terjun buatan yang menjadikan pemandangannya mengagumkan. So port best untuk parent healing dan layan novel while anak bermain.

Kakitangan kolam renang sangat mengalu alukan kunjungan pelawat, sangat membantu dan juga sangat ramah untuk memberi penerangan tentang semua kemudahan yang mereka ada. Paling best uncle kat kolam tu baik sangat.


Tempah dan hubungi di +016920 9934 atau 06-766 6666 samb.
6611, atau e-mel di booking.rcs@royalechulan.com

#royalechulanseremban #staycation #merdeka #cuticutimalaysia #tempatmenarik #travelogue #serembanbest #tempatbestseremban

You May Also Like

0 Comments

Bismilahirohmanirrohim

Powered by Blogger.