GUARDIAN PERKENAL TAWARAN ISTIMEWA HARI RAYA MENERUSI TAYANGAN VIDEO HARI RAYA
Guardian Malaysia hari ini mengadakan tayangan perdana‘Guardian Raya Untuk Semua’, video Raya Guardian untuk Hari Raya 2023, bersempena dengan pelancaran tawaran Hari Rayanyayang menakjubkan!
Angela Teo, Ketua Pemasaran, Guardian Health and Beauty SdnBhd berkata;
“Video Raya 2023 kami, bertajuk ‘Guardian Raya Untuk Semua’, dihasilkan dengan tujuan untuk mengeratkan silaturahim dan memperkukuhkan nilai-nilai kekeluargaan, terutamanya di masa-masa berharga seperti Hari Raya.
“Kami turut menggunakan kesempatan ini untuk menyerlahkanperanan Guardian dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia dengan membantu mereka berhari raya secara sihat dan bergaya, menerusi tawaran pelbagai produk kesihatan dan kecantikan hebatpada nilai yang lebih baik tahun ini!” jelas beliau di majlis tayangan video raya dan berbuka puasa bersama media.
Video Raya tersebut, yang menampilkan lagu berirama joget yang rancak oleh Guardian, dibangunkan dengan tema - ‘Keluarga yang ceria bersama, kekal bersama’ (A family that plays together, stays together).
Di sebalik perbezaan mereka, berlainan personaliti dan perangai, apabila seisi keluarga bersatu, mereka teguh ibarat sebuah rumahyang kukuh, saling membantu antara satu sama lain agar hubunganlebih harmoni dan gembira.
Teo berkata: “Di Guardian, kami meraikan kelainan dan kepelbagaian. Guardian adalah untuk semua. Tidak kira siapa anda, apa keperluan anda, usia atau jantina anda, Guardian adalahjenama yang memenuhi segala keperluan kesihatan dan kecantikananda, menyatukan keluarga dan kami akan sentiasa bersama anda.”
Apa yang menjadikan video Raya kali ini berbeza daripada yang sebelumnya adalah, untuk video Raya tahun ini, Guardian menampilkan empat pelanggan setia Guardian. Empat wanita inimerupakan antara finalis Peraduan Face of Healthy BeautyGuardian yang diadakan pada 2019.
Teo berkata, keempat-empat wanita ini; Dr Amanda Elli, PuteriShazwani Megat Ahmad Shahriman, Yasmin Khalid dan AfeefaOoi, adalah pelanggan setia Guardian
dan merupakan testimoni hidup Healthy Beauty - konsepkehidupan yang diperjuangkan oleh Guardian dalam semuaacaranya.
“Kami sangat berbangga dengan mereka sehingga kami memberikan gelaran ‘Ikon Healthy Beauty’ kepada keempat-empatwanita ini,” jelas Teo.
Untuk membantu pelanggan kekal sihat dan cantik menjelang Hari Raya, Teo turut mengumumkan tawaran ‘Raya Untuk Semua’ Guardian yang menampilkan promosi penjimatan sehingga 50% yang akan bermula di semua stor fizikal dan dalam talian mulai 30 Mac 2023.
Antara tawaran istimewa Hari Raya termasuk:
Di bulan Ramadan yang mulia ini, bulan dimana kita digalakkanuntuk berusaha melakukan amalan baik dan kebajikan, pelangganGuardian juga boleh membantu kanak-kanak kurang bernasib baikdi Malaysia dengan membeli mana-mana produk mandian jenamaGuardian. Untuk setiap liter yang dijual, Guardian akanmendermakan RM0.15 ke tabung yang telah diwujudkan untukmembeli produk penjagaan mandian untuk mereka.
“Jadi, rebutlah tawaran menakjubkan yang telah kami sediakanuntuk anda sempena Hari Raya ini. Pastikan anda kelihatan segak, anggun dan sihat apabila pulang menziarahi sanak saudara di kampung di Hari Raya nanti,” kata Teo mengakhiri.
Video Hari Raya ‘Raya Untuk Semua’ Guardian boleh ditontondengan mengakses pautan ini: https://youtu.be/PSbunZ8FYr0 dan tawaran ‘Raya Untuk Semua’ Guardian boleh dilihat di www.guardian.com.my dan di aplikasi mudah alih Guardian.
0 Comments
Bismilahirohmanirrohim