SITI KHADIJAH MODEN DAN MEWAH : TRANSFORMASI BAHARU BUTIK SITI KHADIJAH.

by - June 22, 2022




SHAH ALAM , 17 JUN 2022- Siti Khadijah sememangnya tidak asing lagi sebagai pengeluar busana Muslimah dan telekung inovasi pertama di Malaysia sejak tahun 2009 dengan mempunyai 39 butik di seluruh negara serta di Indonesia . Bagi terus memastikan pelanggan merasai pengalaman membeli belah yang selesa , butik Siti Khadijah kini tampil berwajah baru dengan ruang jualan yang lebih luas , selesa dan rekaan dalamannya yang berkonsepkan moden dan mewah . Sentuhan warna yang bertepatkan dengan tema dan juga mengikut trend terkini menjanjikan pengalaman membeli belah menjadi seronok. Outlet terbaru kali ini adalah outlet ke 40 dan ia satu pencapaian yang membanggakan bagi SK. Kerana pencapaian sejauh ini bukan lah sesuatu yang mudah dan ia melalui pelbagai cabaran.






Butik Siti Khadijah di Pusat Membeli Belah AEON Shah Alam dipilih sebagai perintis kepada konsep rekaan dalaman terkini kerana saiz ruang jualan dan variasi produknya yang terhad sebelum ini dan telah diubah mengikut konsep moden terkini bertepatan dengan kehendak pelanggan . Butik baharu yang berkonsepkan lebih moden dan mewah diharapkan dapat memberi pengalaman yang luar biasa buat para pelanggan SK . Kombinasi warna korporat SK iaitu merah hati dengan pilihan warna emas dan rose gold menyerlahkan nilai SK yang meyakinkan . Istimewanya juga , butik ini yang dibuka pada tahun 2017 adalah butik pertama SK yang dibuka di pusat membeli belah AEON di Malaysia .


Majlis pembukaan dan perasmian butik baharu berlangsung di Butik Siti Khadijah , Lot F - 4G . AEON Mall Shah Alam oleh Encik Mohammad Munzir Aminuddin ( Ketua Pegawai Eksekutif Siti Khadijah Sdn Bhd ) dan Puan Munirah Azmi ( Pengarah Bahagian Operasi , Pemasaran dan Sewaan , AEON Co ( M ) Bhd ) pada jam 3 petang .



"Sudah menjadi keutamaan SK untuk sentiasa berinovasi & memperbaiki mutu pengeluaran serta kenyamanan pelanggan dari masa ke semasa " kata Encik Mohammad Munzir Aminudin . Harapan beliau juga semoga SK sentiasa berada dihati setiap pelanggan yang mana SK akan sedaya upaya menambah baikkan segala keperluan mengikut peredaran zaman.


SK juga akan mengembangkan perniagaan melalui pembukaan butik baharu lain yang lebih menarik dan segar bukan sahaja di Malaysia , malah ke seluruh dunia dengan menyediakan berkhidmatan dan produk yang terbaik . Pengalaman I sendiri sebagai pelanggan tetap SK, kualiti mereka tiada tandingan. Suka sangat dengan kualiti kain cotton yang sejuk tebal namun tidak panas. Walaupun sesetengah akan pertikaikan tentang harga. Bagi I apa lah sangat nak dibandingkan dengan bag berjenama mewah. lagipun ia adalah persalinan yang indah untuk beramal ibadah. Ketahanan produk adalah sangat membanggakan bagi I kerana. Sudah lebih dari 5 tahun namun keselesaan pada material yang digunakan SK adalah sangat bagus. Makin dipakai makin selesa dan mustahil untuk tukar pada jenama lain.









SK sangat berbesar hati mengumumkan pembukaan dua buah butik baharu lagi di Kulim , Kedah pada 1 Julai 2022 dan di Ampang Point . Kuala Lumpur pada 15 Julai 2022. Di samping itu , Hegira , sebuah jenama hijab di bawah payung Kumpulan Siti Khadijah akan melancarkan butik pertamanya di Pusat Membeli Belah AEON Kota Bharu pada 1 Julai 2022 .

Pada pendapat I sendiri adalah pencapaian yang sangat cemerlang dengan pertambahan outlet yang mana amat memudahkan mereka disekitar untuk melihat koleksi terbaru dari SK. Ini menjadikan SK pilihan utama dan sentiasa dinantikan oleh pelanggan setia.

I sendiri berharap dimasa hadapan SK dapat memperjuangkan fashion muslimah seperti jenama lain yang mana, trendy fashion muslimah bertata rias dapat ditomjolkan namun ia tetap menepati ciri ciri muslimah sejati dan terjaga aurat. Bukan hanya sekadar baju kurung mungkin rekaan pakaian muslimah yang moden serta mengikut perkembangan fashion wanita muslim terkini. 

Akhir kata korang jangan lupa untuk singgah mencuci mata dan mendapatkan produk terbaik dari SK untuk tersayang. Dan menjadikan SK adalah jenama pilihan sebagai koleksi simpanan. Jangan lupa untuk hari penting yang I nyatakan kerana akan terdapat promosi menarik untuk didapati dan dengan koleksi terbaru dari SK. Semoga SK kekal maju jaya dan sentiasa utuh sebagai jenama pilihan di hati peminat.

Sekian..

You May Also Like

0 Comments

Bismilahirohmanirrohim

Powered by Blogger.