Rindu Jepun dan makanannya. Dapatkan secara terus dan segar dari KANIKA MALAYSIA. Premium Kualiti Frozen Food.

by - June 11, 2022

Hi Korang siapa peminat makanan Jepun kat sini? Tau tak sekarang nak makan mengikut selera Jepun atau terasa benar-benar berada di Jepun hanya dengan rangkaian makanan dari KANIKA Frozen Food. Rangkaian makanan kretif serta mudah disediakn ini telah dicipta bagi memudahkan kerja pernyediaan. Walaupun korang baru sahaja pulang dari waktu yang panjang dan memenatkan. Tapi dengan Rangkaian produk makanan dari KANIKA ini. Kerja menjadi mudah dan ia mengikut citarasa rakyat Malaysia.

Bermula secara kecil kecilan sehingga berjaya mengendalikan makanan laut di Pasar Selayang,KANIKA telah mengubah pengalaman berdekad-dekad kepada yang terbaik sehingga Kini. Mereka tahu akan  bahawa salah satu keseronokan terbesar dalam hidup ialah keseluruhan pengalaman adalah dengan menyediakan makanan, memasak, menyadur dan menikmati makanan. Keutamaan Kanika adalah untuk menyediakan produk berkualiti tinggi untuk pengalaman kulinari ini.
Rangkaian makanan dari KANIKA Food hanya menyediakan menu terbaik dan segar seperti baru pukat dari laut. Ia ternyata duji akan kebersihan serta kesegaran sebelum dibungkus untuk dipasarkan. So andai korang atau salah seorang ahli keluarga mengidam atau teringat kan kan makanan Jepun atau rindu untuk ke Jepun. Nikmatilah KANIKA Food, ternyata rindu korang akan terubat. 

Bahan makanan dari KANIKA Food ni adalah yang mentah dan segar, nak lagi sayur yang telah dijeruk menjadikan rasa lebih menarik. Jadi untuk hidangan yang I sediakan adalah terlalu mudah dan ia lebih mudah bila aman hanya perlu dipanaskan menggunakan microwave. Mudah bukan?





Sesame Salad Dressing. Sos pelbagai guna boleh dijadikan penambah rasa dalam makanan Salad, hidangan bergoreng mahupun di jadikan hiasan untuk hidangan sushi. Rasa unik bijan dan lemak manis, menjadikan makanan salad rasa padu yang unik dan menyegarkan. Takdalah plain bila menikmati salah atau suhi bila menggunakan sesame dressing salad dari KANIKA ni.


Sedikit info tentang HSH Frozen Foods Sdn Bhd

HSH Frozen Foods Sdn Bhd telah ditubuhkan pada tahun 1991. Pada tahun 1996, jenama “Kanika” telah dicipta dan telah menjadi jenama terkemuka dalam produk makanan inovatif. KANIKA ialah pembekal makanan laut, ikan dan makanan sejuk beku Jepun Malaysia. Perniagaan teras dibekalkan untuk memborong lebih daripada 1,000 jenis makanan laut beku ke hotel, pasar raya, restoran dan runcit premium berantai. Kami memilih dan mengimport lebih 1000 produk dari lebih 20 negara ke Malaysia. Kami juga mengeksport keluar produk ke Hong Kong dan Singapura.


Promosi Bundle Set Bersempena dengan Fathers Day


Untuk meraikan Fathers Day tahun ini Kanika telah menjalankan satu promosi menarik yang mana, jualan set bundle pada harga RM127 sahaja. Package menarik yang korang kena grab sebab content dalam package ni sangat menarik dan berbaloi. Dapat penjimatan sebanyak 10% tau dari harga jualan asal. Memang berbaloi. Pembelian set bundle ini telah bermula dari 6 Jun dan akan berlansung sehingga 18 Jun 2022


Senarai produk didalam bundle package ini adalah:

  • 1 x Black Jute Bag
  • 2 x Udon
  • 2 x Breaded Scallop
  • 2 x Sesame Salad Dressing
  • 2 x Chuka Wakame
  • 2 x Chuka Hotate
  • 2 x Chuka Idako

Untuk mee udon I hanya defrostkan saja dan celur dalam air panas seketika dan terus dihidangkan kerana anak amat suka makan dengan sos Frozen Seasoning Baby Octopus. Suka dia, satu bungkus dia seorang je yang selesaikan.

Antara cara lain i hidangkan mee udon adalah dengan hidangkan dengan sup pedas atau tomyam. 



Cara hidangan adalah amat mudah dan membangkitkan selera. Mee udon salah satu makanan yang boleh dijadikan makanan gantian selepas nasi dan bagi i ia mengeyangkan. Tak sangka pula bila makan bersama kuah tomyam rasa serasi bergabung menghasilkan rasa yang segar dan enak. Kira kreatif bila pelbagaikan rasa Jepun dengan tekak selera melayu dan anak I sangat enjoy.


Bahan-bahan ringkas bagi penyediaan Tomyam Udon adalah seperti berikut

  • 2 paket perencah tomyam adabi
  • 1 paket perencah asam pedas adabi
  • 2 pcs kiub pati ayam
  • Air 1.5 liter
  • Gula 1 sudu
  • Garam
  • Cukup Rasa
  • 3 biji Limau nipis (perah untuk dapatkan Jus
  • Sayur seperti carrot dan jagung, serta tomato ikut keselesaan
  • Cili api (i wajib sebab suka sangat makan pedas)
  • Dan isi ayam ayam/scallop Hutate
  • 2 batang Serai
  • 2 helai daun limau purut
semua direbus sama naik hingga naik bau dan sedia dihidang bersama mee udon atau untuk sup hirupan dikala waktu hujan.



Ini sedap bila buat sushi, Rasa fresh seperti makanan lauk jeruk yang sangat segar bila dimakan bersama nasi. KANIKA CHUKA HOTATE ialah variasi item berperisa yang dipilih oleh Kanika kerana rasa yang tersendiri dan tekstur yang hebat, Chuka Hotate juga dikenali sebagai Seasoned Scallop Wings. Kerang panas mempunyai daging lembut dan manis yang cantik serta tekstur yang sangat halus.  Di Jepun adalah sangat biasa untuk makan mentah panas dalam bentuk sushi atau sashimi. Walau bagaimanapun, kerang ini juga hebat apabila dibakar atau dibakar. I makan bersama nasi panas digabungkan dengan sambal pedas melayu style membangkit rasa pedas masam dan jeruk dalam setiap bite.




Spesies obor-obor terpilih bukan sahaja selamat untuk dimakan tetapi juga merupakan sumber yang baik bagi beberapa nutrien, termasuk protein, antioksidan, dan mineral seperti selenium dan kolin. Kolagen yang terdapat dalam obor-obor juga boleh menyumbang kepada manfaat kesihatan seperti mengurangkan tekanan darah. Ini pertama kali I mencuba hidangan jelly fish ni. Mudah disediakan, kerana ia makanan yang hanya perlu defroze sahaja dan siap dihidangkan. Kebiasaannya ia dihidang atau dimakan bersama sushi, shasimi atau dijadikan makanan samping dalam hidangan utama. Untuk pertama kali percubaan merasai jelly fish ini. Sukar untuk I decribe akan rasanya kerana ia masih baru bagi i. Tapi rasanya masih boleh diterima tekak, kerana bahan gaulan yang menghasilkan rasa yang unik dalam setiap kunyahan. Bijan penambah rasa untuk mengelakkan rasa plain pada jellyfish.




Mee Udon. Pelbagai hidangan boleh disediakan menggunakan Mee Udon. Antaranya sup jernih panad bersama mee udon, miso soup bersama tauhu dan cara i menggunakan mee udon mengantikan mee kuning untuk hidangan tomyam. Dan ia serasi bersatu dengan rasa jepun dan thai. So lepas ni i boleh lah gunakan mee udon untuk hidangan berkuah, kerana anak i sangat sukakan rasa mee udon ni.




Rumpai Laut Chuka Wakame. Chuka bermaksud "China" dalam bahasa Jepun. Ini merujuk kepada perisa dan bahan yang ditambahkan pada produk; minyak bijan, kicap, cili api dan bijan. Wakame mempunyai warna hijau zaitun. Ia adalah salah satu sumber nutrien yang paling sihat di dunia. Rumpai ni sedap, i melayukan rasa dia bila I makan bersama sos pencicah buatan sendiri. Sambal cuka cili. Rasa dia macam you makan jeruk mangga dicicah kicap cuka. Memang sedap dan ia segar. Kretif makanan orang jepun ni. Kerana ia menyihatkan dan mudah disediakan. Dijadikan makanan sampingan atau dijadikan makanan alas untuk sushi atau didalam hidangan utama.



Baby Octopus / Chuka Idako yang menjadi kegemaran masyarakat jepun. Salah satu Otsumami (snek/pembuka selera) yang paling popular disana, Chuka Idako juga popular sebagai ulam dalam takoyaki, bentos atau dalam sushi! Mudah dan senang, Anak I suka makan baby Octopus ni bersama Mee Udon. Mudah je. Panaskan untuk hangatkan rasa dan gaul sahaja bersama Mee Udon dan siap dihidang.


Nampak sedap kan, dan ia sememangnya sedap. KANIKA IMITATION BREADED SCALLOP adalah variasi produk rangup yang dipilih oleh Kanika kerana teksturnya yang hebat dan rasa yang menarik dan premium. Kerang yang dilapisi tepung roti adalah snek lazat yang mempunyai rasa yang lembut dan tekstur yang kenyal. Serbuk roti yang rangup dan bersalut ringan ini adalah snek mampu milik yang sesuai untuk setiap majlis. Ia digoreng dan sangat sesuai dimakan dengan pencicah sesame dressing salad. I gunakan juga breaded scallop sebagai patty untuk dijadikan inti bagi mini burger. Rasa lain dari yang lain dan pertama kali anak i makan seafood. Dia sangkakan breaded scallop ni adalah chicken nugget. 


Apa yang penting lagi adalah Kanika Food merupakan penerima Star Outstanding Business Awards (SOBA) - Platinum Winner of The Best Brand 2021 dan ini membanggakan seluruh team dengan pencapaian sehingga kini.


Ok lah I nak makan sudah lapar ni tengok hidangan ringkas dan menyelerakan ini. So korang jangan lepaskan promosi bundle yang berbaloi ini ok.




Dapatkan produk KANIKA sekarang yang mudah didapati di e-portal 

Shopee:https://shope.ee/2Ab7caswvw
Lazada:https://s.lazada.com.my/s.VH6Jc
Kanika B2C Website: https://www.kanika.com.my/
Instagram: https://www.instagram.com/kanika_malaysia/
Facebook: https://www.facebook.com/kanikamalaysia
Youtube: https://www.youtube.com/channel/UCQJV0xObqopxbdUMFrp_elA

Dan dapatkan package menarik dengan harga bundle RM127 dari 6/6/2022 sehingga 18/6/2022

Kanika customer service details

Kanika Malaysia @Selayang
Block K, Lot 46903,
Jalan Taman Perusahaan Selayang.
68100 Batu Caves, Selangor
Telephone
1300-88-0707
010-2117549
012-9897424

Email : customersvc@kanika.com.my

#kanikamalaysia #premiumquality #frozenfood #freedelivery #easyrecipe #easypreparation #japanesefood #chuka #appetizers #snackfood #halal #sesamesaladdressing #breadedscallop #udon #chukakurage #food #yummy #delicious #easycooking #onlyinkanika #idako #kurage #wakame #hotate

You May Also Like

0 Comments

Bismilahirohmanirrohim

Powered by Blogger.