City Gardening 5.0 bersama kita memeriahkan suasana dengan pelbagai jualan dan pameran pokok pokok indah.

by - June 07, 2022



Ok kita teruskan dengan gambar-gambar menarik dan yang penting, The coolest plant Market you've ever seeing is City gardening 5.0 yang berlansung di The Sphere Bangsar South dari 26th hingga 29th May dari 10pagi hingga jam 8 malam. Terdapat 32,000++ tumbuhan menanti anda seperti tillandsia, bromeliad, aroid, begonia, orkid, kaktus, succulents, tumbuhan karnivor, bonsai, playtcerium, colocasia, alocasia dan banyak lagi!

Berpeluang untuk berjumpa dengan mahaguru tumbuhan iaitu Sifu - @Pokok.man ,@ezrahakimi, @leiister.soon, untuk berkongsi kepakaran mereka. Kat sini juga korang boleh bertanya tentang segala permasalahan tumbuhan dan cara yang untuk menjaga tumbuhan. Pengalaman ini lah yang I tak lepaskan bukan apa, kebiasaannya I akan ke nursery untuk mencari pokok viral dan yang cantik bila ditanam dirumah. Tapi kebiasaanya di Nursery penjual hanya menjual pokok-pokok mereka dan hanya memberikan info basic pada kita untuk teknik jagaan, baja siram dan pastikan kawasan bercahaya. hakikatnya menanam pokok tidak semudah itu, kerana mostly plants yang ada di muka buni ni memiliki cara kitaran tumbesaran yang berbeza setiap jenis. Ini yang kita perlukan sebenarnya. 

I sangat happy dan teruja sebenarnya dengan event yang mafaat ni, bukan sahaja ia menarik, dengan pelbagai spesis tanaman rare yang kita tak akan sangka boleh mencecah harga ribuan ringgit- malah puluhan ribu ringgit ya. Jangan tak tahu walau harganya mahal, is tetap dimiliki oleh peminat tegar akan tanaman unik ini.

Pokok Tanduk rusa merupakan tanaman unik dan mendapat permintaan tinggi di negara Jepun dan Korea. Walau size kecil ia mencetus fenomena bila mana anggaran untuk anak pokok semata hingga ratusan ringgit. I taknak cakap banyak korang sendiri akan terkejut dengan keunikkan, jangka hayat cara penjagaan dan ia mempengaruhi harga yang bakal ditetapkan kerana jenis spesis yang rare dan unik untuk didapati.



Nikmati gambar-gambar tanaman yang menarik serta cute yang boleh korang dapat dari RM5 sahaja. Dan paling unik adalah pertama kali i tengok pokok kaktus gergaji dan ia segar tumbuh. Punyalah hebat sifu-sifu ni bila menjaga okok sehingga boleh jadi sebesar alam.





30 vendor tumbuhan, City Gardening Pulau Pinang diiktiraf sebagai acara vendor tumbuhan 100% dengan senarai tumbuhan yang luas dari loji rumah hingga loji pengumpul yang paling jarang. Hebat bukan.? Kagum seketika i dengan kehandalan dan keunikkan mereka menguruskan pokok.



Cantiknya orkid......



Sengaja i besarkan gambar ni untuk bagi korang tengok harga sejambak keladi rare ni. Fuhh boleh bawa klua kereta sebiji yer. hihi.. siapa lah pemiliknya. Kata dengan owner ia telah dimiliki. dan pembeli telah membayar dengan harga yang penuh tanpa tawar. Hebatnya...




Ok ni kaktus besar-besar kan. Tapi dalam acara ni ada kaktus lagi besar dari tapak tangan korang dan ia amat cantik.







Jika anda tertanya-tanya apakah itu City Gardening 5.0, ia adalah pameran pelbagai tumbuhan unik dan istimewa yang bermula pada tahun 2020, mereka mengumpulkan vendor tempatan untuk terapi runcit tumbuhan yang unik. Sepanjang event berlansung, korang  akan mendapat peluang untuk membeli-belah tumbuh-tumbuhan terkini dalam trend, menikmati paparan tumbuhan nadir, I dengan kaktus yang jarang ditemui dari Kedai Kak Suri, anda juga boleh mendapatkan bekalan berkebun anda yang disyorkan oleh vendor atau mencuba Shamrock Botanics, mereka menjadi kegemaran saya setakat ini, terdapat juga pasu unik, aksesori berkaitan tumbuhan dan banyak lagi!




Untuk mengetahui lebih lanjut tentang City Gardening KL lawati media sosial . Dan jangan ketinggalan untuk next event mereka yang bakal berlansung pada  acara yang akan datang pada bulan hadapan dan masih didalam perancangan dan mungkin Dicember  sebelum tahun ini berakhir. Yeahh I pula yang excited nak jin event ni sekali lagi.

Facebook https://www.facebook.com/citygardeningkl/ 
Instagram https://www.instagram.com/citygardeningkl/

You May Also Like

0 Comments

Bismilahirohmanirrohim

Powered by Blogger.