Nasi Ayam Kicap (N.A.K) Sambal Hijau Menu Ringkas Memikat Selera Dari NAK Resources
KUALA LUMPUR 8 APRIL – Mengorak langkah dalam bidang perniagaan berasaskan makanan bukan semudah disangka memandangkan persaingan dalam bidang ini juga bukan calang-calang sengitnya.
Ditambah
pula pembabitan diri dalam bidang perniagaan tanpa ilmu dan selok-belok yang
secukupnya, ia pasti menyukarkan lagi keadaan.
Begitupun,
ia tidak mematahkan semangat rakan sepengajian Zainol Abidin Zakaria, 38, dan Haikal
Zainal Abidin, 37, apabila memilih untuk berniaga Nasi Ayam Kicap walaupun
dunia dilanda pandemik Covid-19.
Menurut
Zainol, pembabitannya bersama Haikal dalam bidang perniagaan memberikan satu
lagi perspektif baharu buat mereka berdua untuk terus memajukan diri selain
menjadikan ia sebagai jaminan masa depan.
Justeru,
menu ringkas pilihan ramai, Nasi Ayam Kicap Sambal Hijau menjadi taruhan mereka
untuk disajikan kepada semua terutama di bulan Ramadan ini.
Tambah
Zainol, Nasi Ayam Kicap dilahirkan daripada cetusan ideanya apabila melihat
menu tersebut antara masakan rumah pilihan ramai dan mudah dimasak.
“Nasi
Ayam Kicap yang kami hasilkan boleh dikatakan telah diberikan penambahbaikan dalam
resipi seperti penggunaan rempah ratus.
“Selain
itu kami turut menghasilkan masakan ini dengan bahan-bahan segar yang dibeli
setiap hari terutamanya ayam.
“Jadi
tiada apa yang lebih menggembirakan saya dan Haikal untuk memulakan perniagaan
ini yang pastinya memberi cabaran baharu dan sedia bersaing dengan
masakan-masakan tempatan yang lain,” katanya ketika ditemui di gerai jualannya
yang terletak di Masok foodcourt, 49, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, Kuala
Lumpur, baru-baru ini.
Membuat
kajian corak dan pemilihan menu masakan orang ramai terlebih dahulu sebelum
memulakan perniagaan, kedua-dua sahabat ini ingin popularkan masakan tersebut
kembali.
Berbicara
pula mengenai sambal hijau yang disajikan bersama makanan tersebut, Zainol
menjelaskan ia merupakan ‘senjata’ utama dalam menu tersebut yang dihasilkan
menggunakan resipi turun temurun.
Selain
itu Nasi Ayam Kicap turut disajikan bersama nasi putih, telur mata dan juga
timun sebagai ulam.
Dijual
pada harga RM12 sepinggan, Nasi Ayam Kicap mula dijual pada pukul 6 petang
hingga 12 tengah malam (hari selain Ramadan) dan 3 pagi pada (bulan Ramadan).
Dalam
usaha mengembangkan lagi perniagaan sedia ada, kini mereka dalam perancangan
menyenaraikan menu tersebut di dalam perkhidmatan penghantaran Grabfood dan
foodpanda.
Untuk
itu, sedikit masa lagi orang ramai boleh menikmati sajian ini dengan pesanan
hanya dihujung jari.
Untuk
maklumat lanjut mengenai Nasi Ayam Kicap, orang ramai boleh ikuti mereka di
media sosial Instagram @nak_nasiayamkicap.
Disediakan
untuk NAK Resources
Sebarang
urusan media berkenaan dengan Nasi Ayam Kicap boleh hubungi
Mariatul
Qatiah Zakaria
012-6998306
atau mqzakaria@gmail.com
0 Comments
Bismilahirohmanirrohim