Review : Nutravita Marine Placenta | Penjagaan Kulit Profesional
Ingat tak hari tu i ada share satu article tentang Nutravita Marine Placenta | Penjagaan Kulit Profesional. Posting i kali ni nak share pengalaman i selepas menggunakan product untuk tempoh 14 hari. Secara jujurnya menipu kalau 14 hari dah boleh nampak kesan. tapi untuk Nutravita Marine Placenta | Penjagaan Kulit Profesional ni lain macam result dia. Walaupun tekstur seakan essence water dan satu lagi serum. tapi kesan dia adalah ketara.
Dua botol ni memiliki fungsi dan tahap kelikatan yang berbeza ia juga tidak mempunyai bau. Walaupun bila baca kandungan adalah menggunakan bahan-bahan yang diekstrak dari placenta berasaskan mamalia selama bertahun-tahun. Alamak memula tu takut gak mamalia apa lah yang mereka gunakan. tahu sahaja lah teknologi kecantikkan yang kian maju menjadikan pelbagai teknik untuk menghasilkan rangkaian penjagaan kulit untuk kekal muda dan kembalikan keremajaan. Bila dibaca lagi tentang kandungan bahan didalam yang mana mampu melambatkan penuaan dan juga dalam masa yang sama sebagai bahan anti kedut. harus lah i jadi excited. nak-nak umur dah nak masuk 4 series ni kan. Tetap nak kulit muda remaja. nak buat plastic surgery or botox memang tak lah, sebab sejenis takut jarum. Dan ini adalah kaedah paling selamat setakat ini.
bahan bagi anti penuaan yang dicipta oleh dan ditemui oleh pakar dari Jepun mendapati ovary peptide yang diekstrak dari placenta salmon (kantung ovari yang memegang telur dalam salmon). Salmon Ovary Peptide didapati mempunyai lebih banyak asid amino daripada placenta mamalia lain dan komposisi asid amino ini dikatakan serupa dengan kolagen, oleh itu anti-penuaan dan anti-kedut yang sempurna. Wow baru harini i tau yang salmon juga punya ovari.(hihi) tak tahu nak react tapi inilah keunikkan ujikaji ini sehingga mampu mencapai idea yang bernas. Yela diorang pun buat research kan. Mesti lebih tahu, jenis bahan yang macam mana mampu menyelesaikan masalah makcik makcik takut kedut macam i ni. nak cantik tapi taknak jarum.. hihi
SW NutraVita Marine Placenta Concentrate
NutraVita Marine Placenta Concentrate dibuat khusus untuk mengurangkan bekas luka dari jerawat, kecederaan atau pembedahan dan meningkatkan penampilan kulit. Ia merupakan Formula Kesihatan kulit pertama yang diperakui HALAL dan kaya dengan kolagen semula jadi serta minyak pelembap kulit tulen yang meningkatkan sel stem kulit epidermis untuk pembaikan kulit. Ia mudah diserap jauh ke dalam kulit.
Secara jujurnya tektur ringan dan sangat cair,memang mudah diserap oleh kulit wajah dan i paling suka kulit jadi lembab dan sejuk selepas apply. Maybe after applied tak rasa apa-apa, tapi cuba bangun pagi esok dan tengok keadaan kulit, seakan lembab dan sangat sihat. I suka sangat bila bangun tido dan terus tatp cermin, sebab my type yang jenis malam apply any skincare product dan esoknya tengok result on skin. So dari situ kita tahu samaada kulit akan jadi kemerahan atau keluar bintik merah atau maslah kulit lain semacam jerawat pasir. Alhamdulilah dengan SW NutraVita Marine Placenta Concentrate memang tak jadi segalam macam masalah kulit.
PENGGUNAAN YANG DISARANKAN: 1-2 titis pada waktu pagi, 1-2 titis pada waktu malam (sapukan sebelum memakai serum)
dan untuk SW NutraVita Marine Placenta Serum
NutraVita Marine Placenta Serum telah direka khas untuk membantu mengurangkan kesan penuaan kulit seperti garis halus dan kedutan dan meningkatkan serta perbaiki penampilan kulit secara jelas. Ia merupakan formula kesihatan kulit pertama yang diperakui halal, dengan 5-Mode-Action dapat meningkatkan penampilan kulit, meminimunkan saiz pori dan memperbetulkan kesan penuaan seperti garis halus dan kedutan. Ia kaya dengan kolagen semula jadi dan minyak pelembap kulit yang tulen. Ia mudah diserap jauh ke dalam kulit.
Memang kalau diikutkan i takdalah masalah pori yang terus dan boleh dikatakan terlalu mild, Tapi korang kena percaya yang selepas 2 minggu i apply, hurmm tau tak kawasan tepi hidung kita kan mesti akan ada whitehead. Kalau ada yang kata takda memang menipu sebab kot mana pun semua org akan ada dekat celahan hidung. tapi dengan penggunaan yang tertib memang nampak kesan dan whitehead i boleh dikata xda. (camne nak kata xda macam menipu, hakikatnya memang itulah result yang i dapat selepas applied). Camne i apply adalah biasanya i akan sapu betul-betul dikawasan yang ada masalah, not the whole face at the momment since nak tengok juga apa jadi selepas guna. I sangat suka. Kulit i ni ada yang kata normal dan ada yang kata combination. Tapi i sendiri tak tahu sbb kulit i memang tetap akan berminyak tapi takdalah ketara dan masih boleh dibedung. tapi dengan SW NutraVita Marine Placenta Serum semua tu mengubah dan ia berubah kearah kulit yang lebih sihat lembab dan kurang berminyak. dan kawasan yang slalu kering terutama sekali kat tepi bibir, bawah mata dan sekitar pipi tepi jadi lembab (macam baru basuh muka camtu) memang best. hah,jerawat pasir kecut awak.. yer kecut sepantas kilat. kalau tengok tekstur taklah likat. macam air biasa pun yer. Tapi disebabkan kandungan bahan yang kualiti memang mampu jadikan kulit bermasalah kembali bersinar dengan sihat.
So my testimoni untuk dua products ni adalah sangat bagus I bagi 5 bintang since ia serasi dengan kulit i dan jadikan wajah i cantik sekata macam baru inject vitamin C (macam kulit orang korea) tapi yang tu kalau tak follow 10 langkah tak dapat lah kulit camtu. tapi yang ni, korang boleh je guna pencuci yang currently tengah guna, tapi apply lah Nutravita Marine Placenta nidan lihat kesan keesokkan paginya. tak menyesal korang.
Jangan tanya lepas ni kenapa kulit i cantik, investment paling murah dan jimat setakat ini, selain penga,bilan makanan seimbang dan minum air mengikut kapasiti BMI tubuh dan inilah yang i gunakan untuk tempoh 2 minggu dan dapat hasil yang mengagumkan.
Good Job Nutravita Marine Placenta sebab rawat masalah kulit i, terutama sekali kedutan halus dan kulit jeragat yang i hadapi. Baus juga atleast i boleh elakkan dari kerap mnggunakan laser. hihi jimat poket tau.
So kalau korang beminat dan nak beli Nutravita Marine Placenta | Penjagaan Kulit Profesional boleh je trus ke
Rangkaian penjagaan kulit professional SW NutraVita Marine Placenta ini boleh didapati secara eksklusif di seluruh cawangan Watsons dan laman web Sinaran Wanita https://sinaranwanita.com/nutravita/ dengan harga RM89.90 serum) dan RM59.00 (concentrate).
belanja gambar la satu..
tak kisah muka dan besar pinggan sebab dekat dengan screen. tapi i nak tunjuk tahap kesihatan kulit tu.. hihi
0 Comments
Bismilahirohmanirrohim