Ber Me Time di The Danna Langkawi Viceroy Private balcony VS Princess Beach Villa bersama BFF
Lambat betul nak update cerita travel comel kan? yela masa selalu mencemburui, tengah ada mood nak menaip datang lah gangguan yang tak patut dengan kesihatan pula yang xmengizinkan, bila skip terlalu lama itu yang jadi cerita fresh dah jadi lapuk. Tapi takpa lah at least i share juga pengalaman berharga ni. Munkin boleh dijadikan bahan rujukan pada yang berhajat ke tempat yang i kongsikan ni.
Ok last month sebelum start CMCO ni, i travel ke Langkawi, selama 4 hari 3 malam. memang best sebab semua ditanggung oleh pihak hotel yang mana, bagi sesiapa sahaja takkan lepaskan peluang keemasan ini. Maklum lah feels dia macam u menang cabutan bertuah. Apa yang I nak share ni akan buat korang rasa iri hati. hihi.. bukan bermaksud tau. tapi hakikatnya i share ni pun untuk rujukkan korang andai kata korang nanti in future plan nak trip dengan family, BFF or tersayang ke Langkawi so boleh lah nanti korang refer blog i ni.
Selepas penginapan di Bella Vista Waterfront Langkawi, i pun berangakat ke The Danna Langkawi menggunakan pengangkutan Grab. Perjalanan mengambil masa dalam 30 minit dan tambang dari Bella Vista Waterfront ke The Danna Langkawi lebih kurang dalam RM30. So sempat lah berborak dengan uncle Grab tu tentang isu semasa. tentang tempat menarik diLangkawi, benda baru tempat baru yang perlu dikunjungi dan pakcik Grab dapat tahu kami stay kat The Danna Langkawi terus dia bagitahu. Tak perlu keluar kemana-mana sebab tempat yang korang bakal stay ni memang best katanya. So excited lah i and K.Mira. Apalah yang menanti kan.
Sesampai je kat The Danna Langkawi, adalah satu kejutan yang mana kami disambunt dengan penuh mesra dan hormat. terasa seperti kunjugan VVIP. Sementara menunggu proses penyiapan bilik, kami telah diberi welcome drink dan 1 minit massage (urutan) MasyaAllah bestnya. bayangkan tengan tunggu pihak pengurusan uruskan bilik pun staff hotel datang bagitahu akan massage kami. Nyaman betul. Setelah segalanya siap kami ke bilik yang mana untuk malam pertama di The Danna langkawi kami telah ditempatkan di bilik Viceroy Private balcony with tranquil sea view and pool view.MasyaAllah cantik betul view. keluar dari balkoni nampak pool dan laut. Memang terasa relief kepala dan minda. dahla tadi di urutnya kita, lepas tu dapat lak tengok view. Dengan perabot dan susun atur yang exclusive memang nikmat sangat.
Haha nampak tak i tengah feeling2 hindustan kat dalam bilik.
Ni yang i nampak bila keluar dari balkoni. cantikkan Nampak penuh yer. laut nan luas, tepi belah kanan gunung mat cincang view. Tak dpat dilupakan gambaran masa tu. Indah sangat kejadian Allah swt ni.
dah sampai dan seterusnya kami marathon melihat sekitar kawasan. Memang best sangat. Posing-posing kat pool site, beach site dan semua site lah kami posing sebab semua port sangat lah cantik dengan keindahan hijauan tanaman dan angin bayu laut.
Maaf lah semua gambar zis tengah feeling sebab terlalu best.
Ok dah puas posing. Esoknya kami bertukar ke Villa pula. Ok yang ni sumpah akan buat korang amazed dan memang akan pujuk tersayang untuk bawa korang menginab disini.
meh i cerita memula check in kat Princess Beach Villa ni adalah sebuat unik villa yang ada private pool. Hanya korang dan korang sahaja, takda share dengan sesiapa. dilengkapi dengan sebuah bilik master bedroom yang katil bersize King,pantry yang free flow untuk coffee dan confactinaries, bath tub yang besar dan ruang untuk korang bermassage. yela kalau malas nak ke spa untuk massage korang boleh call je pengurusan untuk aturkan tukang urut datang ke villa korang bagi sesi urut urut gitu, paling best dan terseronok adalah pool size dia besar yer. Memang seharian I bermandi anda bagai tiada hari esok. Macam orang tua tua kata. "Bagai itik dapat Air" hahah berenang tak ingat dunia lah awok awok. hahahah (hah ni nak gelak ni.) Meh Ishare dulu gambar gambar Princess Beach Villa yang dimaksudkan.
Ok siap aram laut yang kualiti yer untuk korang berendam dalam bath tub. OMG memang menjadi terkesima kejap ( I tahu korang excited, i ni yang melalui pengalaman tu tak dapat lupakan lagi macam mana berpeluang merasai dilayan bagai seorang puteri.
nampak tak susun atur toiletries semua lengkap ya. Semua ada, dari shaver sampai lah kikir kuku
Nah Bilik air dia dah sama besar dengan bilik tidur i kat rumah. Punya lah selesa macam ni punya bilik air mau i mandi setengah hari. nak pulak dengan dinding kaca yang memperlihatkan kehijauan alam dan tumbuhan bunga yang ditanam oleh pekebun Villa. cantik bethol.
Tu dia master bed room tak boleh bawa bincang ya. Siap ada TV 40"++ dengan ruang untuk i bukak laptop untuk check email office (hihi). Best kan Kalau korang nak tahu pintu untuk ke ruang bilik air tadi pintu adalah dikedua dua belah katil i. dan bila bangun pagi terus menghadap pool dan laut. Cantiknya. macam nibangun tidur pun jadi cantik sebab hari-hari tengok benda cantik dan indah.
hah kan dah kata, Puteri tengan bersukan air
Feeling plak nak berendam air garam.
Ok nampak tak view di malam hari yang mana korang boleh sambung swim kalau masih tak puas main air. depan pool tu dah laut tau. So angin bayu laut memang sejuk dan nyaman yer. Alahai kalau lah ada Azriel ada buah hati pengarang jantung ni. memang mintak taknak balik dah. Seronok tak boleh bawa bincang.
Sambil layan Netflix dengan screen TV 50"++ memang puas hati. layan pulak drama korea, memang betul-betul princess life. Hidup tak pikir masalah tak pikir serabut hal yang remeh dan tak ingat perkara negative. Ibarat stay di Princess Beach Villa ni buat korang jadi tenang setenangnya minda. Semua tersedia lengkap.
Review dan pendapat i adalah
Princess Beach Villa mempunyai segalanya seperti berada dirumah yang mana seni bina, landskap, linen dan perkhidmatan peribadi yang diselaraskan menjadi salah satu tempat terbaik yang pernah i stay. Bertepatan dengan taraf 5 bintang, segalanya adalah tiptop dari kunjungan pertama jejakkan kaki di The danna Langkawi dari Bilik Viceroy dan akhirnya ke Princess Beach Villa adalah terbaik. Staff hotel yang peramah dan baik, mudah mesra dan sangat membantu jika korang nak tau detail tentang Langkawi dan sekitar yang menarik. The momment korang sampai layanan dari Signature Evening Tea, Dinner, Breakfast dan sesi memanjakan diri adalah yang terbaik.
kalau korang sedang mencari satu hotel yang mana kualiti service dan fasilities berbaloi dengan apa yang korang bayar. The Danna Langkawi lah pilihanya yang paling tepat. Setiap perincian disesuaikan dengan sempurna. Lokasinya luar biasa, hotel baru dan perkhidmatan membuat korang merasa seperti kerabat diraja kerana layanan dari staff hotel yang tak sudah memberikan service terbaik, Sepertinya korang adalah seorang permaisuri. Menitik beratkan kepuasan customers. Korang disambut dengan dengan sapaan mesra dan senyuman terukir lebar Mereka juga akan hidangkan minuman segar dan coklat jika korang akan berangkat balik.
tak tahu nak karang apa lagi sebab semuanya adalah terlalu sempurna dan sangat bagus. Apapun terima kasih pada pihak The danna Langkawi yang sudi menaja penginapan 3hari 2malam i. Disebabkan Piahak The Danna langkawi, i dapat ber Me Time dengan seaman amannya tanpa sebarang gangguan kerja dan kesibukan kota.
So kalau korang nak tahu lebih tentang The Danna Langkawi dan promosi boleh terus ke Laman rasmi mereka di
Website : https://www.thedanna.com/
Instagram : @thedannalangkawi
Facebook :The Danna langkawi
dan offer menarik dan booking terus je click sini : https://www.thedanna.com/offers/hot-summer-sale
0 Comments
Bismilahirohmanirrohim