GUARDIAN PERKENAL HEALTHY BEAUTY AWARDS 2020
Undi jenama terbaik, paling popular dan paling dipercayai &
menang pelbagai hadiah menarik bernilai sehingga RM50,000
Guardian Malaysia, peneraju farmasi, kesihatan dan kecantikan runcit hari ini melancarkan Anugerah Healthy Beauty 2020, yang memberikan peluang kepada lebih tiga juta pelanggannya untuk mengundi jenama-jenama kegemaran mereka serta memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai sehingga RM50,000.
Undian bagi peraduan anugerah apresiasi jenama tahunan ini bermula pada 2 September 2020 dan bakal berakhir pada 30 September 2020.
Sebelumnya dikenali sebagai Anugerah Most Voted Brands, ia kini ditukar kepada Anugerah Healthy Beauty.
Anna Ng, Pengarah Pemasaran Runcit, Guardian Health And Beauty, Malaysia dan Singapura berkata: “Pencarian jenama-jenama terbaik oleh pelanggan Guardian ini bertujuan untuk memberi kuasa kepada pelanggan untuk memilih produk kecantikan sihat yang terbaik di dalam industri yang ditawarkan di semua stor Guardian. Jadi saya menyeru kepada semua pelanggan untuk menyuarakan pandangan dan pilihan anda.”
“Di Guardian, para pelanggan adalah keutamaan kami dan platform undian pelanggan sebenar yang unik ini adalah sangat relevan pada masa ini kerana Guardian didorong untuk menjalinkan hubungan yang mantap dengan pelanggan dan memahami keperluan gaya hidup, pilihan dan tingkah laku mereka yang sentiasa berubah dan berkembang.”
“Saya percaya Anugerah Healthy Beauty 2020 Guardian Malaysia adalah di antara anugerah paling berprestij dan paling definitif di dalam pasaran hari ini dengan mengambil kira kepelbagaian dan keluasan rangkaian produk, jenama dan kategori yang terlibat.”
“Tambahan pula, undian diambil secara keseluruhan, ini akan memberikan gambaran yang adil terhadap jenama yang paling menawan dan memberi impak kepada pelanggan. Jenama-jenama akan memperolehi pemahaman yang lebih mendalam tentang pemilihan jenama oleh pengguna dengan lebih 70 pemenang dalam 6 kategori anugerah iaitu ‘Jenama Baru Terbaik’, ‘Undian Tertinggi Pilihan Influencer’, ‘Kosmetik’, ‘Penjagaan Kulit’, ‘Penjagaan Diri’ dan ‘Penjagaan Kesihatan’,” jelas Anna.
Meraikan gaya hidup digital majoriti pelanggan masa kini, proses undian akan dikendalikan sepenuhnya dalam format digital. Ini bermakna, semua undian akan diadakan di dalam talian.
Selepas mengundi, setiap pengundi akan menerima e-baucar RM10 yang boleh dituntut di Stor Dalam Talian Guardian dengan pembelian minimum sebanyak RM100 dalam satu resit sepanjang tempoh peraduan berlangsung.
Dan semua pelanggan yang mengundi juga berpeluang memenangi salah satu daripada 186 hadiah dan baucar Guardian yang bernilai sehingga RM50,000 termasuk Hadiah Utama sebuah Kerusi Urut Osim uDivine V dan Baucar Tunai Guardian bernilai RM250.
Peraduan ini terbuka kepada semua pelanggan berusia 18 tahun dan ke atas. Pemenang akan dipilih berdasarkan penyertaan dengan undian yang paling tepat dengan senarai keseluruhan pemenang Anugerah Healthy Beauty 2020.
Untuk maklumat lanjut dan terma dan syarat penuh Anugerah Healthy Beauty 2020 Guardian dan undian, sila layari http://www.hba2020.guardian.com.my/.
Jadi mulalah mengundi dan rebut peluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat September ini!
0 Comments
Bismilahirohmanirrohim