Summer Bay Resort Lang Tengah Island kenangan bayu laut, pasir putih dan air berkaca yang tak dapat dilupakan.

by - August 11, 2020




Percutian pendek yang tak dirancang dan akhirnya membuahkan kenangan yang paling berharga. Siapa sangka rezeki nak datang dalam pelbagai cara. Dan kali ni I berpeluang menikmati percutian pendek 2hari 1 malam di Pulau yang selama ini tak pernah diketahui kewujudannya.

Korang mesti tak pernah sampai or dengar tentang Summer Bay  Resort Lang Tengah Island kan? I pun 1st time gak. I baru tahu Lang Tengah terletak di Kuala Terengganu yang mana, Kuala Terengganu secara jujurnya i tak pernah sampai lagi selama hidup ni. tapi keropok lekor selalu je makan.

Let's me share sedikit tentang Lang Tengah.


Pulau Lang Tengah adalah sebuah pulau di Kuala Terengganu. Ia dihubungkan ke daratan dengan feri ke Merang. Pulau Lang Tengah terletak kira-kira 40 km di timur laut Kuala Terengganu (22.5 km dari Tanjung Merang) di pantai timur semenanjung Malaysia.


Tanjung Merang adalah sebuah perkampungan nelayan kecil 45 minit ke utara Kuala Terengganu dan jeti terletak beberapa minit di luar kampung. Untuk sampai ke Pulau Lang Tengah korang perlulah menaiki kapal dari Tanjung Merang (jangan tersasul dengan Marang jetty pula yang terletak di selatan Kuala Terengganu), 45 minit perjalanan ke utara Kuala Terengganu. Menggunakan bot laju biasanya mengambil masa dalam lebih kurang 45 minit yang mana masa tu I sempat terlelap yer. Walaupun menggunakan Speed Bot. Sebilangan besar pengendali kapal mempunyai jadual yang tetap, dengan dua aliran pengakutan setiap hari(pagi dan petang) pada musim puncak dan satu jadual pada musim puncak. 


Tambang untuk ke Summer Bay  Resort Lang Tengah Island adalah sebanyak RM100 untuk tambang pergi dan balik.Ia adalah pengalaman tidak ternilai dimana i pertama kali experience aktiviti snorkeling. 

Pertama kali jejakkan kaki ke Summer Bay  Resort Lang Tengah Island ni sejujurnya.. terasa amazed dan terpaku dengan keindahan pasir putih halus dan air laut jernih kehijauan yang menampakkan permukaan dasar laut dan hidupan karang laut laut, yang i yakin korang takkan jumpa tempat lain. Betul tempat lain ada, tapi tak secantik dan se sihat karangan laut sini.

Jom kita explore bilik yang bakal kami bermalam sepanjang di Summer Bay  Resort Lang Tengah Island ni.





pemandangan waktu malam dan siang di ruangan legar hotel yang i stay sepanjang trip. Tapi Summer Bay  Resort Lang Tengah Island ni memang cozy dan sangat privacy sangat area yang tenang dan tak ramai orang.Sesuai sangat bagi yang nak datang honeymoon ke, celebrate anniversary dengan tersayang ke atau buat surprise trip untuk pasangan. Memang cantik dan  private pool pula bukak je pintu bilik terus pool di belakang. Memang asyik...



Dapat tahu ini pokok apple rose tertua yang masih kekal utuh hidup hingga ke hari ini. Yang manjadi salah satu tarikkan para pengunjung.


Ni bilik i stay, serious besar yer dan selesa amat, toilet ada dua, air-condition well-function, Siap ada water cooler yang saiz besar, so xperlulah housekeeping datang refill kerap kebilik korang.







Cantikkan view keseluruhan Summer Bay  Resort Lang Tengah Island ni. jap nak belanja lagi gambar gambar best yer. saja nak racun korang untuk datang Summer Bay  Resort Lang Tengah Island ni. 











Tak filter yer.. ni orginal photo direct dari IP11 PRO MAX





Cantik weii sumpah tak tipu..


Ok yang ni pun tak filter yer.


SubhanaAllah kuasa Allah swt. tengoklah alam yang cantik secantik mata memandang ni.





tak filter dan tau tak yang paras air laut ni dalam lebih dari 5 kaki yer. Tapi lihat saja keadaan air jernih. Sampai boleh nampak ikan todak berenang yer.




Yang I dapat tau, pemandangan laut belakang tu adalah Laut China Selatan yer. OMG OMG... betul lah orang cakap, pengalaman takkan dapat dijual atau dibeli melainkan u sendiri lalui then u akan tahu.




Nantikan next entry i untuk aktiviti snorkeling. Ini adalah pertama kali pengalaman i menyelam yer, walau bukan pada paras laut dalam, namun ia tetap mencabar dan menyeronokkan.


Andai korang nak tahu lebih lanjut tentang Summerbay Beach resort ni boleh lah korang terus ke laman rasmi mereka di :

IG               :https://www.instagram.com/summerbaylti/


Reservation Office:

219-E, 1st Floor,
Wisma Cemerlang,
Jalan Sultan Zainal Abidin,
20000 Kuala Terengganu,
Terengganu.

Reservation: +609-6313366 / +609-6239911 / +6019-9344666
Fax: +609-6319911

Mobile: +6019-9344666

Jetty Person-In-Charge:
Tel: +6012-9819491 (Mr. Woo)

Email:
enquiry@summerbayresort.com.my



P/S : Thanks pihak Summer Bay  Resort Lang Tengah Island yang sudi menaja percutian i dan kawan-kawan. dan kami sangat enjoy every second moment seanjang di Summer Bay  Resort Lang Tengah Island. 

You May Also Like

0 Comments

Bismilahirohmanirrohim

Powered by Blogger.