Jom ke Underwater World Langkawi di musim cuti sekolah nanti. Banyak yang menarik menanti anak anak disana.
Ok kalini i nak share pengalaman membawa Azriel menjelajah ke alam dalam laut dan dasar laut dalam yang mana ia adalah pengalaman kedua Azriel bagi UnderWater World. Tapi sekali dulu di Kuala Lumpur. Memandangkan ini kali pertama Azriel sampai di langkawi tentu saja ia menjadi satu destinasi wajib kalau korang merancang untuk membawa anak pada musim cuti sekolah nanti.
Kenapa I cakap best sebab ...... Jom layan gambar sambil i ceritakan keseluruhan pengalaman sepanjang trip kami. Masuk masuk dia dah excited sebab tour guide dah tampal sticker kat shirt dia, mula lah dia start explore. Sedikit pengenalan sebagai infomasi bagi yang belum mengetahui tentang Under water World langkawi.
Underwater World Langkawi adalah salah satu akuarium terbesar di Malaysia. Sejak beroperasi pada 26 Ogos 1995, ia telah menjadi salah satu destinasi pelancongan yang mesti dikunjungi di Langkawi dan telah menarik banyak pelancong asing dan tempatan.
Konsep dan tema Underwater World Langkawi menjurus kepada Pengetahuan, Pendidikan dan Hiburan. Ia dibangun untuk meningkatkan kesadaran mengenai pentingnya memelihara bentuk hidupan air berharga kita, sehingga mewujudkan pemahaman tentang ikatan yang mendalam dan tidak dapat dipisahkan antara manusia dan alam.
Unik untuk Underwater World Langkawi adalah terowong pejalan kaki sepanjang 15 meter yang terdiri dari 500,000 liter air laut yang menempatkan banyak ikan besar dan makhluk laut.
Oceanarium seluas 34,701 kaki persegi terletak bersebelahan dengan pusat membeli-belah dan Neptune Café. Oleh itu, para pengunjung dibekalkan dengan pakej membeli-belah, makan dan hiburan sehenti, semuanya boleh didapati dalam satu kawasan.
Bangunan baru (dengan keluasan 60.000 kaki persegi) yang memaparkan Hutan Hujan Tropis, Ekosistem Beriklim dan Sub-Antartika, dan teater maklumat dengan kapasiti 200 tempat duduk akan dibuka untuk umum pada awal tahun 2005. Ekosistem Sub-Antartika Paparan termasuk "penguinarium" yang spektakuler dengan terowong bawah laut untuk pengunjung melihat penguin berenang.
Kat aquarium Langkawi ini, superstar utamanya mereka adalah. Penguin Afrika, penguin Rockhopper yang ada rambut ranggi dan juga Marmoset — iaitu antara spesis monyet paling kecil di dunia.
Kalau kat tempat lain cuma ada seekor dua penguin,Underwater World Langkawi ini ada sekumpulan penguin yang cukup aktif berenang dan bergerak bersama.
Senang cerita, kalau korang datang bercuti ke langkawi korang wajib datang ke Under water World Langkawi ni bersama anak-anak atau kenalan korang dan keluarga,paling utama adalah anak-anak kecil, ini antara tempat yang kena lawat bersama kerana makluk istimewa ini adalah tarikan utama yang akan menjadi tarikan dan hiburan bagi anak anak yang melawat sini.
Korang nampak tak, ini dikira pertama kali Azriel ke Langkawi dan pertama kali dia masuk Under Water World langkawi. Dan boleh nampak dia paling excited. yang membuatkan i bangga dengan dia adalah dia amat berani dan sikit pun tak takut dengan segala haiwan exotic yang mengelikan. Maaf mommy not that type yang extreme ke arah itu ya. benda lebih geli2 ni bukan lawan mommy lah. tapi kalau korang nak tengok haiwan yang exotic dan unik boleh bawak anak-anak datang ke Under Water World langkawi ni.
Pergi dengan kawan-kawan pun layan gak, at least takda lah bosan. So korang cuti sekolah dahnak bermula dah boleh plan aktiviti percutian terutama sekali untuk anak-anak lah, maklumlah sepanjang PKP kan anak-anak paling kesian sebab diaorang berkurung lama sangat, sekolah pun tidak. Kita yang dewasa pun dah jammed inikan anak anak yang tengah membesar. So boleh lah korang mulakan merancang kemana nak bawa bila cuti sekolah tiba nanti.
P/s : jangan lupa untuk setiasa amalkan SOP sepanjang berada ditempat awam dan kawasan ramai orang, paling utama penjarakan sosial dan sentiasa menggunakan penutup muka dan juga sanitasi tangan korang dan anak2 ok.
Let's visit my Igtv and have fun
Untuk makluman lanjut tetang harga dan tawaran boleh ketahui dari laman page rasmi ;
Information counter : https://www.underwaterworldlangkawi.com/visitor-information.php
0 Comments
Bismilahirohmanirrohim