Review Cushion Foundation (New Look) dan pengalaman pertama menggunakan produk kosmetik dari Obsess Cosmetics

by - August 30, 2019



Minggu lepas merupakan minggu yang paling hectic dan stress pada I. Kerana last week adalah exam week untuk my final exam. Alhamdulillah walaupun stress I managed to juggle semuanya dan syukur my final paper went well alhamdulillah.

Tapi bukan ini yang nak I borakkan kat sini. Kali ni my posting adalah berkenaan produk terbaru dari jenama Obsess Cosmetics. Sebenarnya I tak pernah dengar atau gunakan jenama ni.  At first I wanna say thanks to Obsess Cosmetics kerana jemput I untuk event you all yang mana majlis ini adalah bertujuan meraikan rakan kerjasama Obsess Cosmetics dan agent seluruh negara. Terkejut juga bila i dapat tahu jenama Obsess Cosmetics ni dah berkembang hingga ke Singapore dan Brunei hebat kan?



Penaung atau orang penting dalam mencipta dan menghasilkan jenama Obsess Cosmetics adalah Pn Hafizatul Atikah. Seorang yang sangat muda baru berusia 24 tahun dan mempunyai semangat dan cita cita tinggi untuk membawa jenama beliau ke peringkat yang lebih tinggi. Di majlis tersebut juga diadakan satu acara gemilang dimana Obsess Cosmetics telah melancarkan rupa bentuk terbaru cushion foundation. Dimana design asalnya berbentuk bulat. Bagi mengadakan kelainan dari kebanyakkan cushion dipasaran. Jika melihat pada packaging Obsess Cosmetics pada I ia sangat cute, creative dan warna yang sangat bertepatan dengan kegemaran semua wanita (Pink) cute bukan?



Mereka telah melebarkan sayap sehingga kini telah menghasilkan sekumpulan agent seramai 2000 orang dan mendapat sambutan yang amat bagus dari kalangan pengguna. Ini adalah satu respond yang baik untuk jenama Obsess Cosmetics meneruskan deligasi mereka dalam bidang kosmetik. Di harap untuk masa akan datang Obsess Cosmetics akan berjaya menembus pasaran antarabangsa pula. InsyaAllah.

During the event, I ada dapat goodie bag yang mengandungi antaranya :


  1. Cushion Foundation
  2. Loose Powder
  3. Mascara
  4. Eye Brow Refiner
  5. Matte Lipstick
  6. Makeup Remover

Cute tak warna dan packaging dari Obsess Cosmetics ni. I is suka sangat-sangat.

So apa yang I nak kongsikan disini adalah pengalaman I sendiri menggunakan produck mereka terutama sekali cushion foundation mereka yang ini adalah pengalaman pertama kali I menggunakan jenama Obsess Cosmetics ni.


  1. Cushion Foundation (new packaging)



Kandungan bahan didalamnya bagi yang ingin ketahui detail:

Aqua, Cyclopentasiloxane, Titanium Dioxide, Propylene Glycol, Diisostearyl Malate, Talc, Isononyl Isononanoate, Caprylic / Capric Triglyceride, Glycerin, Polyglyceryl-4-Isostearate, Iron Oxides, Squalane (Olive), Dipentaerythrityl Tri-Polyhydroxystearate, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Cetyl PEG/PPG-10/1 Dimethicone, Hexyl Laurate, Polyglyceryl-2 Dipolyhydroxystreate, Polyglyceryl-3 Diisostearate, Hydrogen Dimethicone, Stearic Acid, Alumina, Phenoxyethanol, Fragrance, Disteardimonium Hectorite, Aluminum Hydroxide, Tocopheryl Acetate (Vitamin E), Propylene Carbonate, Arctostaphylos Uva Ursi (Bearberry) Leaf Extract, Geranium Maculatum (Geranium) Oil, Ethylhexyl Glycerin.

Dikeluarkan dalam 2 tone warna iaitu Linght dan Medium.I gunakan range Light untuk tone warna kulit I. RM59.00 sahaja seunit (mampu milik bukan?)

Pendapat/ review

Pada I cushion foundation dari Obsess Cosmetics ni tekstur ia ringan tapi pekat. maknanya ia amat full coverage untuk sekali sapuan. Ketahanannya juga amat tinggi. I cuba apply seharian tanpa perlu touch up dan ia kekal terletak diwajah. I paling suka part bila ia mula blend dengan kulit dan menjadikan kulit tampak glowing dan sihat. Serius jujur ia bagus.

Menurut pengalaman pengguna yang setia menggunakan cushion foundation Obsess Cosmetics, jika di amalakn terus, ia berjaya memudarkan garis halus serta memudarkan parut jerawat /hitam pada wajah. Kerana apa yang terkandung didalamnya cushion foundation Treatment Foundation yang juga merawat kulitdengan  SPF 50 juga mengandungi Argan oil serum & Vit E yang merawat kulit supaya kekal sihat dan moisture. Paling penting ia kekal matte dan wajah tampak sihat dan gebu.


Ok perbandingan pemakaian cushion foundation by Obsess Cosmetics. mampu memudarkan gelap bawah mata walau hanya dengan sekali sapuan. Oh btw ia sesuai untuk semua jenis kulit tau dan lagi ada bau vanilla dan macam caramel sikit. kira bau yang tak kuat dan nyaman. hihi

Rated : 9/10
Good job  Obsess Cosmetics

2.Loose Powder




Kandungan didalam Loose Powder Obsess Cosmetis untuk rujukan lanjut

Talc, Boron Nitride, Hydrogen Dimethicone, Squalane (Olive), Tocophyeryl Acetate, Fragrance

Ok Loose powder pula, ia ringan dan sangat mudah untuk di aplikasikan pada wajah, Menghasilkan sapuan yang rata dan memberi effect finising after apply. So kulit wajah nampak glowing dan segar. ia mampu dan cepat mencerahkan kulit serta melicinkan dan ubah semula kulit korang  dengan mengaburkan garis-garis halus pada wajah (erti kata lain) meratakan wajah selepas aplikasi cushion foundation.Membantu menjadikan solekan  bertahan lebih lama. Bertindak sebagai kawalan minyak juga.

Harga seunit RM 59.00

Rated : 8/9 (sebab the powder sgt light dan ringan je kat wajah) tak rasa macam I pakai make up yang tebal. Tunggu a few minute when its start to blend dengan skin. Memang I suka tengok masa tu.. cantik je kulit nampak sihat, glowing tapi matte. aduhh camne tu..


3. Eye Brow Refiner



kandungan untuk rujukan lanjut 

Isopropyl Isostearate, Synthetic Beeswax, Copernicia Cerifera (Carnauba) Wax, Ceresin, Magnesium Aluminum Silicate, Tocotrienols (Vitamin E), Ascorbyl Palmitate, Mica, CI 77400, CI 77480, CI 77499


Ia didatangkan dengan berus aplikasi yang mana amat mudah digunakan. definisi alis kening segi tiga dengan mudah untuk mengisi dan mengukir alis korang dengan sempurna. dan meratakan sapuan menggunakan berus menjadikan kening kelihatan natural dan asli.. Ia tahan dan amat mudah diapply pada kening.

Rated : 10/10 (amat suka sebab secara jujur I amat particular bab kening) Ternyata ia berbaloi untuk dimiliki.

Harga :RM39.00

Ok hasil rupa I lepas guna produk Obsess Cosmetics yang I shared di atas


Nampak matte tapi segar dan glowing kan. Sumpah I amat puas hati untuk pertama kali guna dan hasil pada wajah. Betul ia sangat tahan lama ok.

So kalau nak tahu lebih atau berminat nak beli atau nak tahu product apa lagi yang Obsess Cosmetics keluarkan boleh terus ke laman rasmi Obsess Cosmetics atau Instagram mereka boleh follow untuk ketahuan update terbaru dari mereka atau berminat nak jad agent di Instagram atau boleh like Facebook Obsess Cosmetic  



#obsessmakeupparty #obsesscosmetics
#WoopyAgency #Wooopers #InfuencerAgency

@obsess.cosmetics

You May Also Like

0 Comments

Bismilahirohmanirrohim

Powered by Blogger.