Makan Sedap Hati Senang Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
Excited nak makan semuanya...
Semalam I berkesempatan menjamu selera di Shah Alam Sek 13 Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan. Ini pertama kali sampai kesini dan amat teruja kerana mereka menghidangkan juadan dan pelbagai aneka makanan seafood dan serta daging yang segar.
I memang suka makan steamboat dan tentu saja Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan memenuhi citarasa I dimana terdapat 150 aneka juadah yang dapat dinikmati. Hah juadah pelbagai mesti korang risau tentang harga kan? Eh jgn risau kerana harga yang dikenakan amatlah berpatutan dan korang takkan sangka pun. RM29.90 dewasa dan kanak-kanak RM19.90 sekepala dan lihat saja suasana kedai yang "Full House". Mempunyai dua ruang makan samada dikawasan terbuka atau berhawa dingin.
Hidangan makanan berat seperti nasi lemak, gulai ayam dan daging beserta gorengan juga ada. Hah jangan risau kalau anak korang seorang yang picky eater kerana meraka ada menyediakan dessert seperti kek juga ias krim kegemaran semua. Yeah kegemaran i juga.
Malas nak karang banyak jom layan gambar juadah yang ada di sini.
9 jenis sos pencicah pilihan
Menyelerakan bukan? Malah korang boleh juga mengadakan sebarang acara istimewa dan aktiviti kekeluargaan di sini. Seperti sambutan hari lahir juga jamuan makan berkumpulan.
Ini yang kitaorang makan.. maaf bila sibuk nak pangang dan rebus sampai tak sempat nak snap gambar hidangan yang seterusnya..huhu sebab terlampau sedap terutama sos kicap.
Ini hidangan pertama.. dan seterusnya.. tak sempat snap.. maaf sebab kami teruja.
Alhamdulillah kami kenyang
Ok keterujaan setelah makan dengan jayanya.. Thanks Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan next time kami datang lagi..
Ini yang kitaorang makan.. maaf bila sibuk nak pangang dan rebus sampai tak sempat nak snap gambar hidangan yang seterusnya..huhu sebab terlampau sedap terutama sos kicap.
Ini hidangan pertama.. dan seterusnya.. tak sempat snap.. maaf sebab kami teruja.
Alhamdulillah kami kenyang
Ok keterujaan setelah makan dengan jayanya.. Thanks Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan next time kami datang lagi..
Ok sekarang I akan share lokasi untuk memudahkan korang datang dan nikmati makanan yang enak ini. Rugi kalau tak datang kerana ia murah dan lumayan hidangannya. Nak-nak orang sekitar Shah Alam.
No.1 jalan lompat tinggi,13/33m section 13,40100 shah alam, selangor, 40100 Shah Alam, Malaysia
https://www.instagram.com/dkayangansteamboat/
Send message 012-297 1091
Waktu Operasi :
Isnin - 5pm–12am
Selasa - 5pm–12am
Rabu - 5pm–12am
Khamis - 5pm–12am
Jumaat - 5pm–12am
Sabtu - 3pm–12am
Landmark : Bersebelah Acappela Suite Hotel Shah Alam dan hanya 2 minit jarak dari Stadium Shah Alam.
Jadi Jom ramai-raamai yang disekitar Shah Alam dan semua daerah kita terjah dan nikmati juadah yang lumayan bayaran.
Makan lah sampai kenyang nescaya korang akan tidur dengan amat aman.
Selamat menjamu selera korang!!
13 Comments
Pernah makan steamboat kat sini sekali, memang sedap dan kena dgn tekak sis, macam-macam pilihan ada. Cuma tu lah, jauh pulak dari rumah. Rasa-rasanya kalau teringin sangat nanti boleh je terjah kot..:D
ReplyDeleteAlamak! Silaplah baca tengah-tengah hari ni. Haha. Pernah pergi sini dulu. Memang sedap sangat makanan dia, banyak pilihan pula tu. Rindunyaaaa. Ajak member-member makan sini sekali memang syok.
ReplyDeleteMurahnyaaaaa... dan byk pilihan makanan. Ni best kalau bawa family rerami pegi ni.
ReplyDeleteHarganya berpatutan.
ReplyDeleteAneka makanan plak tu.
Memang menarik.
Lom pernah gi lagi ni.
D melaka ada juga yg sebegini.
Lama x singgah situ :)
Lama xmkn grill n steamboat mcm ni.. Kalau ramai2 mkan best la kan.. Mmg tak sedar tgk2 mkn dah byk.. Hahahha
ReplyDeletepernah makan kat sini jugak , bestlah sebab banyak pilihan pastu kuah tomyam dia rasa macam kat family mart ....itu first impression datang makan kat sini
ReplyDeleteDulu selalu ke sini makan lepas habis mesyuarat. Kawan asyik ajak pekena kerang tu...orang lain pun pelik lauk hampir semua kerang je kat atas meja tapi tak kesah coz ada bos yg bayar :) haha.
ReplyDeleteantara steamboat murah yang boleh kita dapat kat shah alam adalah kat sini..pilihan makanan dia memang banyak..and sangat puas hati...kalau dtg sini memang x mng tangan nak pilih..
ReplyDeleteMacam-macam pilihan yang ada ye. Rambang mata nak pilih. Ni kalau makan semua ni mau tak larat nak drive balik rumah haha. Dah banyak kali plan nak singgah makan kat sini, belum ada rezeki nak sampai ke sini lagi. InsyaAllah lain kali boleh cuba. Nice sharing.
ReplyDeleteEhhh murahnya.. igt harga mshal sgt.. boleh la nak belanja family.. pilihan makansn pun byk jugak..suka steamboat bila time2 sejuk ni..
ReplyDeletepernah makan dekat sini..memang murah dan banyak pilihan..kalau nad balik kampung klang bolehla singgah..lokasi pun elok je..banyak tempat..dah lama tak pergi..nanti bolehlah ajak family ke sini..
ReplyDeletesedapnya makan grill steamboat. fuh craving pulak tengok comel duk mengrill daging, seafood & makan panas-panas. ni kalu time gaji mesti syok amat makan “all you can eat” betul tak?
ReplyDeleteBelum pernah makan sini. Nampak menarik! Banyaknya pilihan bebola dan menu yang ada. Nak bawak family laaa nanti
ReplyDeleteBismilahirohmanirrohim