1st posting 2K19
Assalamualaikum,
lamanya tak mengarang dan berceloteh dalam ni. Busy awak awak semua. Macam macam kita buat sekarang ni. mana taknya macam ni lah kehidupan yang perlu ditempuh selepas segalanya TERTULIS. Aku redha dan alhamdulillah bersyukur sangat dengan apa adanya kini.
Hah melangkah ke alam baru di tahun baru. Apa je AZAM korang? Macam aku sejujurnya takda sebarang azam yang spesific, melainkan menyempurnakan solat 5 waktu yang kadang aku sukati je tinggal. (Nampak sangat tak bertaubat kan) hihi. InsyaAllah tahun ni. Akan aku cuba sedaya mampu.
Minggu pertama persekolahan si bujang Azriel. Harusnya awal awal dah instructed mommy untuk buatkan bekal. Tu dia jam 5pg mommy dah bangun untuk sediakan mengikut permintaan. Azriel ni memang jenis tak makan sayur tapi alhamdulillah dia selera makan nasi. So permintaan bekal dia seharian haruslah nasi. Tak kisah lah nasi goreng atau nasi masaka apa cara pun. Janji nasi.
Nilah nyawa dan penguat semangat untuk terus berusaha dalam apa jua yang dikerjakan. Memang dah niat segala yang terbaik hanya untuk dia. Belajar rajin-rajin yer anak kesayangan mommy. Semoga kamu diberkati dilindungi dan disayangi oleh semua umat manusia dan orang sekeliling. Amiin
0 Comments
Bismilahirohmanirrohim