REVIEW : NIVEA FACIAL CLEANSING WIPES

by - June 06, 2018


Tahu tak sebersih mana tahap keneraihan make up korang?. Yela sekarang dah jadi kebiasaan anak muda remaja akan bersolek penuh untuk keluar hanya berjumpa kawan. Tahukah korang, masa nilah tengah zaman nak up, hormon sedang giat membiak, nak pula pada kulit lembut gebu untuk gologan remaja. Mula lah jerawat dan bintik -bintik keluar pada muka. Ini juga boleh dikatakan oleh punca cara penjagaan kulit itu sendiri.

Yela semua nak cantik je, sampai lupa cara untuk menjaga keberaihan terutama sekali bila waktu membersihkan wajah selepas, bermakeup tebal. Masalah tau jika korang tidak membersihkan make up korang dengan betul. Ia akan mengundang cela yang bakal tiba pada permukaan kulit. Lagi-lagi golongan kulit berminyak yang melampau. Lepas tu korang gigih lah tutup cela muka dengan foundation atau tepek bedak yang tebal. Hakikatnya korang yang sebenar, korang tak betul betul bersihkan make up pada wajah korang. 

Masalah juga, nak cantik tapi taknak jaga kebersihan. Betul nak kulit sihat dan cantik kena minum banyak air. Tapi yang paling penting lagi cara penjagaan kebersihan muka korang. Bila betul betul bersih takkan ada lagi jerawat, masalah kulit kering atau berminyak terlampau. 

Macam mana sekali pun perlu ada cara sampingan lain dalam kaedah pembersihan solekkan pada wajah. Selain dari pencici wajah yang diamalkan setiap orang. Yela Malaysia kan beriklim lembab, panas berbahang. Bayangkan jela kulit muka dengan alat solekan sehariannpada wajah, lepas tu dah bersihkan pun masih ada sisa solekan. Leceh kan?

Jadi sebab tula, aku dengan gembiranya nak share satu produk yang aku sendiri guna dan memang sangatlah convinient untuk semua yang suka bersolek diluar sana. Taadaaaa perkenalkan “NIVEA FACIAL CLEANSING WIPES” dari NIVEA. Keberkesananya ternyata memuaskan dan korang aku suka.

Lapisan dan permukaan cleansing wipes sangat lembut dan menjadikan kesan lembab pada kulit selepas penggunaan. Yang bagusnya kesan solekan tanggal dengan sekali sapuan, power tak?!. hebat. Make up tanggal sepenuhnya. Jadi tak adalah kesan lebam bawah mata disebabkan cuci mascara dan celak mata menggunakan kajal bold.

Pada aku, recomended sangat-sangat product ni sebab banyak kebaikkan dan kandungan didalamnya seperti ;

Aqua, Isopropyl Stearate, Glycerin, Dimethicone, Methylpropanediol, Panthenol, Lanolin Alcohol (Eucerit®), Prunus Amygdalus Dulcis Oil, Polyglyceryl-3 Methylglucose Distearate, Sodium Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, 1,2-Hexanediol, Phenoxyethanol, Methylparaben, Limonene, Linalool, Geraniol, Citronellol, Benzyl Alcohol, Alpha-Isomethyl Ionone, Butylphenyl Methylpropional, Citral, Parfum

jadi kandungan ini lah yang akan membantu memberikan kelembapan kulit serta memulihkan kulit wajah supaya sentiasa sihat dan cantik.

Rate aku nak bagi 10/10 (RECOMMENDED)

You May Also Like

0 Comments

Bismilahirohmanirrohim

Powered by Blogger.