Masak dengan Stail di Bulan Ramadan ini bersama Pentoli & 11street

by - May 06, 2018


Masak dengan Stail di Bulan Ramadan ini bersama Pentoli & 11street
11street dan Pentoli menyediakan kemudahan terbaik kepada rakyat Malaysia menerusi penawaran peralatan masak berkualiti premium yang mengetengahkan aspek keselamatan


Kuala Lumpur, 3 Mei 2018 – Dengan musim perayaan yang bakal menjelma tidak lama lagi, 11street Malaysia menjalinkan kerjasama dengan Pentoli, sebuah jenama peralatan masak premium berinspirasikan rekaan Itali yang klasik dan kontemporari, untuk membawakan rangkaian peralatan berkualiti tinggi ke platform 11street.

Kerjasama ini melambangkan usaha berterusan 11street dalam mempertingkatkan kepelbagaian produk bagi memenuhi kehendak dan keperluan pengguna.

Menerusi kerjasama dengan Pentoli, 11street terus melangkah ke hadapan untuk menjadi sebuah platform beli-belah dalam talian yang lebih holistik, pada masa yang sama mempertingkatkan pengalaman membeli-belah pelanggan.



Bruce Lim, Naib Presiden Perdagangan 11street berkata: “Saya percaya orang ramai akan sentiasa mencari produk-produk berkualiti dan kerjasama dengan Pentoli ini akan membenarkan pelanggan mendapatkan peralatan berkualiti tinggi dan selamat melalui platform 11street. Kedua-dua syarikat akan bekerjasama dengan rapat untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang akan memanfaatkan pelanggan, sementara kami Bersama berusaha untuk terus memperkukuhkan perniagaan.”

Kilang Pentoli merupakan salah sebuah kilang di luar Jepun yang menerima pensijilan SG (CH-IH) dan layak untuk menghasilkan peralatan masak keluli tahan karat yang bersesuaian dengan pemanas aruhan. Ini bermakna setiap bahan mentah dan penghasilan produk Pentoli terkawal, memastikan kebolehpercayaan dan ketekalan jenamanya.

Menerusi Teknologi Pembentukan-Pintar Pentoli (Smart-Forming Technology) yang unik dan inovatif, ketebalan dinding pembolehubah, pada masa sama mengoptimumkan berat badan dan agihan haba dalam rangkaian produk Pentoli memastikan tempoh masakan yang lebih singkat dan penjimatan penggunaan tenaga. Hasilnya, makanan dimasak menggunakan kaedah lebih selamat dan sihat. Ini memberikan ketenangan minda kepada pengguna dan membolehkan mereka memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang lebih penting - membentuk memori berharga dengan insan tersayang semasa musim perayaan ini.

Turut hadir pada majlis media yang dianjurkan,  Khoo Chee Kong, Pengarah Urusan Pentoli berkata: “Di Pentoli, kami sentiasa berusaha untuk menginovasikan produk bagi menyediakan pengalaman memasak yang luar biasa kepada para pelanggan. Kami amat berterima kasih kerana dapat berkerjasama dengan 11street kerana ia pasti membolehkan kami mencapai akses pelanggan yang lebih meluas di Malaysia. Syarikat ini juga yakin bahawa kedua-dua jenama akan menerima manfaat daripada usaha sama yang terjalin ini.”

Bersempena usaha sama tersebut, Dato’ Fazley Yaakob, personaliti MasterChef Selebriti Malaysia akan menjadi Konsultan Chef rasmi untuk kempen Ramadan dan Hari Raya Pentoli. Beliau mendemonstrasikan cara penyediaan dua hidangan Ramadan kegemarannya iaitu ‘Daging Salai bersama Cili Api dengan Belimbing Hijau’ serta ‘Pisang Gula Hangus dengan Sos Butterscotch Gula Melaka’ bersempena musim perayaan yang akan datang ini.

Produk Wira

Pentoli Multi-ply Stainless Steel 8L Pressure Cooker
Dilengkapi dengan Mekanisme Sistem Berpanca, Injap Penunjuk Keselamatan Tekanan dan ciri-ciri Injap Keselamatan Tambahan, Pentoli menawarkan pengalaman memasak yang selamat kepada pengguna. Selain itu, stim terperangkap dalam periuk kedap udara yang seterusnya meningkatkan aras tekanan dan mendidih akan mempercepatkan proses masakan.


Pentoli Multi-ply Stainless Steel 38cm Flat Bottom Wok bersama Penutup Pentoli
Selain mempunyai berat yang ringan, ia didatangkan dengan Pemegang Berkualiti Bakelite dengan penebatan dan tahan panas yang terbaik. Injap Udara Pintar memberikan pengguna kawalan sepenuhnya untuk menahan dan melepaskan stim.

Bersempena Kempen Ramadan 11street yang berlangsung mulai  hari ini sehingga 15 Jun 2018, Pentoli akan menyediakan tawaran menarik terhadap peralatan masak dengan diskaun sehingga 78% menerusi 11street. Selain itu, kuali 28cm Pentoli akan diberikan secara percuma kepada pelanggan yang membuat pembelian rangkaian Pentoli Hero cookware.  Sebagai kemudahan tambahan, pelanggan juga boleh memilih untuk mendapatkan pelan ansuran sehingga 36 bulan sepanjang tempoh promosi.

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web http://www.11street.my/store/pentoli.


###

Mengenai 11street (www.11street.my)
11street merupakan pasaran dalam talian yang boleh dipercayai dan mudah yang menawarkan pelbagai pilihan produk pada harga yang kompetitif. Ia bermatlamat untuk merevolusikan pengalaman membeli-belah dalam talian pelanggan hari ini dengan menjadikannya lebih khusus dan menarik. 11Street mempunyai pilihan meluas kategori produk yang terdiri daripada Fesyen, Elektronik, Barangan Keperluan, Kesihatan & Kecantikan, Kanak-kanak & Bayi, Riadah & Sukan, Kediaman & Gaya Hidup serta Buku & Perkhidmatan, termasuk tawaran menarik seperti E-baucar. 11street juga adalah sebuah pasaran yang optimum, yang mana ekosistem pembarangan, pendidikan dan program latihannya mampu memberi sokongan kepada penjual terlibat tanpa mengira saiz perniagaan mereka. Ditubuhkan di Korea Selatan sejak tahun 2008, 11street kini merupakan salah satu daripada penyedia pasaran e-dagangan terkemuka dunia dengan 400,000 penjual yang menyediakan khidmat kepada lebih 30 juta pelanggan di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.11street.my.
Mengenai Pentoli
Diilhamkan oleh rekaan Itali yang klasik dan kontemporari, peralatan masak penting PENTOLI yang merangkumi periuk, kuali dan aksesori lain mewakili rangkaian keluli tahan karat pelbagai lapis (multi-ply stainless steel) berkualiti tinggi yang akan meningkatkan pengalaman memasak dengan stail. Versatil dan tahan lama, teknologi pembentukan pintar (Smart-Forming Technology) yang inovatif PENTOLI menghasilkan ketebalan dinding pembolehubah, pada masa yang sama mengoptimumkan berat badan dan agihan haba peralatan masak bagi memastikan tempoh masakan yang lebih singkat dan penjimatan penggunaan tenaga.

Juga dikongsi dibawah ini, resepi khas dari Dato' Fazley Yaacob untuk semua pembaca...


Smoked Meat with Fiery Chilli and Green Starfruit

7 bird’s-eye chillies
3 large onions
6 cloves garlic
3 stalks lemongrass 4cm turmeric
4cm ginger
1⁄2 green starfruit (deseeded)
1 tsp turmeric powder 2 cups water
1 cup coconut milk
1 cup coconut cream

Method
For the meat
Marinate the meat with turmeric powder and salt for 1 hour.
Heat a wok and place the coconut husk into it, then place a gridiron on top.
Smoke the meat on the gridiron until even without using any oil; the coconut husk will emit a lot of smoke, so ensure your kitchen is well ventilated.
Once ready, slice the meat into 4cm-wide slices.

For the gravy
Cut the onions, chillies, garlic, lemongrass, turmeric and ginger and pound until smooth using a mortar and pestle.
Cut the starfruit into 5 pieces.
Heat the water in a pot, then pour in the pounded ingredients along with the turmeric powder. Wait until it starts to bubble, then add the starfruit pieces.
Add in the sliced meat and both the coconut milk and cream and turn down the heat to medium. Add salt to taste.
Once cooked, serve with hot rice.



Caramelised Banana with Mixed Berry Compote and Butterscotch Sauce

Ingredients
2 nos Banana
30g brown organic sugar
30g butter
1 vanilla pod
50 gram cooked spaghetti

Mixed berry compote:
20g unsalted butter
30g brown organic sugar
Pinch of cinnamon powder
2 cups mixed berries - raspberries, blackberries, and blueberries

Butterscotch Sauce:
40g organic brown sugar
30g butter
90g whipping cream
A pinch of salt
1 vanilla bean
Oil for frying
Melt a tablespoon of butter in a non-stick pan and add the sliced bananas straight away. Fry only on one side.
Sprinkle the brown sugar on top of every slice, let them caramelise and put them on a plate when they are ready.
Melt 70g of butter with the palm sugar in a pan. Once melted, add the whipping cream and vanilla, then whisk until well combined. Turn o  the heat and add the salt.
Heat oil, deep fry pasta and toss. Pour this sauce onto the caramalised bananas and deepfried pasta and add a scoop of vanilla ice cream just before serving.


You May Also Like

0 Comments

Bismilahirohmanirrohim

Powered by Blogger.