Pelbagaikan Resipi 6 Hari Untuk Si Manja Dugro

by - April 04, 2018

Artikel yang lepas , aku telah sertai program mama2 Penyayang Dugro dimana selama program berlangsung, banyak idea dan tips dikongsikan.Jadi tidak mahu ketinggalan dengan peluang yang diberi dimana aku ingin sendiri mencuba menu 6 hari untuk si manja Dugro, mengikut versi aku sendiri. iaitu Quiche Ayam Dugro. Memandangkan Azriel masih dalam tempoh menerima sayur di dalam setiap menu yang aku sediakan, untuk percubaan kali ini, aku hanya menggunakan telur dan juga ayam kisar mengantikkan cendawan dan juga tidak ketinggalan 2 sudu besar susu Dugro dan semestinya bahan lain seperti bawang semuanya aku telah blend hancur, bagi teknik penyamaran. Kalau ikutkan susah nak bagi Azriel makan sayur. Inilah teknik yang diamalkan selama ini. heheh..


Yer tak macam Rupa pai ayam pun kan? sebab semuanya telah dikisar secara hancur dan tak kelihatan. 










Anak kesayanganku, Azriel, memang tidak salah pilihan mommy untuk sediakan susu Dugro® untuk membekalkan Azriel nutrisi yang lebih optimum dalam kehidupan seharianmu. Melihat kamu membesar seharian dengan cergas dan sihat, menjadikan mommy – ibu yang sangat bangga. Azriel juga sukakan Dugro® Madu dimana masih berkhasiat seperti dahulu, dengan kelazatan madu dan tanpa sukrosa.
Dengan bekalan tenaga yang dibebaskan secara beransur-ansur daripada karbohidrat kompleks tersebut, ia membantu Azriel kekal kenyang dan aktif sepanjang hari. Lihat sahaja saiz tubuhnya, jika dibandingkan student yang sebaya dengannya di sekolah, dia adalah antara pelajar yang paling tinggi dan besar untuk kanak-kanak berumur 4 tahun.
Setiap minggu Azriel dihantar ke nursery untuk seharian disana sehingga aku menjemputnya, dan semestinya makanan yang dibekalkan untuknya haruslah mencukupi supaya aku tidak perlu bimbang jika makanannya mencukupi atau tidak. Buat pengetahuan semua, Azriel adalah seorang kanak-kanak yang mempunyai selera makan yang tinggi dan boleh dikatakan, nasi adalah makanan utamanya yang mampu memberikan dia tempoh kenyang yang tinggi.
“Memang terasa bangga dan sangat gembira apabila kita dapat menyediakan makanan yang bukan sahaja enak, tapi penuh khasiat untuk anak-anak!”





Pada mulanya aku sangat risau. Yela kalau aku sendiri yang menjaganya, semestinya setiap kali dia minta untuk makan, senang sahaja aku sediakan… Tapi, kalau di sekolah pula macam mana? Nasib baik lah ada susu Dugro® yang dirumus khas dengan khasiat DHA, 15 Vitamin & Mineral serta lcFOS unik (kandungan serat), untuk para ibu yang sentiasa ingin memberi Si Manja mereka lebih lagi nutrisi. Aku tertarik dengan kelebihan susu Dugro® sebab ia boleh membantu perkembangan dari pelbagai segi yang diperlukan oleh anak-anak dalam pertumbuhan tahap awal. Sejak Azriel mula minum susu Dugro®, ia telah banyak membantu aku dalam penyediaan kesemua nutrisi penting yang perlu ada pada seorang kanak-kanak.





Teknik yang sama tapi diganti menggunakan roti sahaja. Tak seharusnya mengikut resepi mnjadikan ia terhad, kita boleh pelbagaikan mengikut kreativiti yang mammpu menarik anak untuk makan. Tak percaya?


Ini makanan tengah hari untuk Azriel, seperti semua tahu Azriel memiliki selera makan yang tinggi dan mudah berasa lapar. Kalau pulang sahaja dari Taska mesti akan mengadu "Azriel lapar lah mommy nak ayam goreng"! Berpunca dari sinilah saya sebagai ibu sentiasa ingin memastikan Bekal Nutrisi disediakan, dan Azriel dapat menikmati makanan yang berkhasiat dan lazat sepanjang hari apabila perutnya kosong. Lagipun dengan isian bekalan didalam bekal yang comel molek ini, Azriel akan lebih teruja menikmati hidanganya.


You May Also Like

0 Comments

Bismilahirohmanirrohim

Powered by Blogger.