Azriel dengan Influenza A dan H1N1.
Apa perasaan korang bila hari pertama hantar anak ke sekolah untuk pertama kali? Seronok bukan?. Mestilah tengok keletah dia yang sikit tak ada rasa gugup bila pertama kali jejakkan kaki. Rasanya Mommy yang over emotional sebab banyak fikir, boleh ke anak sesuaikan diri, boleh ke dia berkongsi bergaul dan boleh ke dia uruskan diri kalau nak ke tandas atau nak belajar dalam kelas nanti.
Azriel alhamdulillah setakat ni. suka kan sekolah, hari-hari setiap malam tanya esok kita akan kesekolah lagi kan mommy?. Mommy pula yang tak larat nak jawab. Excited lah tu, sebab ramai kawan. Hari sekolah Azriel terhenti seketika pada hari ke 3 persekolahannya. Dapat panggilan dari teacher Kinah bagitahu yang Azriel muntah-muntah dan suhu badan panas. Aku pula bila dapat panggilan yang mencemaskan, jangan cakap lah tak cukup tanah aku dibuatnya. Nak keluar office nak bagitahu boss guna mulut tergamam, sebab dah lama Azriel tak sakit berat macam ni. Aku sempat tunjuk WhatApp text je pada Boss aku. Pahtu Boss izinkan aku balik, sepantas kilat sampai kat school Azriel. Aku tengok budak lain riang ria tengah nikmati juadah tengahari diorang. Tapi Azriel tengah baring berbalut toto tebal. Badan dia panas sampai bibir kemerahan dan kering. muka dah merah padam. (Alahai kesian anak mommy) terus laju-laju ke Klinik 24 Jam Dr Izham. Masa ni Azriel dah lesu longlai, muka dah merah, asyik cakap sakit kepala, alahai kesian anak mommy.
Lepas jumpa Doktor, terus doctor bagi voren. Patut kalau Voren tu dah kuat tau dos dia. Selepas setgh jam pun badan dia masih dedar lagi. So aku just follow up jaga Azriel dengan bagi dia ubat syrup pula. Tapi panas die mningkat lagi pada tgh malam.
Jam 1.30 pagi aku sedar badan dia makin panas, bila check guna meter suhu dah cecah 39.1 (letak-letak terus 39.1c) Rasa tak sedap hati. Tergerak hati nak ke hospital. Sebab bila di ingat kata doktot kat klinik tadi, kalau dalam 3 hari tareda demam kena datang balik, untuk buat surat refer hospital. Aku tak pikir panjang, Hati kuat kata anak aku ni dah demam something ni. Terus mandi sesiap, pack baju barang keperluan in case kena warded. So jam 2.30 pagi aku dukung anak aku ni senget-senget lah skali bag galas. Terus ke Gleanegles Jalam Ampang. Register kat Emergency. Nasib masa tu takda patient lain. Terus nurse check suhu dan berat Azriel 39.8. (masa ni Azriel dah longlai jalan pun gewang je).
Lepas masuk jumpa doktor diberitahu yang Azriel perlu buat ujian darah dan kena drip masuk air. Alahai hati ibu mana sampai hati dan resah bila dapat tahu anak kena buat ujian darah. Doktor bagitahu dia suspect something tapi tak pasti. Kena lah buat ujian darah dulu. Masa doktor nak ambil darah tu dalam 3 tube. Melalak lah anak mommy jangan cakap lah. (Aku tahu doktor tu tak jumpa urat anak) kesiannya. Aku kat luar ni duk jerit caap sabar Azriel, adik kan kuat hakikatnya aku tak kuat) Last aku minta doktor untuk ikut serta masa doktor cari urat. Alhamdulillah dapat akhirnya. Tapi kesian sebelah tangan 3 bekas cucuk jarum (ni kasan xjumpa urat) sudahnya bila aku masuk, aku sedikit berkeras dengan Azriel pegang erat tangan die sebab masa ni dia dah meronta bagitahu sakit. (huhuhu mommy tak sanggup). Kalau Azriel baca post mommy ni "mommy mintak maaf yer, mommy terpakse sbb nak kamu cepat baik".
Bila ujian darah keluar yang keluar dari mulut doktor "kita terpaksa tahan ward anak puan sebab anak puan disahkan ada influenza A dan H1N1 positif." luluh hati mommy adik. Cuma doktor bagi tahu ujian denggi belum keluar , dan berharap denggi takda, dikuartiri denggi akan menyukarkan process penyembuhan. Kerana denggi belum ada vaksin berbeza dengan influenza A dan H1N1 yang mana boleh dikatakan penyakit demam common yang dihidapi masyarakat kini. Jika ia terjadi pada dewasa InsyaAllah imunisasi dewasa kuat berbanding kanak-kanak. Sebab itulah bagi kanak-kanak perlu dikawal rapi.
Anak mommy kuat!!!!
Panas dia tak reda-reda walau lepas bagi varen terpaksa lah letak towel basah untuk redakan panas badan. Tengah tak sehat hiburan gadget wajib. Hmmm budak zaman sekarang.
Selama 4 hari berkampung di ward. Alhamdulillah layanan nurse dan juga Dato' Dr Iean (Pae Gleanegles) sangat-sangat bagus. Yang bagusnya Dr Iean sangat mesra sehinggakan dia sudi melayan whatapp untuk sebarang pertanyaan tentang pekembangan kesihatan Azriel. Dr Iean juga ada pesan untuk menghantar report (Screen shot) laporan yang dicatit nurse bagi mengetahui kekerapan Azriel minum, makan dan buang air serta simtom berkaitan. Dari situ Dr dapat megenal pasti tahap imunisasi badan terhadap tindakbalas ubat, bagi menghapuskan virus tersebut.
daddy die pun tergolek disitu kepenatan. (terima kasih).
Ada mommy kesah, mommy pun ikut panjat katil baring sekali anak mommy. Mana sanggup nak tido berjauhan kan.
Alahaii.. masa ni asyik susah hati kenapa lah bebal sangat virus ni, walau dah masuk hari ke 3 die masih demam lagi.
inilah ubatan yang Azriel perlu ambil sepanjang rawatan.
Dr Iean minta supaya Azriel dibawa keluar bersiar untuk melihat tindakbals badan terhadap persekitaran, jika semalaman Azriel tak demam esoknya dia akan dibenarkan balik.
Rindu nak balik rumah lah tu. Asyik tanya bila mommy nak hantar adik school ni. Kawan adik tengah tunggu lah. Nanti teacher qinah teacher ain marah adik. Hahah.. apelah Azriel. orang tahu lahAzriel tak sihat.
Alhamdulillah dah discharged pun, but still on medication lagi. 11/01/18 jam 11 pagi akan ada temujanji lagi untuk fllow up dengan Dr Iean. Harap dipermudahlan dan semua kembali pulih. InsyaAllah. Cepat sembuh yer sayang.
Sedikit info sebagai rujukan ibubapa yang masih tertanya tanya bagaimana virus ini menyerang anak-anak.
Apakah itu Influenza A (H1N1)?
Influenza A(H1N1) ialah sejenis demam selesema yang sangat mudah berjangkit. Simptom selesema ini adalah hamper sama seperti selesema bermusim biasa. Ia juga dinamakan selesema babi kerana ia adalah satu bentuk virus baru yang dikatakan berasal daripada babi.
Bagaimanakah Influenza A (H1N1) merebak?
Bagaimanakah Influenza A (H1N1) merebak?
Selesema H1N1 merebak dari individu ke individu sama seperti cara virus selesema lain merebak: melalui batuk dan bersin oleh individu yang dijangkiti. Selesema H1N1 sangat mudah berjangkit dan merebak, terutamanya dalam ruang tertutup di mana terdapat kontak yang rapat di antara orang yang dijangkiti dan orang yang sihat. Walaupun digelar "selesema babi" namun penyakit ini tidak boleh dijangkiti daripada pemakanan atau penyediaan daging babi.
Apakah simptom-simptom Influenza A (H1N1)?
Apakah simptom-simptom Influenza A (H1N1)?
Kesan selesema H1N1 berbeza dari individu ke individu. Sesetengah individu yang dijangkiti virus ini hanya mengalami simptom yang sederhana. Tetapi terdapat juga individu yang boleh mengalami komplikasi seperti penyahhidratan, pneumonia (radang paru-paru) atau kesukaran untuk bernafas.
Simptom-simptom selesema H1N1 adalah hampir sama dengan simptom-simptom selesema biasa:
Simptom-simptom selesema H1N1 adalah hampir sama dengan simptom-simptom selesema biasa:
- demam; dengan mengejut;
- keletihan atau kurang tenaga;
- sakit tekak;
- hidung berhingus
- batuk;
- sakit kepala;
- sakit otot dan sendi.
- sakit abdomen akut;
- cirit-birit;
- muntah.
- demam panas;
- mengantuk;
- tidak mahu berinteraksi;
- telah kehilangan selera makan.
- kegelisahan yang ekstrim;
- kesukaran bernafas;
- perubahan warna kulit atau kulit berkerut/ berkedut;
- sawan
Jika anak anda mempunyai gejala-gejala tersebut, sila hubungi doktor keluarga anda, doktor kanak-kanak atau hospital tempatan secepat mungkin.
Bagaimanakah Influenza A (H1N1) merebak?Selesema H1N1 merebak dari individu ke individu iaitu sama seperti cara virus selesema lain merebak: melalui batuk dan bersin oleh individu yang dijangkiti. Selesema H1N1 sangat mudah berjangkit dan merebak, terutamanya dalam ruang tertutup di mana terdapat kontak yang rapat di antara orang yang dijangkiti dan orang yang sihat. Virus babi seperti H1N1 tidak berpunca daripada pemakanan atau penyediaan daging babi.
Apakah yang perlu saya lakukan jika anak saya menunjukkan
simptom Influenza A (H1N1)?
Hubungi doktor anda dan jelaskan symptom-simptom yang
kelihatan serta suhu badan anak anda. Beritahu doktor umur anak anda dan sama
ada dia atau sesiapa sahaja di dalam rumah anda mempunyai sebarang masalah
kesihatan lain. Oleh kerana virus ini sangat mudah berjangkit, doktor anda
mungkin akan memberi diagnosis melalui telefon untuk mengurangkan pendedahan
kepada virus H1N1.
Adakah terdapat sebarang rawatan bagi Influenza A (H1N1)?
Jika doktor anda mengesahkan bahawa anak anda telah
dijangkiti Influenza A (H1N1), anda perlu menjaga dia di rumah dan memberi
rawatan sama seperti selesema biasa. Pastikan anak anda mendapat rehat yang
mencukupi dan memberinya banyak air untuk memastikan dia terhidrasi dengan
baik. Jika anak anda masih menyusu badan, teruskan ataupun, jika anak anda
sudah mula minum susu formula, berikannya susu formula dan air suam. Jika anak
anda sudah mula makan makanan pejal, dorong anak anda untuk terus makan.
Kawal suhu anak anda dengan menggunakan kipas angin ataupun
span basah. Anda juga boleh memberikannya paracatemol untuk kanak-kanak bagi
mengurangkan suhu badannya. Ikut arahan pada pakej dengan teliti dan jangan
melebihi dos yang ditetapkan.
Buat masa terdekat ini, masih belum terdapat penawar bagi
selesema H1N1, namun begitu, ubat antivirus boleh digunakan untuk melegakan
simptom-simptom dan membantu anak anda pulih dengan lebih cepat. Untuk
memastikan keberkesanan ubat antivirus, ia harus diberikan dalam tempoh 48 jam
daripada permulaan simptom-simptom awal.
Adakah selamat untuk memberikan antivirus kepada anak saya?
European Medicines Agency, yang mengawasi penggunaan ubat di
Kesatuan Eropah, telah menyarankan bahawa bayi dan anak-anak boleh mengambil
ubat antivirus yang dikenali sebagai oseltamivir, umumnya dikenali sebagai Tamiflu.
Doktor anda akan memutuskan jika ini adalah rawatan yang tepat untuk anak anda.
Apa yang boleh saya lakukan untuk mengelakkan keluarga saya
dijangkiti Influenza A (H1N1)?
Sama seperti selesema biasa, terdapat beberapa perkara yang
anda perlu lakukan untuk mengelakkan jangkitan dan mengurangkan penyebaran:
Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu pakai buang apabila
anda batuk dan bersin, dan buangkan tisu itu selepas digunakan.
Jika anda tidak mempunyai tisu, tutup mulut anda dengan
bahagian dalam siku anda apabila batuk atau bersin, ini akan mengelakkan
penyebaran jangkitan ke tangan anda dan akan mengurangkan penyebaran penyakit
ini.
Selepas batuk dan bersin, basuh tangan anda dengan air suam
dan sabun. Gosok kedua-dua belah tangan anda yang bersabun sekurang-kurangnya
15 saat dan bilas dengan air yang banyak. Jika tiada sabun dan air, gunakan
pengelap pakai buang berasaskan alkohol atau sanitiser gel.
Jangan sentuh mata, hidung atau mulut anda sebab kuman
merebak dengan pantas.
Basuh tangan anda dengan kerap – virus boleh hidup sehingga
dua jam pada permukaan seperti tombol pintu dan telefon.
Amalkan diet yang sihat termasuk banyak buah-buahan segar,
sayur-sayuran dan makanan penuh bijiran – keseimbangan ini akan memberikan anda
mineral dan vitamin antioksida seperti vitamin C yang akan membantu melawan
jangkitan.
Berapa lamakah bayi saya boleh menjangkiti orang lain jika
dia menghidapi Influenza A (H1N1)?
Tempoh berjangkit bagi pesakit Influenza A (H1N1) adalah
sehingga 7 hari daripada tempoh penyakit itu bermula. Kanak-kanak, terutamanya
yang lebih muda, mungkin mempunyai tempoh berjangkit yang lebih lama.
Bolehkah anak saya diberi pemvaksinan terhadap Influenza A
(H1N1)
Di cadangkan anak anda diberi pemvaksinan terhadap
influenza A (H1N1) jika dia berusia antara enam bulan dan lima tahun, dan
mempunyai masalah kesihatan jangka panjang seperti:
- asma/ lelah;
- diabetes jenis 1;
- Penyakit paru kronik.
Vaksin H1N1 termasuk dalam suntikan selsema bermusim, yang
juga memberi perlindungan terhadap selesema biasa yang lain. Hubungi doktor
keluarga anda atau doktor kanak-kanak untuk maklumat lebih lanjut.
Jika anak anda di bawah enam bulan dia tidak dapat diberi
pemvaksinan terhadap selsema H1N1 atau demam selsema lain. Hal ini kerana
suntikan selsema bermusim tidak cukup menghasilkan tindakbalas imuniti pada
bayi yang masih kecil. Ini bermakna bahawa suntikan tidak dapat berfungsi untuk
melindunginya.
Bayi-bayi dan anak-anak yang sihat tidak perlu pemvaksinan.
Mereka mungkin tidak akan ada komplikasi teruk jika mereka dijangkiti selesema
H1N1 atau selsema jenis lain.
Untuk rujukan lebih detail klik https://www.babycenter.com
51 Comments
Sedihnya zaza baca psl kes azriel ni... Hope azriel kembali sihat dan dpt bmain dgn kwn2
ReplyDeletezaza- huhu.. thank you. amiin harap juga die lekas sembuh
DeleteSemoga azriel cepat kembali sihat ya..
ReplyDeleteCik Ash- terima kaseh..amiin
DeleteSemoga Azriel cepat sembuh ya, tq for sharing good info untuk kita semua..
ReplyDeleteamiin.. tq kak sue. yer apa yang mampu saya akn sharekan supaya kalau boleh kita elak ..
DeleteKesiannya Azriel. Memang risau betul kalau anak tak sihat ni. Semoga azriel cepat-cepat sembuh dan boleh bersekolah.
ReplyDeleteamiin.. betul tu, perkara paling ibubapa takut adalah bila anak xsihat.. sedihh betul tgh die tak aktif macam slalu
DeleteSiannyer Azriel. Rawlins plak terasa sebak tengok jarum kat tangan dia tu. Moga dipermudahkan semua urusan sekeluarga ye. Terima kasih share info, boleh diamalkan oleh semua.
ReplyDeleteRawling - kita yang dewasa pun tahu jarum tu menyakitkan apetah lagi anak2 kita ni.. huhu thanks amiin..
DeleteBagusnya Azriel suka pergi sekolah. moga Azriel cepat sembuh ye. Sedihnya tengok muka dia tak sihat macam ni. Risau betul kalau kanak2 sakit, sebab dorang kecik lagi kan. Apalah daya dorang nak tanggung sakit tu.
ReplyDeleteEmi- itulah setiap malam cakap kat Azriel bagilah sakit ni kat mommy sikit, biar mommy tanggung sama. tak sanggup tgk anak mommy xsihat. (bila anak sakit sampai merayu kat tuhan bagi sakit kat kita je jgn pd anak)kasih ibu2 mmg cengitu la kott.
DeleteYa Allah tak boleh tengok budak-budak sakit macam ni masuk wad dan dapat rawatan. Moga adik Azriel cepat sembuh dan makin sihat dan makan kuat...
ReplyDeleteMaha mahu- huhu tahu xpe sedih tau.. amiin thank you
Deletekan..amiinn
DeleteUishhh bahayanya. Dapat dari sekolah lah tu. Ibu mana yg x sedih tengok anak kne tahan ward. Semoga cepat sembuh ye.
ReplyDeleteZharif- semua ibu kat dunia takkan sanggup tgk anak jd cmni.. huhu.. amiin thanks zharif
DeleteAllah..kesiannya si hensem sakit. Memang anak2 kalau sakit maklah yg paling susah hati sgt. Moga adik azriel sihat seperti sedia kala dn ke sek mcm biasa
ReplyDeletemak2 je tahu ape rase bila anak susahkan.. amiin
DeleteSemoga cepat sembuh. Bahaya betul kanak2 terdedah dgn influenza ni.
ReplyDeletebahaya sebab boleh dijngkiti dimana-mana dan sesiapa sahaja.
Deletegood to know that your kid likes to go school! i remember last time seeing those kids cried when their parents send them to school. haha yes Gleneagles service is quite good, i prefer them in Penang too. anyway good to know that he's okay now and that's all it matters!
ReplyDeleteYourFinanceDoctor
yup. i would recommended to the Gleneagles service others. The Doc and staff nurse actually so friendly and sporting.
Deletemoga azriel sentiasa diberi kesihatan yang baik. tapi baguslah anak u suka pergi ke sekolah ..
ReplyDeleteAyuarjuna- alhamdulillah suka sgt dengan school tu. mungkin sbb ramai kawan
DeleteKesiannya Azriel. Alhamdulillah Azriel semakin pulih. Kalau sy pun tak kuat kalau anak dh sakit mcm ni. Sedih tgk.
ReplyDeletekan.. anak kan.. aamiin.. terima kasih utk doa
DeleteOh no poor thing, I hope he gets well soon. Sakit hati to see kids being admitted.
ReplyDeleteyeah... risau some more.. you also take care yeahh
ReplyDeleteAllahuakbar... Sedihnya sangat wei. Anak dari sihat jadi lembik macam tu. Kolin doakan lepas ini adik dikurniakan kesihatan yang baik ye. Sedihnyaaa
ReplyDeleteTq Kolin (comelnya nama awak)
DeleteAlahai kesiannya Azriel.. Moga terus sembuh macam biasa dan menjalani alam persekolahan dengan baik dan lancar. InsyaAllah.. azriel kuat!
ReplyDeleteterima kasih Hasif.. insyaAllah korang pun jaga kesihatan sama . skg musim demam xtau ape virus dah
Deletepoor boy. wishing him get well real soon
ReplyDeletethanks Wai yee
Deletesedih yer baca kisah azriel ni. semoga makin sihat dan dilindungi Allah
ReplyDeletemama arif - terima kasih
DeleteAwh the poor thing. Hope he gets better soon and wishing him all the best <3
ReplyDeletePen - thanks dear
Deletealaaaa siannya.. get well tau soon azriel..
ReplyDeleteThanks Haneeza
DeleteAzriel..cepat sembuh ya anak😊
ReplyDeleteAlia- terima kasih amiin
DeleteAlahai kasihannya Azriel, takut juga bila dengar perkataan H1N1 tu.
ReplyDeleteSemoga sembuh ya.
Sekarang dah ada vaksin, cuma walau penah hidap h1n1 ni, kebarangkalian utk dapat lagi jangkitan tu tinggi kata doktor disebabkan cuasa skg
DeleteFeel sad when see your son condition as he has not mood in playing or even smile. H1N1 is a disease that you can't predict. If a good information to create awareness.
ReplyDeleteBetty- totally agreed with you, yeah btw thanks for visiting
DeleteInfluenza dan h1n1 dah macam common diseases dalam kalangan kanak kanak, get well soon dear, nauzubillahminzalik
ReplyDeletethanks sis cantik
Deleteget well soon, h1n1 is dangerous disease tapi dah dapat rawatan cepat InshaAllah cepat sembuh soonest
ReplyDeleteamiiin... amiin..
DeleteBismilahirohmanirrohim