Bio-Oil®, produk untuk merawat kesan parut & regangan kulit yang utama di dunia kini lebih hebat. Sangat menakjubkan!
Malaysia, 15 December 2017 - Pakar dalam penjagaan kulit yang disayangi ramai,
Bio-Oil® kini
tampil dengan wajah baru. Selepas kehadirannya selama sedekad di Malaysia,
minyak pelbagai guna ajaib ini mendedahkan wajah yang lebih segar, kontemporari
dalam pembaharuan terkini.
Produk ini sangat disukai
ramai kerana keberkesanannya dan merupakan produk No. 1 untuk merawat kesan parut
dan regangan kulit di lebih 24 buah negara termasuk Malaysia (Nielsen, 2016),
UK, Australia dan New Zealand. Bio-Oil® mempunyai campuran vitamin A & E dan minyak tumbuhan
semulajadi seperti lavender, kalendula, rosemary dan kamomil, bersama dengan
ramuan unggul PurCellin Oil™ yang membolehkan ramuan aktif diserap ke dalam
kulit dengan sempurna tanpa meninggalkan kesan berminyak.
Dengan mengekalkan ciri-ciri keunikan warna putih dan oren Bio-Oil®, kini peknya disertai pula dengan maklumat ringkas mengenai
manfaatnya di atas kotak. Sebagai satu produk yang dikenali ramai dan mendapat
sambutan hangat dengan testimoni menakjubkan, Bio-Oil® tetap mengekalkan konsep dan strategi pembungkusan unik
dengan mengamalkan rupa wajah yang segar dan bersih. Kecemerlangan reka bentuk
baharu ini menonjolkan keanggunan dan tarikan baru kepada pengguna.
Pengguna boleh terus yakin
dengan formulasi Bio-Oil®
seperti mana yang
dipercayai mereka selama bertahun kerana pembaharuan wajah Bio-Oil® hanya tertakluk kepada pembungkusan sahaja. Rumusan yang telah memenangi anugerah ini dihasilkan dan
diedarkan ke seluruh dunia oleh Union-Swiss yang berpengkalan di Cape Town,
Afrika Selatan. Ia diuji secara klinikal dan terbukti berkesan untuk
mengurangkan penampilan kesan parut, regangan kulit dan tona kulit tidak sekata
di bahagian muka serta badan. Selain itu, Bio-Oil® juga sangat berkesan dalam menangani pelbagai masalah
kulit seperti penuaan dan kulit kering.
Keberkesanan Bio-Oil® bukan hanya sekadar untuk masalah kulit tetapi telah diuji
dan terbukti sesuai digunakan untuk kulit sensitif, hypoallergenik (tidak
menyebabkan alahan) dan tidak-aknegenik (tidak menyebabkan jerawat). Ia juga selamat
digunakan oleh wanita hamil yang menghadapi masalah kulit semasa kehamilan
seperti kesan regangan kulit, pigmentasi dan lain-lain lagi.
Pendedahan wajah baru ini
amat penting bagi Bio-Oil® untuk terus kekal relevan di pasaran dan kami sentiasa
berusaha untuk memberi yang terbaik kepada pengguna setia kami. Kami
mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan yang telah diberi dalam sedekad
yang lalu dan memberi jaminan bahawa Bio-Oil® akan terus menerajui industri ini seperti tahun-tahun yang
lalu, "kata Low Hooi Wan, Pengurus Unit Perniagaan Bio-Oil®.
Bio-Oil® kini boleh didapati di semua farmasi berdekatan dan kedai penjagaan diri
di seluruh negara dalam saiz 60ml (RM 34.95), 125ml (RM 58.25) dan 200ml (RM
79.45).
Untuk
maklumat lanjut, sila layari bio-oil.com
Tentang Nuvanta Sdn Bhd
Nuvanta Sdn Bhd telah ditubuhkan pada tahun 2005 dengan perniagaan utama iaitu
mengimport dan memasarkan produk kesihatan semula jadi dan produk penjagaan
diri. Jenama utama adalah: - Bio-Oil®, Natural Factors, Nuvaceuticals and Safwa
Health.
Visi dan misi syarikat ini adalah berdasarkan konsep mudah: -
"Mengekalkan taraf penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi dalam
industri makanan tambahan di Malaysia"
Nuvanta Sdn Bhd berusaha untuk mengajar masyarakat bagaimana untuk
mencapai kesejahteraan dalam semua bidang kehidupan mereka - mental, emosi dan
fizikal - dengan menawarkan produk yang mensasarkan keperluan kesihatan khusus
mereka supaya mereka dapat menikmati kesihatan yang baik seumur hidup. "
2 Comments
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteBismilahirohmanirrohim