PIZZA HUT MELONJAKKAN TRANSFORMASI DIGITAL
Kedai konsep digital dan aplikasi
mudah alih baru memberi pengalaman yang "lebih baik dan senang"
kepada pelanggan Pizza Hut.
KUALA LUMPUR, 16 November,
2017 – Pizza Hut Malaysia
("Pizza Hut"), rangkaian pizza No.1 Malaysia telah mengorak sempadan
digital baru - sebuah restoran konsep digital yang diperbaharui di Sunway
Pyramid, berserta aplikasi mudah alih baru.
Kedua-dua inisiatif ini telah melonjakkan Pizza Hut dalam transformasi
digitalnya, di samping menyokong misi rangkaian berkenaan untuk menjadikan
proses membeli piza "Lebih Senang" dan memberi pengalaman "Lebih Baik"
kepada pelanggan.
Berucap ketika majlis itu, Merrill Pereyra, Ketua Pegawai Eksekutif QSR
Brands (M) Holdings Bhd berkata: "Dalam membangunkan strategi digital
Pizza Hut, kami kembali kepada
teras industri makanan. Dalam industri kami, pengalaman pelanggan merupakan
aspek paling utama, dan soal aspek digital bukanlah sekadar penggunaan
teknologi semata-mata sahaja - ianya untuk memastikan kepuasan para pelanggan.
Bagi kami, ini bermaksud menyenangkan proses pembelian piza untuk pelanggan -
sama ada di restoran, rumah, atau di mana-mana sekalipun."
"Inilah sebabnya Pizza Hut mengorak langkah ke arah transformasi
digital, bermula dengan rombakan semula laman web kami, dan sekarang dengan
aplikasi mudah alih dan restoran konsep digital pertama kami. Kami berharap
untuk memberikan pelanggan kami pengalaman digital sepenuhnya dari saat mereka masuk
ke dalam restoran, membuat pesanan, dan menikmati hidangan mereka. Ini hanyalah
permulaan. Kami merancang untuk mengembangkan konsep digital kami ke lebih
banyak restoran, bagi memberi pengalaman digital yang lebih baik dan
menyenangkan untuk semua pelanggan.
Mengubah pengalaman makan
dan pesanan digital
Restoran konsep digital baru Pizza Hut memberikan pelanggan pengalaman
digital yang baru dari saat mereka melangkah
masuk ke restoran, membuat pesanan dan menikmati hidangan mereka,
sehingga saat mereka keluar. Dari panel digital pesanan dan pengurusan barisan
yang terletak di luar restoran, hinggalah robot penyambut tetamu di dalam,
restoran ini telah direka khas untuk berfungsi secara digital.
Di restoran konsep digital baru Pizza Hut juga, kesemua pekerja dilengkapi
dengan tablet untuk mengambil pesanan dengan lebih efisien dan tepat.
Restoran baru ini juga merupakan
cawangan pertama Pizza Hut di Asia Pasifik untuk menampilkan Kios Bawa
Pulang Digital. Kios ini membolehkan pelanggan membuat pesanan dan bayar
dengan lebih pantas, menjadikan proses ini lebih cekap dan mengurangkan masa
menunggu.
Pelanggan juga dapat menggunakan menu
“Augmented Reality” dengan keupayaan untuk berinteraksi dengan para
pelanggan sambil memaparkan makanan dengan animasi-animasi yang membangkitkan
selera. Pengalaman digital ini berterusan selepas pesanan telah dibuat, dengan
penyediaan permainan digital yang menarik untuk memastikan para pelanggan akan terhibur
sambil menunggu piza mereka.
"Dalam perancangan untuk
menerapkan teknologi digital ke dalam restoran konsep digital ini, kami
mendekatinya dari sudut pandangan pelanggan. Bagaimanakah kita dapat membuat
keseluruhan pengalaman pelanggan lebih senang? Sebab itulah kami telah membawa
penyelesaian seperti Kios Bawa Pulang Digital - kerana pelanggan memberitahu
kami bahawa mereka ingin memesan dan membuat pembayaran dengan lebih pantas,
supaya mereka dapat lebih cepat menikmati piza mereka. Dengan cara ini,
pelaburan kami ke dalam pembinaan kios ini terus menjadi sebuah penyelesaian
dan memberi pengalaman pelanggan yang lebih baik."
Kemudahan di hujung jari
anda
Bagi pelanggan yang lebih suka menikmati piza yang dihantar ke rumah, Pizza
Hut telah mula membuat pengalaman ini lebih baik dengan pembaharuan laman
webnya pada awal Mei tahun ini, lengkap dengan mekanisme pesanan, navigasi dan
penjejakan yang lebih mudah.
Pelaburan ini membawa keuntungan dengan kenaikan 107%* trafik laman web,
sementara urus niaga jualan dalam talian meningkat sebanyak 31%*.
Pizza Hut kini telah mengambil langkah seterusnya dengan pelancaran rasmi
aplikasi mudah alihnya.
Aplikasi ini akan menjadikan proses pesanan piza satu pengalaman yang lebih
mudah dan bermanfaat. Aplikasi ini mengingati pesanan dan pilihan pelanggan
yang terakhir - termasuk alamat penghantaran sebelumnya, supaya pelanggan tidak
perlu memasukkan data berulang kali. Dengan data GPS dan data lokasi yang
terbina di dalam kebanyakan telefon mudah alih hari ini, aplikasi ini dapat
mengesan lokasi pelanggan dan menjadikan proses menempah semudah satu klik
sahaja. Pemantauan status penghantaran juga memudahkan pelanggan menjangka bila
penghantaran pizza mereka akan tiba.
Di samping membuat proses memesan lebih mudah, aplikasi Pizza Hut ini juga
memberi ganjaran dengan setiap pesanan yang dibuat oleh pelanggan. Dengan setiap
pesanan, pelanggan akan diberikan poin piza yang boleh ditebus untuk ganjaran
seperti hidangan sampingan percuma, minuman ataupun piza percuma.
Sejak diperkenalkan pada awal bulan September, aplikasi mudah alih ini
telah dimuat turun sebanyak 37,432 kali, dengan peningkatan kadar jualan
melaluinya.
Gandakan ganjaran dengan
"You download, We Belanja!"
Untuk meraikan aplikasi mudah alih baru ini, Pizza Hut akan memberikan
35,000 piza percuma melalui promosi terbaru mereka, "You Download, We
Belanja". Pelanggan hanya perlu memuat turun aplikasi mudah alih Pizza
Hut, dan buat pesanan untuk satu piza saiz biasa dan mereka akan mendapat satu
lagi piza saiz biasa secara percuma!
Pelaburan berterusan dalam
alam digital
Pizza Hut berhasrat untuk teruskan pelaburan mereka dalam teknologi digital
bagi meningkatkan kualiti kepuasan pelanggan.
Kata Pereyra, "Pelaburan kami dalam strategi digital bukanlah untuk
mendorong keperluan untuk terus berada di dalam trend semasa semata-mata."
Sebaliknya, kami sengaja menggunakan teknologi ini dengan cara strategik supaya
pengalaman pelanggan kami lebih hebat, baik dan lebih menyeronokkan - seperti
piza yang mereka nikmati.
Lagipun, semua orang suka piza yang panas dan lazat. Kami selalu
bertanyakan soalan: "bagimanakah boleh kita menghantar piza terbaik kepada
anda dengan cara termudah di samping memberi ganjaran kepada anda semasa
berbuat demikian?"
"Kami percaya inilah yang akan meletakkan senyuman di muka pelanggan
kami dan inilah sebabnya kami komited untuk menggunakan teknologi bagi
meningkatkan kepuasan pelanggan, dan menjadikannya lebih mudah dan lebih
baik," katanya lagi.
Untuk maklumat lanjut mengenai Pizza Hut Malaysia dan promosi terkini,
layari www.pizzahut.com.my dan www.facebook.com/pizzahutmalaysia/.
*Laman web baru Pizza Hut Malaysia telah memperolehi 31% daripada jumlah
jualan atas talian, serta peningkatan 107% dalam trafik laman web dalam tempoh
masa 5 bulan selepas pelancarannya.
-
TAMAT -
Mengenai QSR
Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands)
Selain menjadi
francaisi kepada hampir 780 buah restoran KFC di Malaysia, Singapura, Brunei,
India dan Kemboja, ia juga merupakan pengendali Pizza Hut di Malaysia dan
Singapura dengan lebih 391 buah restoran dan kedai konsep penghantaran di
Malaysia serta 80 cawangan sama di Singapura. Sebagai tambahan kepada operasi
restoran, ia juga terlibat secara ekstensif dalam bidang penternakan dan
kontrak perladangan ayam daging. Di samping penetasan, produksi
ayam itik, pemprosesan dan pelbagai bentuk perniagaan sampingan seperti roti,
dapur berpusat dan penghasilan sos. Semua ini menjadikan QSR Malaysia sebagai
pengendali makanan yang bersepadu sepenuhnya. QSR dan anak-anak syarikatnya
memberi jaminan bahawa ia mematuhi garis panduan halal buat para pelanggan di
semua pasaran Kumpulan. Setiap aspek proses pengilangan makanan mengikuti
kawalan yang ketat dan hanya menerima persijilan yang diiktiraf oleh Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta pihak berkuasa keselamatan makanan di
pasaran-pasaran lain dan mematuhi sepenuhnya piawaian MS1500:2009.
0 Comments
Bismilahirohmanirrohim