REVIEW: THELILY MAKEUP REMOVER
Macam aku, ramai sedia maklum, yang penah jumpa aku depan-depan memang tahu lah, aku ni memang biasanya akan solek muka sebelum keluar, maksudnya takdalah bersolek dandan siap semata nak ke kedai runcit belakang umah.hihi.. Tapi biasanya aku akan calit celak mata, calit pipi dan calit bibir dengan warna yang sesuai, serta mengenakan krim anti UV. Sebab aku berkulit cerah dan bila tak bersolek, akan jelas nampak sangat kosong dan pucat. Cuma bab nak cuci selepas tu selalu menjadi masalah pada aku, paling tak suka celak mata, dah sental macam nak naik nipis kulit bahagian mata, masih juga kekal comot atau lebih jelas "panda eye" disebabkan penanggal solekkan yang aku gunakan, biasanya tak mampu nak hilangkan sepenuhnya kesan solekkan tu.
Makeup Remover / Pembersih Make up
Kita harus mengambil berat tentang Penjagaan kulit terutamanya dalam membersihkan segala sisa make up seperti Lipstick, Maskara dan Eye Liner yang mana jika tidak dibersihkan secara rapi akan merosak kan kulit wajah, seperti jerawat, blackheads/whiteheads, hitam dibawah mata dan kulit kusam.
Sehinggalah satu hari, aku diperkenalkan dengan produk jenama THE LILY yang diiktiraf sendiri oleh @nuex_rosli (IG) Celebrity Make up Artis (Malaysia) yang make up remover ni memang power, walaupun make up tu jenis yang waterproof,matte ataupun yang tahan 24 jam. THE LILY mampu atasi semuanya.
THELILY MAKEUP REMOVER
🍂 Produk dibuat dari bahan2 semula jadi.
🍂 SOLAT- Membersih kesan makeup secara menyeluruh terutama Foundation & Mascara Water proof bg membolehkan Solat tanpa Was2.
🍂 Membantu menyingkirkan Sel Mati.
🍂 KELEBIHAN, mengatasi masalah kulit kering, mencegah penuaan kulit, Masalah Kulit Sensitif
🍂 pocket size. Sizenya mudah dibawa ke mana-mana. Tak memberatkan handbag.
🍂 MR Thelily tahan sehingga 3bulan
🍂 mencuci dengan sangat mendalam sehingga mampu menanggalkan whiteheads Dan blackheads.
🍂Melembut Dan mencerahkan kulit
🍂Tidak pedihkan mata. Sesuai untuk cuci makeup di bahagian mata.
🍂Penggunaan minimum. Picit dlm kuantiti 50seb je dah cukup untuk sekali guna.
🍂Sangat sesuai dibawa utk bersolat 5 waktu sehari.
🍂BEBAS ALKOHOL 😍
Testimonial/review
Mula-mula risau juga nak cuba, bukan apa, sejak kerap terima job product review, certain product tak match dengan kulit wajah aku. Akhirnya melahirkan bintik-bintik ruam/jerawat/entah apa tah yang menjadikan kulit aku, untuk pertama kali naik jerawat bagai cendawan tumbuh meriahnya.
Tapi setelah di brief oleh THE LILY founder sendiri dan dia juga sudi berikan cara penggunaan yang betul untuk jenis kulit yang aku miliki. Sedikit yakin. Balik rumah, campaak bag terus menghadap cermin dan tengok muka (sedih banyak sangat bintik jerawat bakal muncul disebabkan kesan dari penggunaan product yang tak serasi dengan kulit.
Tarik nafas panjang-panjang dan picit tube THE LILY atas tapak tangan dan terus usap ke muka, melakukan urutan wajah seperti yang dinyatakan THE LILY founder. Nak tahu apa kesannya setelah selesai urutan, aku terus ke bilik air basahkan lagi make up remover tadi kat muka, dan lap guna tisu basah, memang bersih. Hilang semua kesan solekan, celak hitam tu pun hilang, tak payah susah susah sental sampai luka kulit bahagian bawah mata.
Kesan selepas penggunaan, kulit rasa lembab sangat, licin je. Yang paling magik esok paginya, bintik-bintik merah yang bakal tumbuh sebagai jerawat tu surut. Wooahhhh!! ini betul betul meyakinkan aku. Happy lah apa lagi.
Nampak tak kesan merah jerawat kecut tu. Happy tau!!! Thank you Cik Lily The LILY founder.
Makeup Remover Makeup Remover TheLily Albella SkinCare 💵 Selling Natural Produk Only 📝KKM Approved 📮 SM RM7 / SS RM11 ☏ -- WA +60164489009
0 Comments
Bismilahirohmanirrohim