Terima kasih bestie ColourPOP became addited
Hujung minggu lepas aku keluar lepak dengan buddy lepak hujung minggu aku iaitu Arlya. Yezza semestinya dia jela yang selalunya ada masa lapang bila aku ajak temankan hujung minggu. So kitaorang just lepak kat IOI Mall Putrajaya je. Alhamdulillah makin senang sekarang sejak Azriel dah besar kalau keluar lepak dah tak susah nak uruskan si hero ni. Paling tak pun dia akan membuta sepanjang hari dalam stroller. So mommy boleh pusing dan cuci mata.
Selfie is a must kan?. bila berjumpa.
Dan arlya ada bagi aku lipstick dari jenama ColourPOP ni. Tak pernah lagi aku guna brand ni. Dah lama duk tengok orang duk buat tutorial dan review pasal lips produk ni. Yang arlya bagi kat aku 2 jenis lips produk. 1 jenis matte dan satu lagi jenis matte stick
Lippie Stix ni. aku dapat warna code Poppin matte X. Cantik warnanya. pertama kali apply. Sorry lah gambar tak berapa cantik, review aku untuk lippin Stix ni. tekstur dia creamy dan matte. Yang bagusnya, warnanya kekal dan sapuanya ternyata sangat lancar pada permukaan bibir. Yang tak bestnya kalau kulit bibir yang sedia kering disarankan untuk apply dulu pelembab bibir ataupun vaseline baru apply lippie stix ni. takut nanti kulit merekah. keseluruhan aku suka sebab warna dan ketahanan warnanya kekal seharian walau selepas makan atau minum.
yang jenis kedua ni plak adalah Ultra Matte Lip
colour code Donut
Colour Code Bubble
Review - tekstur berbentuk cecair dengan sapuan lancar pada bibir, cuma sayang skali tekstur pada bibir lame kelamaan akan menjadi kering, akan bermasalah bagi mereka yang memiliki kulit bibir yang kering, Macam aku katakan pada post lippie stix, sama juga sebelum nak apply ultra matte liquid ni, disarankan apply lah dulu vaseline atau lipbalm yer untuk elakkan bibir merekah. Tapi bab ketahanan warna memang super dan koleksi warna untuk ultra matte lips ni juga semuanya cantik-cantik. Pada aku, tak serik untuk tambah koleksi make up dari jenama ni. Disebabkan ketahanan dan koleksi warna yang menjadi trending masa kini.
Untuk korang yang berminat atau ingin tahu lebih lanjut tentang ColourPOP ni silalah klik ke sini https://colourpop.com/ aku yakin korang mesti terpegun dengan koleksi warna yang dikeluarkan colourpop.
0 Comments
Bismilahirohmanirrohim