Review:Kelebihan VASELINE® HEALTHY WHITE INSTA FAIR
Adakah korang cukup mengenali keadaan sebenar kulit korang? bagaimana pula dengan persekitaran dan cuaca semasa korang menjalankan aktiviti seharian? adakah korang macam aku yang seharian suntuk berada dalam bilik ber aircond dan akan tiba-tiba berpanas bila keluar mencari destinasi lunch atau out side meeting. Atau korang seorang yang malas nak sapu sebarang pelindung untuk penjagaan kulit seharain?. Jangan macam tu, kalau tak jaga dari sekarang lama kelamaan kulit akan hilang daya kelembapan dan akan kelihatan kusam dan tidak sihat. Betul ada yang akan cakap "cukuplah sekadar minum banyak air putih dan amalkan supplement yang bersesuaian untuk kulit". Tapi itu belum menjamin yang kulit korang akan sentiasa terlindung dari faktor sinar matahari serta UV nya yang tinggi. atau terhindar dari kulit kering akibat berada dalam penghawa dingin sepanjang hari. Banyak produk yang aku telah guna bagi menjaga semaksimum mungkin supaya kulit aku kelihatan tidak kusam dan sihat, tapi kenayakkanya tidak bertahan lama. Pertama kali menggunakan produk dari Vaseline adalah "petroleum jelly". Dari situ mula aku mencari sedikit info tentang Vaseline dan aku dapat tahu ia memberikan banyak kebaikkan kepada pemakai jika rajin mengamalkannya. From top to toe ia menjaminkan pemakai akan berpuas hati dengan hasilnya.
Aku pemilik kuring kering yang melampau. Ini disebabkan keadaan aku bekerja dalam bilik penghawa dingin seharain yang menjadikan kulit aku merekah dah kering. Tapi sejak mengamalkan Vaseline aku tidak perlu menghadap kulit kusam dan bersisik lagi. Vaseline banyak membantu menjaga dan memastikan kulit aku terlindung dari sinar UV termasuklah penghawa dingin. Kulit kembalit sihat lembab dan aku suka akan perubahan baik pada kulit ni.
Kelebihan VASELINE® HEALTHY WHITE INSTA FAIR
- Menjadikan kulit sentiasa dalam keadaan lembab dan sihat kerana Vaseline ini diperkayakan dengan titisan micro jelly bagi memulihkan kulit yang rosak dan kemerahan.
- Tidak merengsakan kulit
- teksturnya tidak melekit dan meresap dengan pantas ke dalam kulit,
- Kulit akan 4x lebih cerah dan terus bertambah cerah (jika menga,alkannya dengan teratur)
- Ada micro reflectors yang mampu menjadikan kulit cerah sepanjang hari walau dengan hanya sekali sapuan.
- Ada bau wangi yang segar macam baru lepas mandi.
Aku amalkan pemakaian setiap pagi selepas mandi dan sebelum tido terutama pada tapak kaki lutut siku dan kaki. Sebab parts ni yang paling senang bermasalah. (sekarang tak lagi dengan vaseline). baaikan si tangan dompok kecik tu. Azriel pun akan join aku sapu losyen kalau die nampak aku dengan botol losyen ni.
Boleh didapati di semua farmasi terpilih berhampiran korang dan ada 3 size yang mana korang boleh pikir untuk beli as tryer dulu. Bila bagus belilah yang besar. Kat Watson dan Guardian pun ada.
0 Comments
Bismilahirohmanirrohim