Pengalaman pertama shopping groceries dengan Hero (Zairiel)
Assalamualaikum... hi.. nak start ngan mood yang ceria memandangkan aku dah merdeka dengan paper exam yang boleh bikin pecah kelapa. Yeahhhhh..Result?? tak nak pikir tunggu kua dulu lah. So entry kali ni nak cerita tentang Hero aku Azriel yang sekarang tengah diajar untuk kurangkan berstroller. Seperti sedia maklum Azriel banyak menghabiskan masa dalam stroller bila kami keluar ke mall atau attend wedding. Mungkin dia dah biasa dan selesa di dalam stroller. So Memandangkan aku bercuti tempoh hai dan niat nak beli barang dapur top up ape yang dah abis, terutama benda wajib yang kena ada kat umah untuk si Hero ni adalah Yakult, Calsium, Nugget, sausage, Fries dan last skali biskut Tiger atau mamme. Ini adalah makanan yang dia suka makan bila duduk lepak tengok kartun atau layan Phone. Yer ada jer yang bising sebab makanan yang aku amalkan anak makan tak sihat, alhamdulillah aku ada amalkan vitamin dari CALIPH dan juga vitamin dari Cham untuk makanan tambahan Azriel. Sebabkan lah Yakutl wajib ada dalam freezer memandangkan Azriel lebih sukakan Yakult dari minuman kultur lain. Yakult banyak membantu dalam mengimbangi sistem usus Azriel. So walaupun Azriel makan bukan-bukan insyAllah mommy ada back up dengan yakult dan probiotic. (hihi..bijak x mommy?)
Kami shopping groceries kat MyMYDIN belakang umah je. Yang paling excited Azriel lah, pertama kali dia keluar tanpa stoller. Terkejut jugak dia sebab dia asek tanya mana stroller dia. So mommy said today adik "free Stroller"ok?.. So jejalan pimpin tangan OMG so sweet dah besar anak aku. Masuk je MyMYDIN laju-laju grab bakul. Mula-mula dia nak tolak trolley tapi troley tu tinggi dan besar afterward aku ganti dengan bakul ni. Punya dia excited. Siap bagitahu. "mommy takyah ngang! adik buat!"hahahah. anak aku memang dah big-big boy sangat.
Nampak tak kekalutan veliau yang huru hara tengah pilih food dia yang dia suka makan, dah lah riuh satu kedai sebab dia asek jerit mommy nak tu, mommy nak ni. dah amik barang sambil mengomel bebel bahasa dia. Cakap barang yang dia amik tu sedap lah cantik lah, macam-macam. Staff situ senyum kambing je sambil kadang ada yang sengaja usik die. Jelas terpancar kebebasan tu. Hahahah..
Waktu ni nak masuk lorong yang ada banyak jajan tu, tapi sempit. Tengoklah cerdik dia, reverse dan kepak handle pahtu buat Uturn .. Akhirnya.... la..la..la... berjaya melaluinyapun (dlm nada johan raja lawak). Seronok tengok Azriel hari tu. Dia nampak sangat enjoyed dengan aktiviti belibelah ni. Nampak gaya mommy would have a bodyguard aka assistant bila nak keluar shoppping mopping ni. Hureyyyy.
Bagi aku sangat bersyukur dan bangga dengan pencapaian dan kebolehan Azriel. Walaupun aku bukan seorang ibu yang meluangkan masa sepenuhnya untuk anak. Tapi aku bangga sebab Azriel membesar dengan sihat paling penting cergas, aktif dan petah berkata-kata (walau kadangkala bunyi words yang dia sebut buat kami pikir banyak kali merujuk kepada apa) tapi itulah yang terbaik setakat ni dia boleh buat. Aku yakin die mampu lebih dari tu. Kadang ada rasa bersalah sebab aku banyak menghabiskan masa dengan kerja dan juga pelajaran, kadang henpon kat tangan jarang berenggang disebabkan keje. Aku tahu asben ada juga bising sebab jarang luangkan masa mengajar anak, tapitak semestinya aku lansung tak mengajar. Apa yang mampu aku buat adalah sediakan apa sahaja handout atau pun aktiviti yang boleh membantu sistem sel-sel berhubung untuk menjadikan Azriel anak yang bijak dan sihat. IsyaAllah mommy doakan anak mommy akan jadi yang terbaik dikalangan terbaik ok. Sayang Azriel dunia akhirat.
p/s : nanti kita pegi shopping lagi ok??
2 Comments
anak saya cukup suka bab shopping dan anggkut troli gini.. berebut2 depa.. kena ambil 2 biji.. tak larat dgr gaduh... huhuuu
ReplyDeleteSuis Yang Boleh Diamkan anak anda
Effa shareen.. fuh saya xtau lah kalau awak ada dua anak cmtu punya rase xsanggup. saya yg ada satu anak ni.. OMG macam kawal 10 org blom die kuakan suara satu hall boleh dgr hahaha
ReplyDeleteBismilahirohmanirrohim