Selepas 2 tahun barulah dia boleh main sepuas hati.
Setelah 2 tahun tak ke taman permainan atau apa sahaja yang dipanggil kidzonna tak penah kitaorang bawa Azriel. Gara-gara macam sumpahan lak, asal masuk je taman permainan Azriel akan kena demam atau sakit, sampai warded. Tapi tu dulu lah selepas tu alhamdulillah dah takda. Sabtu lepas bawa dia pergi Jusco masuk KidZoona. Korang tahu tak, dia punya excited.. takleh nak gambarkan. Yela selama ni kitaorang ni bole dikatakan golongan parent yang over protected anak kitaorang. Lagi-lagi bila keluar mall. Azriel boleh dikatakan tak penah jejak lantai Mall macam kebanyakkan anak orang lain. Kitaorang ada sebab sendiri kenapa dia tak dibenarkan atau tak pernah pijak lantai Mall. Kira kasut, sandal, atau selipar jepun yang aku slalu belikan skali pun, Azriel hanya pakai (pakai sebab gaya)tapi tak pijak lantai Mall. Most of the time Azriel akan duduk diam dalam stroller jer. Puncanya Azriel ni terlalu ramah dengan orang dahtu semua orang dia nak ikut, kira mudah mesra alam lah. Penah skali dia slamber je mintak dukung ngan Bangla mana tah. Itulah pasalnya. Kena tunggu dia besar sikit lagi dan paham apa tu bahaya. huhu. Ok berbalik pada cerita excited Azriel. Bila masuk je Kidzoona terus dia teruja dan mata dia melilau berlari sana sini, teruja tengok banyak sangat mainan dalam tu. Sampai mommy daddy dan makcik berkawal. letihlah jugak. Beribu kalori terbakar lah.
Tengok lah tu tak keruan dibuatnya, kejap sana , kejap sini, lompat sana sini.
Daddy dan makciklah yang banyak mengeluarkan peluh haha mahap mommy blom boleh berlari. Duduk diam saja tepi tiang seri sambil memerhati
Main ball ni memang buat dia lagi tak keruan semua bola nak diangkut dan nak dibaling keluar. Semua aksi budak-budak nak ditiru
Lepas mommy daddy achik dah letih kitaorang pun beransur lah balik, mula-mula jenuh juga nak pujuk Azriel lama-lama berjaya juga. Lepas tu bawa masuk dia kat baby's room mandikan die tukarkan pampers dan baju. bancuh susu tak sampai 5 minit terus dia kroohhhh.. letih leteeew.. hahah. Lepas tu baru lah mommy boleh window shopping sepuas hati.
P/s : lepas ni boleh repeat memandangkan Azriel takda dapat sakit lepas balik dari Kidzoona ni. Nanti kita pegi lagi yer sayang.
0 Comments
Bismilahirohmanirrohim