Review :Maharani Eyeliner V’Asia
Kali ni aku nak review tentang celak mata. Mesti antara korang wajib keluar rumah bercelak, ibarat kalau tak pakai celak macam nampak togel je mata. Macam aku tak bermake up nampak dull dan tak semangat je. Kelebihan bercelak satu diantaranya dapat menghasilkan satu eyelid yang cantik tajam dan menawan. Bila apply celak juga menampakkan mata si pemakai kelihatan galak dan menonjol. Banyak dah aku test produk celak ni, dari celak mekah jenis cecair pensil sampailah sekarang jenis yang macam pen tu. Jangan salah letak silap-silap suami bertukar dengan pen.
Maharani Eyeliner Celak Hitam & Pekat keluaran V’asia. Maharani Eyeliner menampakkan mata anda lebih cantik, galak dan menggoda yang mana akan menaikkan lagi seni kecantikan mata wanita.
(ayat asal produk ni).
Ada 2 variety warna untuk dipilih coklat dan hitam pekat. Semestinya pilihan aku hitam pekat.
Muncung tirus yang sempurna menjadikan sapuan pada eyelid sekata dan tak comot juga senang dibentuk.
Kesan sapuan pada kulit lengan. Hitam dan pekat.
Aku boleh bagi 5 bintang dari segi bentuk, kandungan bahan didalamnya serta bentuk muncung tirus seperti pen, memberikan kemudahan dalam membentuk eyelid mata kegemaran. Tahan lasak, tahan air dan sekata warnanya. Warna hitam pekat tu yang membuat aku suka kerana dengan sekali sapuan je dah nampak kesan kepekatan warna tersebut. Berbeza dengan sesetengah produk yang aku dah pernah cuba. Nak kene tenyeh 2,3 kali baru nampak extreme diva mata tu. Tapi yang ni cuma sekali. Harga pun tak mahal RM16-00 sahaja. Tahan lebih daripada sebulan, walau aku appy hari-hari dan bamyak kali.
Kelebihan yang aku dapat tau tentang Eyeliner Maharani produk dari Vasia ni adalah;
- Membantu mencerahkan pandangan dan peglihatan
- Membantu menyejuk,meredup dan mencantikkan bulu mata
- Membantu melebatkan dan menarik perhatian
- Membantu meningkatkan keyakinan diri
- Sesuai digunakan bila-bila masa
- Senang dibersihkan
4 Comments
Orang kalau da cantik, pakai ape pun cantik..mcm tu la comel :)
ReplyDeletepakai apepon sume lawa :)
Pretty Vranch- Eh ML pun apa kurangnya.. cantik cute je, macam tak caya ML dah ada dua cahaya mata, muka masih jugak macam budak2..tak makan dek usia. dengan faktor keje ML yang super bz dan stress tapi mampu maintain ceria dan cantik.
ReplyDeletehihi... setuju sgt dgn ptryyu vranch tu
ReplyDeleteMomoy- eleh cakap org die apa kurangnya xpenah tak cantik..
ReplyDeleteBismilahirohmanirrohim