TravelLog Sarawak Day2.
Letihnya, memang malas nak update tapi nak jugak update
walau takda orang nak baca pun celoteh aku ni. Semua tentang kisah percutian
aku ke Sarawak hari tu.
Masa time nak fly tu tertiba schedule flight delay la plak.
Setengah jam kot. Sudahnya memang kepetang senja la aku sampai Kuching. Sampai
dalam jam 4petang, dan aku baru tahu yang sana waktu siang dia pendek. Mana tak
pendeknya pukul 6 petang dah macam 7 malam. Dan aku juga baru dapat tahu jam
9malam ibarat detik 12 malam. Kira semua aktiviti takda la. Bukan macam KL ni
tak tau bila sing dan malamnya.
Pais ikan bulu dibalut dengan pucuk mengkudu dan pucuk singken
Udang galah masak sambal
Udang galah lagi....
Udang galah masak ketuk serai
Paling sedap untuk pertama kali cuba Laksa Sarawak. Sedappp woiii..
Sesampai sahaja ke rumah kak Ruby kami dihidangkan dengan
juadah bagi aku pertama kali cuba makan iaitu Laksa Sarawak. Jujur cakap memang
sedap wooo.. baru aku tahu. Tekstur kuahnya berempah berbeza dengan kuah laksam
atau laksa Penang. Yang pasti kalau ditambah sedikit cili potong memang
ummphhh… Pahtu Kak Ruby kenduri Udang galah malam tu. Memang makan sampai lebam
lah. Puas hati. Udang galah masak sambal, udang galah masak ketuk serai dan dan
ikan bulu bakar balut daun mengkudu pucuk singken.(pelik kan?? Aku tak makan sebab
aku memang tak makan ikan pelik selain kembong).
Cili Hantu in da houz
Keesokannya, Kami dihidangkan dengan nasi goreng belacan
sama udang kering+ikan bilis gemuk. Ohh please kenapa sedap sangat air tangan
kak Ruby ni. Apa yang dia masak aku makan dengan berselera bertambah lagi. KG
aku jangan ditanya. Tawakal moga-moga lepas waktu tu tak mencanak. Sayuran
pelik yang aku kenal untuk pertama kali dipanggil sayur pucuk midin dan juga
buah pengalaban. Buah pengalaban ni biasanya diorang peram buah jeruk, makan
bersama nasi. Cara menhidangkan dia masukkan ikan bilis perah asam limau sama
cili potong. Tapi tekak aku takleh trima kot huhu. Paling menarik Cili Hantu.
Aktiviti pertama kami pada hari ke dua di kuching adalah,
menaiki bot untuk menyeberangi sungai kuching untuk merentas ke kampong
sebelah. Dimana tempat ni popular dengan panggilan WaterFront. Tambang RM0.50
sekepala. Pengalaman yang tak boleh lupa. Excited dan seronok sebab gigih ngko
pikul stroller anak ngko masuk dalam bot kan. Mampu?? Sampai orang tu cakap
“kitak kuat” tak silap akulah.. bila tanya kak ruby tu lah maksudnya. Azriel
takyah cakap lah excited die tengok air sungai seinci je dengan bot. macam nak
masuk air pun ada dalam bot tu. Hahah tapi sebab seronok rasa takut tu hilang.
Azriel tak habis habis cakap kat aku “mommy …fish..fish..” memang pantang
Nampak air semua dia panggil fish. Sampai buaya pun dia panggil fish sebab
buaya tu lepak dalam air. Hurm.. sabor jela.
Gambar bukti aku naik bot bawak stroller..
(Abaikanlah muka aku yang tak semnggah tu. Dah kepanasan serta keletihan camtulah..selekeh)
Sampai di Waterfront kami singgah makan dan survey kedai kek
lapis Sarawak antaranya Mira cake House, Asma Cake House dan adalah lah lagi
tak ingat. Sebab aku pergi port yang telah member suggested je. So singgahlah
makan kat food court area tepi sungai Waterfront tu. Apa yang aku makan kali ni
adalah menarik dan belum penah jumpa. Rasa dia semestinya lain dari masakan
kebiasaan kat Semenanjung. Korang tengok saja gambar pun dah tau memang lain
dari Semenanjung punya taste.
Mee Kolok (Approved) Sedap.. Macam wantan mee je pun tapi ada sup.
Bihun belacan (rasa macam makan bihun berkuah jeruk pala Pak Ali) sedap gak..
Nasi Goreng dabai ( yang ni aku tak suka sebab rasa dia macam makan nasi berkuahkan minyak Gamat) hihi..
Mee Tsunami
Lepas tu kitaorang gerak pergi ke Museum Kucing, dimana
venue museum bercantum dalam satu bangunan Dewan Bandaraya Kuching. So untuk
sesiapa yang ingin ke sana korang Waze je Dewan Bandaraya Kuching. Comfirmed korang
akan di bawa ke museum kucing ni. So macam biasalah nama pun muzium kucing,
sah-sah semuanya tentang kucing, asal usul spesis dan habitatnya. Yang tak
tahan tu Azriel boleh takut dengan patung-patung kucing yang gabak kat sane.
Asek akut-akut katanya. Padahal kalau kucing real, lunyai dibelasah kucing tu.
Hurm.. apa daa.. Lagi kat muzium ni, kucing pun ada kubur tau. Mampu??!!kelas
kau. Kucing tu ada sejarahnya sebab tulah sampai diorang semadikan dia sebagai
tanda peringatan dalam muzium tu.
Bila dia tarik tutup stroller camni tandanya dia takut lah tu. Hurm.. no comment lah diq..
Mampu kucing ada kubur kot..
Suka na buat muka.. stress mommy ngan kamu ni.
Tak paham aku sebab Azriel tak penah statik. Taknak duk diam asal nampak giant cat je die tutup mata dan cakap mommy akut....
Gambar kenangan bersama anak kak Ruby
Oklah cukup lah dulu liputan hari pertama dari Samarahan ke
Kuching ke WaterFront ke Musium Kucing dank e Samarahan balik. Nanti next
update untuk hari ke dua aku post plak nanti yer.
0 Comments
Bismilahirohmanirrohim