Review : Atasi rambut gugur dengan Minyak Kelapa Dara Tanamera
Assalamualaikum.. adoiyai dah berkurun tak jenguk. Bukan apa. Keadaan tak mengizinkan. Takyah lah cita pasal apa nanti bila dah sedia aku citer. So Entry kali ni berkisar tentang rambut gugur.
Aishh tak paham lah aku kenapa lately ni rambut kerap gugur, heran plak masa Azriel tengah bayi air takyah cakap bersembur je manjang sampai basah baju. Takda plak time tu rambut aku gugur. Apakah di sebabkan oleh faktor usia ataupun atau sebab aku salah pakai produk ataupun banyak pikir. Alamak berfikir tu standard lah. Macam-macam pikir nak-nak dengan keadaan OKU aku sekarang ni. Bertambah stress aku dibuatnya... Ok2 taknak merungut tak baik. Aku redha Ya Allah.
Bagi memulakan langkah pertama dalam penjagaan rambut. Aku mula prihatin untuk mencari produk dan juga buat sedikit research berkenaan rambut. Kenapa gugur, punca/penyebab dan juga cara kendalikan masalah keguguran ni.
Seperti sedia yang maklum kenalan terdekat tau lah rambut aku ni memang jenis halus dahtu nipis.. alahai.. sebab tu laki aku tak bagi aku rambut pendek bila pendek nampak sangat ketogelan kepala aku tu. huhu. So bila dah alami masalah keguguran itu lagi bertambah merisaukan aku. Yang aku pelik. Kenapa adik beradik perempuan aku yang lain punya lebat hitam mayang rambut masih-masing. Kalau diselak susah tul nak nampak kulit kepala. Tapi aku.. huhuhu (malas nak cakap imagine suda)
Yang aku dapat tahu antara punca keguguran rambut adalah
- kekerapan menyikat rambut. (Alah dari dulu memang aku suka sikat rambut apa takda pun gugur sekarang je jadi pun)
- Berkongsi sikat (yang ni sampai sekarang pun aku memang jenis tak suka kongsi sikat, tah memang tak suka. Mungkin kalau terdesak sampai rambut tak terurus mungkin aku share gak kot)
- Makan makanan berminyaak kerap dan berlebihan. (bole jadi juga tapi aku selalu selingkan dengan air hirisan lemon satu jug sehari)
- Faktor usia/ masalah kehidupan ( hahhhh.. yang ni macam sipi-sipi nak kena dengan masalah keguguran aku ni, tapi alhamdulillah semua masih boleh ditangani.)
- Salah guna produk. (Aku yakin aku tak serasi dengan pewarna dari produk sunsilk yang aku guna 2 bulan lepas, sebab lepas dari hari tu rambut aku tak berhenti dari gugur)
Cara/langkah yang aku cuba amalkan adalah dengan
Sapuan minyak kelapa. Minyak bayi pun boleh, tapi kata orang tua-tua minyak kelapa lebih afdal, lebih mujarab gitu. hahah.. Tak kesahlah mana yang korang rasa serasi tenyeh je kat kulut kepala. Macam aku gunakan minyak kelapa ni, alhamdulillah dah seminggu penggunaan, nampak pengurangan disitu.
Buat yang tak tahu cara nak apply kat kepala camna, meh aku bagitahu. Jangan sapu pada rambut, TAPI haruslah sapu betul2 pada kulit kepala yer. Kalau rambut dah macam tenco la plak. Bukan apa, akar rambut kan menapak kat kulit kepada. So bila sapu pada kulit kepala dan di sertakan urutan ringan-ringan, ia akan merehatkan kulit kepala disamping dalam tempoh 20-30 minit kulit kepala akan mengeluarkan sebum dimana akan di agihkan kepada seluruh rantaian rambut. makanya semua helaian dapat menikmati khasiat minyak kelapa tadi. Jangan sapu kat rambut semata ibarat, korang siram pokok tapi spray bahagian daun dan pucuk nya sahaja. Sedangkan pekembangan pokok bermula dari khasiat pada akarnya. Begitu juga rambut kita. Ok.
Aku gunakan minyak kelapa dara dari Tanamera ni sebagai ganti minyak rambut. Memang ler berbau kelapa. Nak lawa kan? hadap jela.. kang cuci lah selepas satu masa yang ditetapkan.
Hallamak baru cakap tadi tengok tu kulit kepala aku.. alahai kantoi.. coiii.. (tapi belom botak lagi..kihkihkih)
0 Comments
Bismilahirohmanirrohim