Azriel 2tahun 5bulan dan peelnya.
Kali ni nak update pasal hero kami yang satunya ni, Skang ni Azriel dah berumur 2tahun 5 bulan. Alahai cepatnya masa berlalu. Kenapa besar cepat sangat adiq (panggilan manja utk dia). kalau nak dilihat dari segi pertumbesaran dia. Azriel seorang anak yang aktif..(err.. pembetulan "HYPERACTIVE" kehkehkeh) pengsan mommy kalau nak bela dia bila kat luar. Adoiyai.. mintak nyawa. Betul lah bila kita dengan banyak rungutan dari kaum ibu terutama surirumah sepenuh masa tentang kenakalan dan kelincahan anak berusia dari 1 tahun ke 4 tahun ni sangat lah dumb to climax diaorang punya energy. Tapi Ibu yang berkejaya macam aku ni pun tak terlepas jugak. Yela bila weekend sah-sah dia ngn aku sepanjang hujung minggu. Bila kami keluar beriadah atau cuci mata kat Mall adalah satu aktiviti senaman yang tidak memerlukan kos yang tinggi. Bajet lah mak ngko melawa bagai diva with heels yang konon Marion Counter. Ceh.. pahtu sudahnya bermarathon 4x4 berganti ganti. Lencun ketiak bak ang!! Semmputtt..
Nak makan wajib kena ada pad-pad (Ipad)
Kadang sampai satu tahap aku jadi macam ..ok fine!! lantak lah diq! mommy dah exhausted tak larat dah nak kejar. Dan ada kadang-kadang aku jadi pemarah mungkin sebab keletihan yang memuncak. Pemarah?? owh btw aku ni boleh dikategorikan ibu yang garang bak singa jantan nak mengawan.. Hoi!! Garang okeh.. Azriel memang taknak lah ngan aku bila daddy ada sewaktu dengannya. Poyo kan.. daddy ada bukan main dia mengada, tapi bila daddy takda,, ni hah ngan mommy jugak die menyelit. Selagi boleh dia menyelit..bergayut je kat kepala lutut mommy ni. Eh lupa.. walau azriel boleh dikatakan sikit-sikit nak daddy, tapi bila bab nak susu nak tido nak yak nak mandi dan nak jalan-jalan secara bebas dia akan tetap cari mommy. Nampak tak The Power of Mommy disitu. Sorry dad.. please try again later. That my boy haruslah nak mommy.. cian adiq bila mommy garang.. Aku boleh gambarkan masa tu aku berupa singa lapar. Tapi selalunya kejap je.
Bab makan lah.. ish ..tau tak portion hero aku ni makan sama banyak ngan aku makan. Maksud kat sini, anak aku ni jenis yang lalu makan kuat makan dan bukan lah jenis yang memilih. Suka aku bila masak dia makan dengan seleranya. Sebab tulah sekarang kalau aku masak hari-hari pun akan rasa semngat bila apa ang kita masak anak dan suami makan dengan seleranya. Habis dan tak membazir yer. kadang-bila bila penat sangat-sangat aku akan mintak en asben masak sendiri atau beli makan luar. huhu sesungguhnya menjadi seorang ibu yang bekerjaya dan juga dimalam hari surirumah sepenuhnya adalah amat meletihkan. arghhhh tolong nak massage n spa please...
makan session one of his favorite jugak. makan sampai kenyang..pahtu yakkkk...
Bukan saja makan nasi kuat . Minum susu pun kuat. Bila waktu siang aku tak pasti berapa botol dia minum kat rumah BS. Setahu aku pun BS cakap Azriel akan minum 8oz untuk 3 botol + makan lah 2x dan 1 kali minum petang. Tapi belah malam nya dengan aku Azriel akan minum susu 5botol 7oz 1pinggan nasi + biskut+kopok+vit C. Nampak-nampak malam punya makan macam hidangan untuk siang hari.
Ada je yang tanya kenapa badan tak lah gemok. Yer dia tak gemok tapi tegap dan mantap gitu. Tengok saja lah lengan dia yang sado bak ayam daging grrrrmmmm, Azriel jenis yang kuat berpeluh disampaing dia jugak sangat lah aktif. Paling lama dia tetap dalam satu kedudukan hanyalah 10 second. Apa?korang ingat aku tipu. Sapa yang kenal ngan anak aku dah penah jumpa live tahu lah camne lasak siyot. aktif tak penah reti letih dan lelah. Tapi itu yang membuatkan aku sayang dan akan buat aku senyum seorang bila dia takda. Contohnya kat opis, bila stress ngan keje atau ngan manusia hipokrit ittew..aku akan bukak camera (haip bukan selfie yer) Bukak tengok gambar anak, alahai time tulah aku akan tergelak. sebab azriel suka buat muka nakkal.
bagi leka bila nak anta ke umah BS
Sekarang lil hero ni dah 2thun 5bulan, cepat masa berlalu. Ramai je yang bertanya oik taknak tambah ke? haloo.. blom gamaknya lagi noks sebab aku belom puas bermanja dengan azriel dan aku dapat rasa Azriel berfikiran yang sama dengan aku. Mak ngan anak mana kan terpisah naluri tu tetap kuat, walau aku seorang ibu yang garang lagi kejam. Dan pulak aku ni jenis high risk pregnancy yang mana kandungan aku sangat lah fragile. Ditambah pulak aku delivered azriel pun melalui c-zer. Paham-paham lah tempoh 3 tahun kot. Sila bagi perut aku sembuh sepenuhnya. Yang kalut duk tanya tu, please mind ur own life ya.. kehidupan sendiri pun tak terurus sebok nak atur anak aku kena ada brapa orang. So! lepas ni jangan ditanya lagi. Menjadi seorang ibu yang bekerjaya dalam masa yang sama student surirumah dan juga isteri adalah tanggungjawab yang besar untuk dipikul. Sesiapa sahaja dalam stage aku ni akan tau macammana rasanya nak lalui schedule kerja,belajar dan kejeumah dalam hari yang sama setiap hari.
stroller dan carseat adalah dua tempat yang pantang letak mesti hanyut.. sambil krohhh..kroohh..
Tapi InsyaAllah untuk Azriel aku cuba sedaya upaya. Bola tu favorite dia. Tapi sebenarnya Sukan adalah kegemaran dia, tak kesah lah apa pun minat dia janji dia enjoy dan dia suka. Membebel tetap bahasa pahaman yang dia sorang boleh paham, dan ada juga yang aku boleh paham apa yang dia cuba nak bagi tahu. Kena banyak lagi mengajar dia bercakap eventho dia dah tahu A-B dan 1-10. Ok takpe mommy dunwan to pressure u son. As long as kamu boleh adapted apa yang kamu dah tahu dan nak belajar. Pelan pelan ok.
0 Comments
Bismilahirohmanirrohim