Azriel first Movie dan Movie Review "AntMan"
Azriel 1st movie, wah tak sangka sangat selepas 2 tahun, dapat balik aku menjejakkan kaki ke panggung wayang. Lama tak lama lah, 2 tahun kot, selama aku disahkan pregnant. Yela betul kata orang masa bujang tula kalau nak enjoy buat ape pun kena buat, jangan pikir-pikir, kalau nak pergi mana-mana pun kena pergi. Sebab bila dah ada anak, berangan lah ko nak kemana-mana pun, sebab ketika tula ko takda lenggang ala catwalk jalan kat walkway. Sebab masa tu gigih ko carry bag susu anak yang dalamnya ada pampers, air dan baby food. Huhu.. bukan senang nak jadi ibu ni tau tak.. Dahtu dengan segala mak nenek yang tergantung kat badan ko dengan nak tolak stroller agak-agak ko masih ada hati tak nak masuk tengok movie dalam wayang? memang tak lah. Belom lagi nak jangka apa peel yang bakal aanak ko buat dalam hall tu. Haru kalau anak ko melalak dan ganggu konsentrasi masyarakat yang tengah layan citer.
Kami layan movie kat One Segamat, yela Gemas ngan Segamat kan sebelah-sebelah je, berjiran kata ko. Sampai sana Along dah bagitahu nak booking citer AntMan. Citer superhero dari koleksi The Marvels. Bagus betol lah dioraang ni, semut yang sekecil kuman tupun boleh jaadi jalan citer, the best part mampu jaadi hero dan kegilaan kanak-kanak. mana taknya dalam cerita ada pelajaran yang boleh anak-anak juga parent pelajari. Mengetahui asal silah semut dan jenis setiap satu. fungsi dan kekuatan masing-masing. Sungguh Agung ciptaan Allah. Unik dan ternyata terliti kajiannya.
2 Comments
Best effect movie ever :)
ReplyDeleteDownload film box office
Vix alexa- stuju sgt
ReplyDeleteBismilahirohmanirrohim