Cara Masak Sardin Ringkas dari SDTKC

by - January 15, 2015


Semalam dapat whatapss dari en asben, dalam jam 8.30malam camtu. Katanya nak mintak aku tanakkan nasi sebab dia nak balik makan, normally dia akan makan malam kat luar sebab hari rabu adalah hari sukan dia bersama kawan-kawan. Yela alang-alang dah lepak keluar peluh bersama kawan-kawan apa salahnya tolonglah makan kat lua sebab..sebab dapatlah aku rehatkan jari tangan aku dari bersilat kat dapur. Tapi malam semalam dia text aku katanya teringin makan sardin. Yer sekali lagi aku masak menu yang tak penah aku masak iaitu SARDIN. 

Buat pengetahuan korang, aku paling tak suka sardin, aku tak suka, bau sardin, tak suka rupa sardin dan memang kalau orang makan sardin sebelah aku pun aku rase dah geli anak tekak. Tak tahu kenapa, janganlah marah kat aku, sebab aku memang tak boleh makan sardin. tak suka! tak suka!

Tapi sebab en asben dah teringin sangat aku tabahkan jua masak dengan penuh rasa ikhlas, macam biasa menu datang dari Mr Google, so gigihlah aku mengkaji bahan. Dan yang pasti Paling asas kena ada 

Bahan-bahan

Sardin 1 tin
Cili api (diracip halus, ikut tahap kepedasan lidah korang)
Cili boh/cili kisar
1 labu bawang besar (potong slice)
1ulas bawang putih(cincang/ atau diketuk sahaja)
2 ulas bawang merah(potong slice)
3 sudu minyak masak
1 sudu besar asam jawa (jadikan juice)
gula dan cukup rasa

Cara-cara

Asingkan ikan dan sos sardin, kemudian goreng ikan sardin. pahtu jgn lupa tutup kuali yer, bagi mengelakkan letupan-letupan percikkan minyak.( baru aku tau kalau goreng ikan sardin kuali ko akan meletop pop..pop)bahaya wooo..

Pahtu ikan dah goreng alih tepi. Pahtu panaskan minyak  dan tumis semua bahan bawang cili, sampai naik bau yer. Pahtu bila semua dah nampak garing dan naik miyak baru masukkan ikan sardin yang di goreng tadi. Gaul rata. kemudian last skali masukkan air asam jawa dan jugak sos sardin tadi ( aku tak masukkan semua just masuk 1/2 tin je last but not least gula dan cukup rase. Dah siap!

So alhamdulillah asben makan semua ikan dalam tin tu. katanya sedap. Lega alhamdulillah...

Nanti budak-budak asrama boleh lah try yer resepi ringkas ni. oklah malas nak cloteh banyak Bye...

You May Also Like

2 Comments

  1. saya pon suka resepi yang ringkas;)
    singgah dan follow #758

    ReplyDelete
  2. tq singgah awk.. sy akn singgah awk balik~~

    ReplyDelete

Bismilahirohmanirrohim

Powered by Blogger.