Makan-makan kat Bulgogi Brothers
Assalamualaikum, lamanya tak update blog, dah bersawang dah blog aku ni. Yer aku sedar,,, bukan ada yang nak baca pun.. kot yang tggalkan komen sekerat ujung kuku je.. hah,, yang aku tahu ada silent reader yang duk intai intai..Hurm.. takpe awak.. saya redha je.. (^^)v.
Nak update pasal kesah makan-makan kat Bulgogi Brothers kat Midvalley tempoh hari. Bulgogi Brothers is a Korean casual dining restaurant yang mana korang dapat menikmati makanan citarasa ala korean dan suasana exclusive penuh santai yang bercirikan moden.
kami bertiga iaitu En Hafizi dan jugak si budak Aizuddin. Time ni waktu lunch, kebetulan kami punya training berdekatan Midvalley dan pihak organizer xda provide food untuk lunch. Apa lagi bermula lah aktiviti food hunting. Nak dijadikan cerita si Aizuddin beria benar nak merasa makanan Korea yang mana aku asyik duk cakap yang kimchi sangat sedap, lagi2 makan dengan sup ikan bakar dan nasi panas2. yumyum.. Dan berbesar hati bila En. Hafizi dengan baik hati nak blanja kitaorang makan.. Apa ada hal.. dorang ni pangkat Boss2 aku. Alahai apalah sangat anak kulikutip ni nak makan Korean food, takda masalah nak support. Yezza.. part tuh aku suka.. (hureyyy makan ditanggung halal). Thank you Boss.
Mid Valley MegamallLot T-013B, 3rd Floor, Mid Valley City
Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur
03-2282 2292
Dua orang ni memang tak suka berphoto photo so terpaksa lah aku amik gambar curi.. Aizuddin ok lagi tapi En Hafizi ohmakaihh susah bebenor.. (retis sangat okeh).
Ok Antara hidangan yang kitaorang order
Ini nama dia Spicy Rice Cake RM23.90 (aku punya menu pilihan)
Komen aku : Sedappp.. rase sos manis manis pedas macam sos kopok lekor ganu cicah ngn tepung beras pulut) memang kena tekak lah makan. Dan portionnya sangat besar suailah kalau di share untuk 2 ke 3 orang.
yang ni namanya Seafood Kimchi Stew RM26.90 (Aizuddin punya)
Komen dari Aizuddin : dia tak puas makan sebab bahan sikit portion pun sikit, rasanya acam sup kosong biasa, tapi licin.. ko mampu? cakap tak sedap tapi licin. end up dia cakap sedap lah jugak tekak masih boleh terima. Aku tak sempat nak rasa sebab die dah sental semuanya.. huhukhuk kejam na..
Ok yang ni namanya Chicken Bibimbap Rm27.90 (En. Hafizi punya)
Komen : yang ni datang-datang kat meja terus berasap meja, sebab datang dalam mangkuk sizzling yang panas, pahtu masa nak hidang tu, waitress akan tolong gaul kacaukan semua bahan dalam tu, Best partnya.. lepas gaul semua tu, rasa dia sedapppp.. (padan lah aku selalu duk layan drama korea duk tengok dorang gigih gaul segala seladak dalam mangkuk masuk tupperware besar macam nasi kerabu pun ada) upanya sedap kot. Tu pun kami tak berjaya habiskan sebab banyak ler satu mangkuk ni. Bila dah gaul segala rase meriah lak rasanya.
Yang ni plak kimchi atau lebih senang kita panggil sayur jeruk. kobis, kankung dan sprouts. Sedaplah.. aku mintak dekat 5x toppup kimchi ni. Rasa macam makan jeruk Pak Hassan plak. hikhik.. dan minuman kami hanya pesan greetea yang mana boleh tambah. So telan lah greentea tu sampai lebam.
So bagi sesapa yang terasa nak cuba korea oriented boleh lah kot nak try kat Bulgogi Brothers ni yang mana boleh dikunjungi di alamat yang aku attached kat bawah ni.
Mid Valley MegamallLot T-013B, 3rd Floor, Mid Valley City
Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur
03-2282 2292
Paradigm Mall, Kelana Jaya
Lot GB 13, Ground Floor Boulevard, 1, Jalan SS 7/26A, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya
03-7887 3541
03-7722 3633
0 Comments
Bismilahirohmanirrohim