Sosej roll with cheese Comel
Menu breakfast tersimple di alam semesta bagi kaum kaum ibu yang taknak pening macam aku. Yela mana taknya pagi pagi hari minggu haruslah nak berehat, tido nak bangun lambat, tapi masak sarapan untuk anak dan asben wajib buat. Nak keluar makan kedai mamak pagi-pagi. Masalahnya kitaorang laki bini bukan kaki roti canai sangat. Dahtu malas lah nak bersiap pepagi semata nak keluar makan sarapan. So menu ni, kira menu simple tahap kacang tanah lah. Dimana aku panggil menu ni sosej roll with cheese
Hanya perlu 4 bahan je. Sosej, telur, roti dan cheese. Kenn mudah je bahan tu. Silap-silap semua bahan ni memang dah sedia ada dalam peti ais korang kan?!.
So kat bawah ni adalah turutan cara penyediaan roti cheese yer. Boleh lah korang cuba, sebab ia terlalu mudah untuk disediakan. Dan yang menariknya Azriel pun suka makan, ouch daddy jugak.
Dalam telur tu, masukkan sikit garam, lada hitam skit ataupun cukup rase tau. kira xdalah tasteless sangat sosej tu nanti.
Roti ni ko uli, sampai leper dan nipis, ini untuk mudahkan korang letak sosej jugak cheese
Bila dah gulung cantik-cantik camni barulah korang celup telur, golek-golek cam kerbau berkumbang tu..then baru masuk kuali.
Ok untuk mengoreng harus lah korang goreng guna minyak yang sedikit ataupun gantikan dengan butter atau margerin, So takdalah sosej roll korang nanti too oily kan. (sehat disitu)
4 Comments
wow.. sedapnya. nak buat juga la balik rumah nanti
ReplyDeleteMiss Nadia- u should try.. senang sgt2 lah dear.. nt dah buat boleh buat enrty ok
ReplyDeletepenah buat time stdy dlu. mmbr sya siap golek2 ngn ape ntah. Sya tolong mkn jek. tp kitorg nye xdek cheese! nk try ah!
ReplyDeletenk try masok dlm oven la instead ogf goreng. healthy la konon. ntah cmne la ghupe nye nnti. hehehe
Orked violet-masuk oven pun boley sosej tu di akar n rangup.. sedap gak tu
ReplyDeleteBismilahirohmanirrohim