Pengalaman buruk dengan Pengasuh.

by - October 31, 2014

Assalamualaikum, topik aku kali ni adalah perihal tingkah laku Pengasuh atau Baby sitter perkataan canggihnya. Kecoh dah sekarang yang kanak kanak didera pengasuh sehinggakan membawa kepada kes kematian. Tak kurang jugak kredibility dan kelayakkan seseorang pengasuh tidak dipandang secara serius sebelum di ambil untuk memikul tanggujawab sebagai pengasuh. So entri kali ini aku nak share pasal pengasuh tempat jagaan yang aku tinggalkan Azriel sekarang. Lebih senang dengan panggilan Siti, berusia 27tahun memiliki 3 orang cahaya mata (perempuan 10bulan 2 lelaki 2dan 5tahun) Bersusuk tubuh sederhana dan petit. Aku amanahkan dia menjaga anak aku since kakak ipar aku tak bole jaga azriel disebabkan die terpaksa ikut acra rasmi suami dia. (biasalah tentera berpangkat besar wife kena join skali.. wajib kot) So sedih sangat sebab kakak aku jaga azriel bagus sangat, yela macam jaga anak sendiri, sikit tak berkira. Tapi sayang, azriel genab setahun terpakse lah kami cari baby sitter baru aka BS.



Dalam duk mencari kebetulan dapat contact dari jiran tentang Siti. So happy lah sebab memula deal dengan dia mudah dan senang nak tolerate. Nak nak plak, die siap declared yang dia dah ada 3 anak kecik dan kalau boleh sanggup nak amik 2 orang budak je jaga, Kira aku assume yang dapat lah dia fokus kat anak aku, mandangkan budak dia jaga pun 2 orang je termasuk azriel. Total 2baby toddler 1boy 5tahun which is her own child la. Masa mula mula deal aku memang dah mentioned latar belakang aku kerja apa kat mana, ada event dan kemungkinan akan jemput anak lewat sume. Dan reaksi dari dia adalah " Takpa siti tak kisah bukan siti nak kemana pun". Ok excited di situ bila dapat pengasuh yang sangat tak berkira.

Bermula lah detik bulan pertama. Genab setahun Azriel aku hantar kat Siti. RM350 per month adalah bayaran biasa untuk kos/yuran asuhan. makan sediakan dan baju pun dia basuhkan. yer,, baju dia basuhkan sebab dia sendiri cakap yang die willing tu buat semua. Untuk mudahkan dia. dan tak susahkan aku. Masa tu daddy excited lah sebab dapat pengasuh yang super baik. Setiap petang jemput Azriel pun mesti baju azriel berbau wangi dan kemas. kira wangi lah..Sampai aku tanya dia guna pencuci apa basuh baju anak aku. Dan selepas itu jugak lah aku tak pernah berkira dengan family dia. kemana kami pergi akan ada jajan dan souvenir. Tapi itulah hati manusia tak selalunya tetap dan tak semua manusia kat muka bumi ni berpegang pada janji. Mula detik pelik dalam setiap bulan penjagaan azriel. Aku dapat tahu yang Siti dah mula amik ramai budak untuk dijaga. Kalau budak budak besar takpe tapi ni bayi yang bawah setahun. menjadikan jumlah yang dia jaga skang 4orang termasuk azriel. tambah anak dia 3 orang so total 7orang budak dia jaga. Agak agak korang dia sempat ke jaga bayi seramai tu. Dahlah semua bawah 2tahun semuanya masih bayi dan toddler.



Ni kesan lebam/ bintat yang ada pada badan azriel, Tapi bila aku jaga untuk weekend je bintat dan lebam akan ilang atau jadi kuningan gitu.. asal hantar ada balik.. (so aku assume maybe betol lah sebab nyamuk atau semut). Sebab dia cakap baby lain pun kena termasuk anak die. 

Dan yang membuatkan hati aku sakit bila setiap kali jemput azriel mesti aku dapati pampers azriel tak bertukar. Dah layut dah kuyup penuh air kencing. Betol bukan nak tipu, Yang aku lagi pelik, takkan lah dia tak perasan kan? sedih kadang kadang selama ni aku baik dengan dia tapi macam ni layanan dia pada anak aku. Penah juga dia mengeluh yang letih jaga budak. (dah tahu letih dan tak sempat nak monitor tu, kenapa pandai pandai tambah budak?) memang aku bengang lah, dan penah jugak kantaoi bila aku sampai awal untuk jemput azriel dan aku terdengar jeritan " INILAH SEBABKAN JAGA ANAK ORANG ANAK SENDIRI TERABAI!!" eh hello ko dah kenapa keluarkan statement macam tu. Aku bayar tau tak?  bukan free ko jaga anak aku tu. dahtu Masa mula mula hantar dulu, kalau azriel demam ke jatuh atau ada yang tak kena lah mesti laju laju die SMS ataupun paling tidak dia akan bagitahu masa husband jemput tu. Yer sangat sensitif bagi seorang pengasuh kalau kita sebut "kita bayar untuk khidmat jaga anak".. Bukan maksud saya nak sakiti hati pengasuh tapi in the first place you said that u are willing to jaga. Husband bagitahu masa deal dengan dia mula2 dulu yang dia tak kisah pukul berapa pun nak jemput tapi kalau boleh jangan lewat sangat. Dan husband bagitahu paling lewat pun 7.30 atau 8mlm .. tu pun bukan setiap malam, kadang kadang jela...Dan itu telah mendapat persetujuan dua pihak.


Ok yang ni paling latest ok.. gambar lebam boolat cam bola pimpong tu aku tak amik gambar dan tak snap sebab die bagitahu aku anak aku terantuk kat besi buaian. (aku maafkan sebab ko inform).


Bukan niat nak memburukkan atau mengaibkan identiti pengasuh ni tapi tolong lah, Yang aku nampak sekarang dia macam dah rambang mata kot, bayangkan kalau 4 orang kali ngn RM350 dengan senang senang dapat RM1400. Tapi kualiti jagaan dah tak sebagus 2orang kanak kanak yang ko jaga. Tah lah nak komen banyak banyak aku takut pengasuh lain sentap lebih. Ada satu kes sorang kakak tu, Dia just tanya dan sharing their case pasal lebam kat muka anak die, Yang menjadi persoalan nya dia just bertanya pendapat tapi yang aku pelik tu, pahal pengasuh lain nak sentap. ada ke akak tu maksudkan korang.. owh sebab korang pun pengasuh, automatik nak sentap. Tolonglah kalau tak buat duk diam tak payah nak heart feel sangat, korang tak buat benda2 karut tu kan, so takyah lah terase lebih. heran aku bila akak tu yang naif gila tanya pendapat kena kondem ngn pengasuh lain dalam tu. Aku akui yang tak semua pengasuh jahat dan ada je pengasuh yang baik giler. jaga anak kita macam jaga anak sendiri. Bersyukur dan lega lah ibubapa yang dapat anak pengasuh macam tu. Tapi kes aku lain, Mula mula je pengasuh tu baik, tapi lame lame macam haroomm ..

Penah jugak bila aku jemput azriel ada kesan lebam/bintat blakang kat bahagian pinggang, lebam tu merah kekuningan . Bila tanya alasan kena gigit semut dan kena nyamuk.. yang pelik anak aku je ke yang kena. dan plak takkan lah setiap minggu anak aku kena gigit semut/nyamuk tempat yang sama. adoiyaii. yang ni aku memang diamkan je.. malas nak argue banyak banyak. Kang cakap aku cerewet lak. Tapi sampai aku hilang sabar dan buat keputusan tanya depan2 pasal pampers pasal kesan luka kat dahi tu sepatah ko tak jawab dan buat tak tahu. situ hati dah mula rase tak sedap hati. Dan pandai lak bila aku dah banyak monitor dan ko dah kantoi 2, 3 kali ngn aku keadaan cara ko handle the kids , baru ko mula nak slow2 dan takut takut ngn aku. Dah kenapa sebab ko tahu ko salah kan?

Aku bukan lah ibu bapa yang cerewet tak bertempat, budak jatuh luka lebam normal lah,, nak membesar tak jatuh memang tak sah. Tapi kalau boleh bagitahu dan kalau boleh alasan sebab luka lebam tu biar lah logik dengan kesan yang ada kat badan anak anak.

Aku berharap sangat kepada semua pengasuh terutama sekali pengasuh yang berkasar dengan anak jagaan mereka, supaya jangan lah kejam sangat dengan kanak kanak. Semestinya korang sedia maklum bayi n kanak kanak memang tak tahu apa apa atau paham dengan setiap perbuatan yang mereka buat. Nama pun budak kesabaran korang kena betul betul kental. Budak melasak tak dengar kata adalah normal tapi pandai pandailah mendidiknya. Kami ibubapa mengamanahkan anak kami untuk kamu monitor dan didik sebab kami yakin dan percaya korang mampu jaga dan didik anak anak kami dengan cara terbaik. Tapi kalau boleh jangan lah berlaku kejam seperti yang kita lihat dalam media masa/cetak, viral tentang penderaan kanak-kanak. Dan tahniah juga pada pengasuh yang berhati mulia dan sanggup menjaga dan melayan anak anak kami secara baik. Kami sebagai ibubapa terlalu hargai jasa kebaikan tersebut.

P/s : kalaulah kami berkemampuan tak perlulah kami bekerja untuk bantu sara keluarga. Semestinya kami kaum ibu seluruh dunia nak melihat secara live detik pertumbesaran anak anak mereka depan mata sendiri. Sebab itu kami memerlukan budi dan jasa pengasuh untuk jagakan anak kami, sebagai mana mereka menjaga anak anak mereka. dan aku ada prediction aku sendiri bila pengasuh berkasar dengan anak asuhan bermakna die juga berkasar dengan anak anaknya. Ibarat pantulan bayangan pada cermin di dinding.

You May Also Like

12 Comments

  1. Macam2 sekarang ni. Mak su IM pengasuh jugak tapi dia mengasuh 2 org ja, taknak ambik lebih sebab awal2 dia dah ckp dia takut tak dpt bg perhatian. Dua2 org yg dia jaga tu dia syg sgt. Sebelum ni pun dia mengasuh 2 org budak, sekarang dah besar. Kalau nak kerja sebagai pengasuh kena tahu kemampuan diri sendiri juga kan? Jaga bebanyak org tapi tak mampu nak jaga bebetul, tapi duit dpt banyak, boleh bawak gerak. Sabar ya kak :)

    ReplyDelete
  2. huhu... kesian azriel
    nak ngadu tak pandai sebab kecik lagi
    terpaksa la dia tahan sorang-sorang
    sedihnyer. hmmm =(

    ReplyDelete
  3. pengasuh sekarang byk kejar duit.. sbb tu main ambik je,,walaupon rasa x mampu nk jaga baik ramai2 sgt.. tu yang jadi ank asuh terabai n didera.. kesian kat anak2 ni.. takut trauma

    ReplyDelete
  4. IM- iyer dik. Gram sgt. Dari ikhlas trus rase xikhlas. Hati sakit bila org buat anak kita camtu. Sbb kita pertaruhkan sepenuhnya kepecayaan kat dia utk jaga anak kita.tapi dia buat sebaliknya. Btol awk ckp sblm nak amik budak jaga, tgk dulu kemampuan diri.

    ReplyDelete
  5. Momoy- bdk kan apa die tahu. Ngis jela die reti..huhu

    ReplyDelete
  6. LYAfrina- awk pun pnah kena ke? Sama la kita trauma kan? Huhu.. kesian. Slalu tgk brita kat paper or ape saja jadi kat bdak2 lua. Xsangka jadi kat anak sndiri. Huhu T T

    ReplyDelete
  7. kesian Azriel.... puas u jaga elok2, semenggah je bile sampai dekat jagaan orang lain...

    Seram kan baca pasal isu babysitter/nursery sekarang....dekat2 Zurai ni pun 2-3 kes baby meninggal dlm jagaan pengasuh/nursery.... takat lampin x tukar, susu habis stok padahal dah budget confirm terlebihnye stok susu, merah2 etc mmg banyak le.... risau..risau..

    Yang paling risaunye, apa2 tindakan dari pihak berkuasa langsung x de/ mcm x de. Baby meninggal sana sini jadi isu dalam newspaper/ blog/fb sekejap je..tapi x de tindakan dibuat or nak membaikpulihkan keadaan..

    Menteri hal ehwal Wanita x anggap perkara ni satu yg serius ke eh?... ke sbb anak2 die sume dah besar .... risau la... (T_T)..

    ReplyDelete
  8. Hyde Dea- awak jangan cakap camtu kita jadi takut+sedih. Tula skg bahaya tau. awak jugak yg untung sebab tak perlu risau nak anta anak kat mane2.

    betul tu slalu kes bdak kena dera ni, yg jadi pelik pada kita bila kes tu jadi diam dan takda tindakan sewajarnya pada yang patut bertangungjawab. Lagi2 kena kat anak sendiri.. Harap2 semua ni dapat dielak lah jauh lah dr azriel huhu

    ReplyDelete
  9. Lebih kurang jer macam kes saya jugak.awal2 jaga ok sebab baby ada dua jer termasuk anak.tup tup masuk lg 1 baby dan kemudian lg 1 baby.memang anak sy time tue selebet jer la.padahal bukan hntr awal pun.selalu pukul 10pg.pkul 5 lbih dah ambik.kdg2 x hntr pun.hantar siap dah mandi.makanan pun bekalkan.yg buat sy geram tue.baju yg basah dimasukkan jer dalam beg plastik.lepas tue tuala pun masukkn dlm beg wlpun lembap campur dengan baju yg bersih..bukan nak demand suruh basuh ker..at least jgn cmpur dgn baju yg bersih.satu hal pulak nak kma basuh baju2 yg bersih tue.dia pernah jaga 13 orang dgn seorang pembantu.bayangkan lah macam mana walaupun selalu x full house..yg tengok dia jadi semakin x terurus bila kelab dia makin aktif.dia nie admin kelab tue..mana nak tumpu anak kalau asyik ngadap pc/hp ajer.tue belum lagi group wasap bs2 lg.umur pun dah lanjut.selalu la ngadu letih..sedih rasanya bila pikir balik.x pernah nak anggap diorang pekerja atau nak demand macam2..ini la jadinya bila bs2 x ikhlas buat kerja..asyik pikir duit jer..

    ReplyDelete
  10. Hoi..hoii.. hai Miss Lavender.. stuju statement awak kat ats. kan.. Bukan nak demamnd atau mengarah xtentu pasal, tapi perjanjian dr awal dah stuju.. end up die buat hal. mau tak hangin kan. sama lah nasib kita ni kan. Tapi alhamdulillah baby sitter yang baru skang sangat bagus dan baik hati. Anak pun dah trima die macam mama die sendiri. Rajin lak tu. Alhadullillah syukur sgt2..

    ReplyDelete
  11. Sy pnh ada bad experience mengasuh...jga baik sgt,tp mak da mula byk songeh...pagi2 anta ank berak x basuh,dr smlm berak...slalu anta pmpers anak penuh...mcm mna tu...siap instruct jgn bg ank tdo petang nnti mlm ank xnk tdo,dia ssh

    ReplyDelete

Bismilahirohmanirrohim

Powered by Blogger.