Azriel warded lagi disebabkan HFMD

by - September 16, 2014

Assalamualaikum.. baru nak aktif berblog, nasib aku tak berapa baik. Anak aku Azriel di serang jangkitan virus tangan kaki dan mulut atau HFMD. 



Alkisahnya, selepas kami balik dari kampung bersempena cuti hari merdeka, Aku hantar die rumah baby sitter macam biasa, sehinggakan hari Rabu, baby sitter bagitahu yang badan anak aku dedar, aku mintak pengasuh bagikan ubat sambil monitor, alhamdulillah sehingga tengahari, anak dah tak demam, semalaman bersama aku pun die memang tak demam, esok kan pagi Khamis, pengasuh bagitahu yang anak aku demam lagi, yang aku pelik, asal bawak rumah pengasuh je mesti demam, macam biasa aku minta pengasuh monitor dan bagi ubat makan. Sehingga ke petang Azriel ok lagi malamnya dia aktif je bermain, cuma aku notis die kurang nak makan, Bila aku tanya pengasuh, katanya semua ok je. Azriel menyusu macam biasa. sehingga membawak ke hari sabtu, Azriel merengek dan menagis setiap malam, makan taknak, minum apatah lagi, Bila aku bawa dia ke ruang tamu, mesti direbahkan badan ke lantai simen, sangka aku mungkin cuaca panas sangat. Aku On kan aircond. dia meniarapkan badan die seperti orang yang keletihan, sambil mulut mengomel. Aku tak perasan lagi yang dia sedang sakit. Sehinggalah dia menolak semua foods yang mana adalah favorite dia. even aku nak breast feed dia pun dia tolak. Dalam kepala aku mula tak sedap hati. dari situ demam kejap kejap ada kejap2 hilang selepas aku bagi ubat demam. Dahtu Azriel asyik merengek menangis, dahlah aku kepenatan dah start dari hari khamis 5/8/14 sehingga Sabtu aku tak tido secara betol, baru nak lelap Azriel nangis macam sakit sakit, macam kena pukul, dahtu nangis sambil tutup mata. Aku ingat dia mengingau atau ada gangguan halus. aku bacakan ayat suci. Dia tenang tapi hanya nak menempel dengan aku. Nak aku dukung setiap masa. Bertambah lah aku letih. Dengan en suami lansung dia taknak. Biasalah anak kalau sakit mesti nak kat ibu "ayat Daddy sedapkan hati aku". Tapi aku mula hairan bila air liur dia meleleh tak henti sejak dari hari Jumaat. So tergerak hati aku tengok keadaan secara teliti. Sebelum tu aku dapati terdapat bintik bintik merah pada badan azriel. So aku snap beberapa gambar tunjukkan pada kakak ipar untuk kenalpasti penyakit Azriel. So semua memutuskan yang anak aku kena campak. OK! campak.. noted. So Daddy call mak tanyakan ubat kampung yang boleh tawarkan campak. Ok air kelapa muda boleh sembuhkan dan tawarkan penyakit campak jika diberi minum dan juag boleh hilangkan parut, kata  kedua orang tua kami lah.


So mula lah aku buat research dan bertanya orang kawan kawan di FB, Kata diorang daun sebambu boleh hilangkan miang gatal gatal pada kulit, kata man nak cari mana ada tanam semua diorang bagitahu, sampailah ada yang sanggup nak tolong carikan dan hantar kat aku. Bersyukur ramai yang sudi membantu. Sehinggalah aku terbaca satu komen dari kawan serumah zaman bujang bagitau yang anak dia baru je sembuh dari sakit macam anak aku. Farra cakap simptoms yang Azriel ada seketol macam anak aku, ada bintik merah, raches sekitar leher tapak kaki dan tangan. Aku mula rasa tak sedap hati, nak nak malam tu anak aku asyik merengek dan menagis je. semalaman aku tak tidur dan anak aku asyik nak aku pangku dia, baju aku tak yah cakap lah basah kuyup dipenuhi air liur dia. Kenapa ni? tak paham aku, memang lah azriel kadang kadang meleh air liur, tapi bukan time camtu. So hati tak sedap, aku suarakan pada en suami tentang hal Fara post petang tadi, so en suami bukak Google dan buat research sudahnya kami jumpa tanda2 tu semuanya terdapat pada Azriel, Laju2 kami ke Hospital Pakar Kanak Kanak Bangi. Kami sampai dalam jam 2.18am. Jumpa Dr Alya, muda lagi doktornya. baik dan sangat detail dia terangkan kes anak aku. Finally got a result. Azriel suspected HFMD (hand food mouth disease). So ke ward lah pagi tu.


Apa itu HFMD.aka Penyakit kaki tangan dan mulut.

Penyakit tangan, kaki dan mulut ialah sejenis jangkitan virus yang disebabkan oleh beberapa kumpulan virus termasuklah enterovirus (setakat ini terdapat 66 jenis telah dikenalpasti).

Penyebab:

Terdapat beberapa jenis virus yang menyebabkan penyakit tangan, kaki dan mulut. Virus yang biasa yang menjadi penyebab penyakit ini ialah virus Coxsackie A16. Kadang-kala terdapat jenis kuman virus lain seperti virus Coxsackie A atau enterovirus 71 yang boleh mencetuskan penyakit ini. Virus Coxsackie merupakan salah satu dari jenis virus yang terdapat di dalam kelompok virus yang dikenali sebagai enterovirus seperti virus Polio, virus Coxsackie dan Echovirus.
Di Malaysia, kuman Echovirus 7 atau Echo7 telah dikenalpasti sebagai virus yang menjadi punca kematian seorang kanak-kanak dan mungkin juga tiga kanak-kanak yang lain, baru-baru ini. Wabak penyakit HFM yang berlaku tempoh hari (Sarawak 1997) adalah disebabkan oleh virus Coxsackie dan Enterovirus 71 (EV71). EV71 telah disah menyebabkan 4 dari 31 kematian akibat penyakit ini di Sarawak pada 1997.

Cara penyakit ini merebak:

Penyakit tangan, kaki dan mulut ialah penyaki berjangkit yang sederhana. Ia merebak melalui sentuhan atau kontak secara langsung dengan lelehan yang keluar dari hidung dan tekak atau najis mereka yang telah dijangkiti kuman ini. Penyakit ini amat mudah berjangkit pada minggu pertama pesakit menghidapinya. Penyakit tangan, kaki dan mulut tidak boleh merebak kepada atau daripada binatang peliharaan ataupun binatang-binatang lain.
Tempoh pengeraman dan peringkat bagi penyakit HFM:
Selepas seseorang itu dijangkiti kuman virus ini tempoh pengeramannya adalah di antara 2 hingga 6 hari. Gejala seperti demam dan ketidakselesaan pada mulut biasanya akan hilang pada hari ketiga atau keempat. Ulser mulut akan hilang pada hari ke 5 hingga 7 tetapi lepuh dan bintik-bintik merah di tangan, kaki akan hanya hilang dalam tempuh 10 hari. Demam berkemungkinan mencapai panas sehingga 39 C.

Faktor-Faktor Risiko

Kanak-kanak yang berumur di bawah 5 tahun amat mudah dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut. Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur. Jangkitan ini akan menghasilkan daya tahan (imuniti) terhadap virus tertentu tetapi serangan atau episod yang kedua mungkin akan berlaku berikutan jangkitan dari beberapa jenis virus yang lain dalam kelompok enterovirus.
Tanda-Tanda Dan Gejala
Di antara gejala jangkitan ialah:

  • Demam
  • Sakit tekak
  • Ulser pada tekak dan mulut
  • Sakit kepala
  • Ruam bersama lepuh terdapat di tangan, kaki dan di kawasan lampin
  • Hilang selera makan

Komplikasi

Kemungkinan berlakunya sawan berikutan deman panas.

  • Kemungkinan berlakunya jangkitan pada sistem saraf (seperti Meningitis virus atau Ensefalitis). Kemungkinan terdapatnya keradangan pada otot jantung (Myocarditis).
  • Komplikasinya sangat merbahaya dan boleh membawa maut.

Ujian-Ujian

Diagnosis penyakit tangan, kaki dan mulut boleh dilakukan berasaskan sejarah penyakit dan pemeriksaan fizikal. Biasanya pengesahan diagnosis melibatkan ujian darah yang dilakukan di makmal khas yang akan menentukan jenis virus yang terlibat.

Pemantauan

Sila hubungi doktor jika :-
  • Anak anda tidak membuang air kecil lebih dari 8 jam
  • Anak anda kelihatan begitu tidak sihat (kelihatan kusut, mengantuk, pucat atau berbelak-belak, resah atau meragam dan tidak dapat tidur atau berpeluh dingin)
  • Demam yang berpanjangan sehingga lebih daripada 3 hari.
  • Kesakitan pada mulut semakin teruk.
  • Anak anda mengalami lemah otot kaki dan tangan atau diserang sawan.

Jika anak anda ada menunjukkan simptom seperti di atas, dapat rawatan doktor segera. Jangan bersikap sambil lewa. Sebarang kelewatan untuk mendapatkan rawatan mungkin boleh menyebabkan kematian.
Prognosis


Kebanyakkan kes penyakit HFM adalah yang ringan dan sembuh sepenuhnya dalam masa 5 hingga 7 hari. Malangnya, sehingga hari ini kita tidak boleh menjangka siapa yang boleh sembuh dan siapa yang akan mengalami komplikasi yang menjurus kepada kematian.

Pencegahan

Kawasan di Malaysia yang mempunyai populasi terbesar terutamanya kawasan luar bandar, tidak digalakkan menggunakan ubat-ubatan tradisional dan merawat sendiri penyakit HFM jika telah disyaki. Penyakit HFM boleh menjangkiti mana-mana kanak-kanak dan di mana saja tanpa mengira kawasan geografi. Pengawalan penyakit daripada merebak mestilah diberikan keutamaan. Secara amnya, orang awam hendaklah mengikuti langkah-langkah berikut :-


Berhati-hati dan tumpukan perhatian kepada nasihat yang diberikan.
  •  Kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit HFM mestilah dibawa berjumpa doktor secepat mungkin. Jangan terlambat dalam mendapatkan rawatan.
  • Jangan bawa anak anda ke tempat awam seperti pasaraya, pusat membeli-belah, kolam renang awam, sekolah-sekolah, pusat penjagaan kanak-kanak dan lain-lain.
  • Anda mestilah lebih berhati-hati dari segi kebersihan semasa menyediakan makanan dan selepas keluar dari tandas. Basuhlah tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan dan sebelum dan selepas ke tandas.
  • Basuhlah tangan anda selalu terutamanya selepas menyalin lampin.
  • Permukaan yang telah tercemar hendaklah dibasmi kuman dengan menggunakan pencuci.
  • Basuh pakaian yang terkena kotoran secepat mungkin.
  • Jangan berkongsi barang kegunaan seperti tuala mandi, berus gigi, pakaian dan sebagainya.
  •  Elakkan diri daripada mengikuti aktiviti luar rumah sehingga pihak berkuasa telah mengesahkan selamat untuk menjalani kegiatan harian.
  • Elakkan diri daripada mendekati pesakit penyakit HFM.
  • Pihak kesihatan hendaklah memeriksa tahap kebersihan di tempat di mana terdapat ramai kanak-kanak tinggal (contohnya tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak) dan arahkan supaya tempat itu ditutup jika tahap kesihatannya tidak mencapai tahap kebersihan yang sepatutnya.
  • Kanak-kanak yang dijangkiti penyakit HFM tidak dibenarkan mengikuti program di pusat penjagaan kanak-kanak, sekolah atau aktiviti berkumpulan yang lain.


Langkah berikut adalah cara lain untuk pencegah yang boleh diambil:-


  • Berikan rawatan di rumah untuk kes yang tidak disyaki penyakit HFM tetapi jika anda nampak tanda-tanda komplikasi seperti sakit pada leher atau pada tangan dan kaki, segera dapatkan rawatan doktor.
  • Jika demam anak anda masih tidak berubah selepas diberi ubat, segera berjumpa doktor semula.
  • Jika terdapat tanda-tanda dehidrasi (kulit dan membran mucus kering, turun berat badan, meragam, keletihan, kurang air kencingl atau air kencing berwarna gelap), segera berjumpa doktor.


Ok sumber infomasi yang aku bagitahu kat atas ni pun aku dapat dari page Kesihatan so nanti boleh lah korang refer detail pasal penyakit ni.

Azriel dibenarkan balik selepas 3 hari berada di ward. Tapi start pagi khamis die mula demam tinggi dan berterusan meningkat suhu badan. dan kami terpaksa bawa dia ke hospital untuk kali kedua. dan kali kedua juga anak aku kena warded, sebab doktor cakap berkemungkinan kesan HFMD belum habis atau ada kman daalam darah ataupun denggi. Sebab sekarang musim denggi kata doktor. So pagi tu jugak jam 4.18am sekali lagi tangan si kecil dicucuk untuk ambil dalam untuk dihantar ke lab. ini dah masuk kali ke 5 darah anak aku kena amik.

So sepanjang tempoh berada di ward anak aku tak menunjukkan sebarang perubahan masih sama demam datang kejap kejap dengan suhu tinggi tiba2. Alhamdulillah segala ujian darah telah dijalankan dan mendapati ujian darah adalah normal. sel darah putih, air tulang blakang platelet darah pun semua normal. Tapi demam masih tak elok sehingga dia mula cirit birit. doktor risau berkemungkinan die di serang virus rotavirus untuk kali ke 2. Sebelum ni azriel penah kena Rotavirus.

Jumlah hari yang betul betul pulih dari sakit adalah seminggu start dari 8hb-16hb. Alhamdulillah azriel dah pun discharged dan nampak semakin sihat dan makan pun semakin banyak. menyusu pun kerap. Happy hati ni bila tengok anak sihat kalau tak. aku ni dah macam kucing hilang anak. Walaupun boleh dikatakan seminggu aku tak kerja dan seminggu jugak makan tido ku tak teratur. tapi sekarang aku rasa sangat lega dan bersykur sebab anak aku dan sihat, mintak mintak dah tak sakit berat yer sayang. kesian mommy ngn daddy susah hati tengok keadaan kamu.

Thanks jugak pada en suami yang sanggup ulang alik dan amik cuti untuk uruskan keperluan kami sepanjang di ward. moment yang aku tak boleh lupa bila aku pesan kat daddy supaya kemas baju aku dan anak bawa datang hospital. Nama pun orang lelaki. tak tahu lah lelaki lain tapi yang ni speacial punya cause of that my man..hahah aku gelak dulu ok.. kisahnya.. daddy bantai packing baju aku dan anak, tapi..tapi.. baju azriel die packed baju tido lain pair baju siang takda seluar.. adoiyaii camne nak pakai nanti yang aku punya baju dia bawak baju dan seluar yang macam aku nak keluar lepak mall dahtu takda baju anak dalam.. (spenderngn bra) yang aku stress tu dia bawak baju die siap lengkap dahtu underwear die punya banyak. Macam die lak nak bermalam kat hotel. bag2 tak payah citer. macam nak pindah rumah. Gelak dalam hati aku tengok die buat camtu. Sempat la jugak aku sound dia.."hai lah daddy nak pindah umah ke sampai 3, 4 biji bag daddy bawak ni.". diam je dia.. dahtu kes baju spender aku tu. ada ke slamber die jawab suh aku pakai spender die dulu semenara die balik amik... sabar jela,, hentam jela..Anyway..thanks for the support dan jugak penat letih drove all the way uruskan kitaorang ok..

last skali jom layan video anak aku. walaupun tengah tak sihat tapi masih semangat nak joget, nak bagitau mommy yang dia kuat lawan penyakit.



p/s : taknak dah duk ward sebab terasa macam Rapunzel sebab tak boleh tengok dunia luar. Dan Azriel menjadi sangat fofular dikalangan jururawat kat An Nur sebab nama die yang panjang dan kekerapan dia check in di situ. Sudah sudahlah Azriel mommy dah taknak masuk sana lagi ok. Nak kamu membesar dengan sihat dan cergas seperti kanak kanak lain ok.  

You May Also Like

0 Comments

Bismilahirohmanirrohim

Powered by Blogger.