Avent's feeding bottle untuk Azriel
Hari khamis lepas aku keluar ngan kak reen, sambil temankan kak reen beli barang untuk Aidilciptri. Jadi aku tumpang sekaki singgah di one baby world kat tepi Giant Melawati.
Sebelum ni Azriel guna Tommee Teppe. Tapi aku rasa cam die xbrapa nak suka dah ngan botol tu skang. Tanya Diyana mungkin sbb puting die spetutnya dah kena tukar dulu die masih kecil boleh lah guna saiz 1. Tapi skang die dah nak masuk 5bulan. Haruslah tukar ke dua atau saiz 3. Tapi disebabkan aku selalu tengok mak ngah (biras yang jaga Azriel) slalu guna botol susu Avent ni bila feeding Azriel dahtu habis plak susu tu. So atas nasihat mak ngah aku cuba lah tukar botol brand dan size punting. Memang tak disangka tekaan makngah betol. Azriel cukup selesa ngan botol avent tu. Tak tau kenapa mungkin size botol tu yg sangat praktikal dan suwiit2 je bila travel. Tomme Teppe pun ok dan aku suka desingnya. Dan die pun mudah untuk di cuci. Tapi takpe lah. Kita cuba try test la camne feel guna botol brand Avent ni.
Setakat ni bila aku tengok Azriel minum susu guna Avent brang dan size punting dah ditukar kepada 3. Result yang sangat memuaskan. Sebelum ni Azriel hanya minum 3oz x 4 botol = 12oz selama 9jam. Tapi sekarang nilai susu meningkat dari 4oz x 5botol = 20oz dlm 9 ke 10 jam. Bagus bukan.? Peningkatan yang sangat bagus. Mummy pun happy sangat2. Alhamdulillah syukur kepada Allah sebab jumlah susu badan aku masih maintain berisi dan cukup untuk aku kenyangkan anak teruna aku ni..sebolehnya aku memang berniat untuk breastfeeding Azriel selama boleh.. disampaing dapat jimatkan pengeluaran beli susu tin. Susu ibu juga banyak mafaatnya. Sedih jugak bagi ibu2 yang hampir kehabisan susu dada atau anak yang tak mahu di breastfeeding dr susu ibu. Banyak faktor yang berkaitan perkara ni.
So kesimpulannya setelah percubaan pertama menggunakan Avent's feeding bottle ni. Aku dapati Azriel sangat selesa dengannya. Dan juga tak mengganggu keselesaan feeding direct dari breast aku. Saiz botol yang sangat comey. Mudah dicuci. Eh..tang punting kena cuci teliti sbb model terbaru skang ada ring..leceh tapi puas hati lah.
P/s : Diyana ada cakap Avent brand yang mahal. Rase aku Dr Brown lagi mahal kot. Tomme Teepee pun lebih kurang gak. Alah takpe beli mahal pun tahan untuk beberapa bulan atau tahun kot..eh tahun? Sempat ke??
0 Comments
Bismilahirohmanirrohim