Penyusuan Susu ibu adalah yang TerBAIK. Jom sama-sama menyokong BREASTFEEDING
Seperti korang sedia maklum, Azriel dilahirkan dalam keadaan yang tidak cukup bulan, masa mula mula lahir memang kecil je tuannya. gambaran yang mampu aku bagitau sebelum ni pehe dan kakinya selaras je, takda lemak lemak terlebih. Berbekalkan niat memang semasa tengah sarat mengandungkan die lagi aku dah mula pasang niat kalau boleh akan terus breastfeeding Azriel sampai umur die 2 tahun Insyallah. Rancangannya camtu lah memandangkan aku seorang ibu yang bekerja.
Posisi
pelekapan
Tanda-tandakelengkapan yang salah
Penilaian samada bayi menyusu dengan baik
Posisi
Pegang bayi rapat ke arah badan dan payu dara ibu.
Pastikan kepala dan badan bayi lurus.
Ampu bahagian belakang dan punggung bayi dengan kemas.
Anda boleh memegangnya dengan berbagai cara asalkan anda merasa selesa.
Tanda-tanda pelekapan yang salah
Jika penyusuan berjalan lancar, puting ibu tidak mudah cedera kerana puting berada jauh ke dalam mulut bayi. Kebanyakan masalah yang dialami ibu adalah kerana posisi dan cara pelekapan yang tidak betul. Berikut adalah tanda - tanda pelekapan yang tidak betul dan boleh mengakibatkan masalah semasa penyusuan:
Puting kelihatan leper semasa dikeluarkan dari mulut bayi selepas penyusuan.
Rasa sakit di puting semasa dan selepas penyusuan.
Payu dara mungkin bengkak.
Susu tidak dikeluarkan dengan berkesan.
1. Timba ilmu sepanjang masa
Sebaik-baiknya sejak dari awal usia kehamilan, anda sudahpun memasang niat untuk menyusukan bayi sejurus selepas kelahirannya. Dalam masa yang sama, anda dan suami digalakkan untuk menyertai mana-mana kelas persediaan penyusuan susu ibu yang kini banyak dikendalikan oleh kaunselor-kaunselor laktasi bertauliah.
Setelah selamat melahirkan bayi, anda perlu menanam sikap rajin membaca bahan bacaan berkaitan dan melayari laman web atau forum yang banyak mendedahkan maklumat penting tentang penyusuan susu ibu seperti La Leche League Leader (LLLL) atau Kellymom.
Sekiranya anda mengalami apa-apa masalah berkaitan, dapatkanlah pandangan dan penjelasan bagi menjawab apa jua kemusykilan yang dihadapi daripada kaunselor dan pakar laktasi yang diiktiraf. Anda boleh merujuk kepada rangkaian Malaysian Breastfeeding Peer Counselor untuk menimba ilmu penyusuan ibu.
2. Mulakan dengan betul
Dalam usaha menyusukan bayi, anda perlu belajar dan mempraktikkan ilmu yang diperolehi. Untuk itu, keraplah menyusukan bayi. Hal ini penting untuk membantu anda mengaplikasikan posisi penyusuan yang selesa dan pada masa yang dapat memastikan bayi melekap dengan betul.
Ingatlah, bahawa salah satu intipati kejayaan penyusuan susu ibu bergantung kepada kekerapan penyusuan. Untuk itu, anda harus menyusukan bayi mengikut keperluannya. Selanjutnya, anda digalakkan untuk tidur bersama bayi (co-sleeping) sepanjang tempoh penyusuan agar berupaya untuk menyusukan bayi pada masa-masa yang diinginkannya.
Sementara itu, anda diingatkan agar tidak menggunakan puting kosong dalam usaha menenangkan bayi yang meragam. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan bayi mengalami masalah keliru puting. Sama juga halnya dengan penggunaan botol ketika menyusukan bayi. Alternatifnya, anda boleh menggunakan picagari, sudu atau cawan khas bagi membolehkan bayi meneruskan penyusuan susu ibu ketika anda tidak berada di dengannya sepanjang tempoh bekerja.
3. Simpan stok susu
Bagi memastikan bayi mendapat susu mencukupi sepanjang ketiadaan anda ketika bekerja, pastikan stok perahan susu ibu yang ada memenuhi keperluannya. Sewaktu berada di tempat kerja anda perlu menjalankan rutin memerah susu supaya anda dapat menyimpan stok perahan susu ibu yang bukan sahaja cukup untuk keperluannya esok hari malah untuk tempoh jangka masa yang lebih panjang.
Dalam pada itu, anda lebih disyorkan untuk memerah susu ibu menggunakan tangan menerusi aplikasi teknik Marmet. Namun, jika kesuntukan masa dan/atau masih belum mahir untuk melakukan teknik ini, anda boleh menggunakan pam payu dara yang bersesuaian.
4. Peralatan penyusuan berkaitan
Anda tidak perlu membazirkan wang yang ada untuk membeli peralatan penyusuan tertentu yang kadang kala tidak diperlukan langsung. Lebih baik wang itu diperuntukkan untuk kegunaan lain yang lebih penting. Jika keliru tentang peralatan penyusuan yang benar-benar perlu dimiliki, anda boleh bertanya dan merujuk kepada para ibu lain yang telah berjaya menyusukan bayi masing-masing. Kongsi pengalaman mereka dan jadikan ia panduan untuk anda membuat keputusan yang tepat untuk diri dan si manja.
5. Bincang dengan majikan
Amat penting untuk anda mengadakan perbincangan dari hati ke hati dengan pihak majikan bagi membolehkan anda menggunakan sedikit waktu daripada masa kerja untuk melakukan rutin memerah payu dara. Ini bagi mengelakkan sebarang isu tidak puas hati antara kedua-dua belah pihak.
Pada masa yang sama, anda boleh mengutarakan pandangan kepada majikan untuk menyediakan ruangan khas bagi membolehkan anda dan rakan-rakan lain yang turut sama mengamalkan penyusuan susu ibu secara eksklusif untuk memerah susu ibu. Jika pandangan anda diterima baik oleh majikan, sudah pasti anda dan yang lain boleh melakukan rutin harian itu dengan tenang yang secara tidak langsung membantu pengeluaran susu yang lancar dan berkesan.
6. Perah susu di pejabat
Anda amat digalakkan untuk memahirkan diri mengamalkan teknik Marmet ketika memerah payu dara. Namun, jika pam payu dara menjadi pilihan, gunakan pam yang bersesuaian dengan corak kerja anda. Hal ini penting untuk memastikan rutin mengumpul stok perahan susu ibu berjalan lancar tanpa perlu menghadapi banyak masalah.
Sekiranya bekerja 8 jam sehari, anda digalakkan untuk memerah payu dara sekurang-kurangnya 2 hingga 3 kali sepanjang tempoh berkenaan. Bagi yang perlu bekerja untuk tempoh masa yang lebih lama daripada itu pula, tingkatkan kekerapan sesi memerah payu dara.
7. Kurangkan tekanan
Sememangnya tugasan pejabat agak melelahkan dan boleh membuatkan anda tertekan dan boleh menyebabkan penghasilan susu ibu terjejas. Dengan melakukan rutin memerah payu dara, anda akan lebih tenang! Ini kerana hormon yang dirembeskan ketika itu menimbulkan ketenangan. Pasti prestasi kerja anda lebih efektif apabila kembali melakukan tugasan pejabat. Tambah tenang lagi jika sewaktu memerah payu dara, anda memandang potret gambar si manja.
Antara lain, anda juga boleh menutup lampu ketika melakukan rutin itu. Saat ini, bayangkan bayi sedang menyusu sambil menutup mata. Anda pasti dapat mengumpul amaun susu yang lebih banyak daripada biasa.
8. Makan secara sihat
Salah satu faktor kejayaan penyusuan susu ibu secara eksklusif ialah menjaga dengan teliti corak pemakanan seharian. Oleh itu, jangan sesekali mengetepikan waktu makan utama iaitu sarapan, tengah hari dan malam. Makanlah dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Anda digalakkan untuk makan di atara waktu makan utama dengan mengambil snek berkhasiat seperti buah-buahan segar dan sebagainya.
9. Ikut keperluan bayi
Dalam apa jua amalan yang ingin dipraktikkan, pasti akan timbul masalah. Jangan khuatir. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Jika anda berhadapan dengan masalah susu semakin berkurangan, ambil cuti dan luang lebih banyak masa untuk menyusukan bayi secara eksklusif.
Makan makanan yang berkhasiat. Piramid makanan yang lengkap. Nak lebih bagus ambil Set Penyusuan Shaklee. Insyallah semua vitamin dan mineral ibu dapat, bayi juga menikmati melalui susu ibu.
Minum air kosong, sekurang-kurangnya 3 liter. Barulah berkesan rahsia cara banyakkan susu ibu nie.
Bila dan mula berkerja. Buat jadual mengepam (3 jam sekali). Jangan buat je, pastu ke laut. Cuba berdisiplin ikut jadual.
Jika sukar mengambil cuti, anda perlu meningkatkan sesi memerah payu dara di pejabat. Di rumah pun, anda perlu memerah payu dara untuk merangsang penghasilan susu selain lebih kerap menyusukan bayi mengikut keperluannya.
Jika hanya bergantung dengan alfalfa/ESP sahaja masih boleh menghasilkan susu dengan banyak kerana sifat ALFALFA/ESP itu sendiri iaitu sebagai agen yang membantu badan stimulate susu dengan lebih cepat. Sebab itu mereka yang mengambil 2 biji alfalFa pasti akan merasakan perbezaan ketara apabila pengambilan ditingkatkan kepada 6 biji sehari iaitu 2 selepas makan pagi , 2 selepas makan tengahari dan 2 selepas makan malam. atau jika mereka mengambil kombinasi ESP dan alfalfa. Si ibu akan merasakan susunya cepat bengkak terutama apabila pengambilan air yang banyak serta sesi perahan yang konsisten setiap 2-3 jam sekali. NAMUN malangnya pada satu tahap si ibu itu akan merasa sangat letih dan mulalah datangnya sifat moody, mudah mengantuk bila pulang kerja(tidak mampu bertahan buat kerja rumah), kedinginan terhadap seks dek kerana mengantuk dan keletihan yang melampau. Ini kerana si ibu hanya tertumpu kepada pemakanan yang membanyakkan susu. Maka badan akan memaksa menghasilkan susu sebanyak mungkin tidak kira apa jua keadaan si ibu. Risikonya pula jika si ibu tidak membuat perahan sehingga mengosongkan payudara, susu tersumbat atau nama lain clog duct mudah berlaku.
B Complex~Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)
Vitamin C~Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu
Alfalfa~Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim
Energising Soy Protein (ESP)
- Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar.
- Membekalkan tenaga
- Memberikan rasa kenyang
- Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat
- Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit
- Membanyakkan susu badan (milkbooster)
- Membantu mengekalkan kepejalan otot
- Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
- mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat
10 Comments
Comel...x digalakkan letak susu pd bhgn tepi pintu freezer tu
ReplyDeletekenapa Humaira saya xtau pun. cer citer please nak tau nih
Deleteagaknya takut tak sengaja tertutup pintu tu, terpecah plastik atau terjatuh kot
Deletelogik gak tu momoy..apelah cml pun xterpikir camtu hukhuk
Deletewalaupun momoy xde baby tapi baca juga entri comel ni sampai habis
ReplyDeleteilmu untk masa depan
dear, kagum la hasil penulisan dear
jarang ada orang nk share benda2 ilmu mcm ni
terbaik...
dan si baby Azriel sangat2 cute !!
geram jer =)
penulisan jgn di puji banyak ke laut tau hahah. bila baca balik cam dah buat journal pun hado.fening sendiri baca balik.
Deleteheheh usah kan momoy cml sndiri pun gram..hari2 gomol die hahahahah
comelllll nyerrr. dah la putih. cute cute cute 100x
Deletehahahah..tq tq tq..nt momoy punya baby pun akan putih cute2 gak nt
DeleteThanks...semoga dipermudahkan n dapat menyusu baby sampai 2 tahun tau :)
ReplyDeletemost welcome and thank you too kakak..amin..harap2 sgt sampai 2 tahun
ReplyDeleteBismilahirohmanirrohim