Berpantang

by - June 11, 2013

Hah lame betul nak tunggu tempoh pantang habis, trase nak mereng jap ako dibuatnya. nak2 duk kampung kan..line tenet xbrape nak maju. kejap kejap ada cam biskut plak, ada satu masa sampai melekat ako kat dinding nak cari signal, siyot je..



Betul ke tempoh berpantang adalah waktu rehat yang terbaik untuk wanita selepas bersalin cam ako? erm kalau tanya ako takda maknanya. Sebabnya itu adalah satu tempoh ujian dimana fasa terbaru dalam rutin kehidupan seharian korang akan berubah. takkan boleh nak tido sedar2 pagi besok langit dah cerah, Sebab anak korang akan menguji ketahan mental juga ketahan mata korang tak lupa juga kudrat yer tuan puan. Perghhhh...sampai sakit tulang belikat ngn pinggang kot. Sebabnya anak akan bangun menyusu 2 ke 3 kali untuk satu malam kadang2 bangun untuk tukar pampers dan kadang kala anak korang taknak tido. Saja2 kebil2kan mata berjaga. Dahtu kita sebagai ibu takkan nak tido haruslah korang jadi mesin monitor. Paling tak pun bila die bosan mula lah ujian suara. tudiaaaa...1 kampung boleh dengar tangisan die.test vocal katanya.

Untuk ibu2 yang breast feeding anak cam ako ni, 3 jam skali kena lah bangun pump susu. Kalau x nanti breast bengkak dan mengeras. kesudahannya kalau tak diikut secara rutin akan berakhir cam ako demam bengkak susu. sangat seksa lenguh lumpuh satu badan nipple sakit breast pun sakit. bila pump baru lah rase lega sikit. Alhamdulillah hasil perahan susu yang sangat meriah syukur memang rezeki Azriel. Ok itu pantang bab susu dan berjaga malam.

Sekarang pantang bab makan plak. Memandangkan ako jalani proses C sec masa lahirkan Azriel, cara berpantang ako jugak berbeza dengan kaum ibu yang normal. Sah2 benda2 gatal makanan lauk xboleh makan sebab luka dibahagian bikini line ni mmg leceh sikit nak jaga. nak2 tempat simpulan benang adeii susah jugak nak jaga. bila mandi basah 1 badan terkena luka mesti jahitan akan terbukak. dahtu mula lah kena sapu ubat tutup lah kejap bila mandi balik terbukak balik. nak kata sakit xda rase. erm..Memadangkan ako berpantang di rumah MIL makanya segala pantang haruslah mengikut MIL punya STYLE. selama 44 hari ako hanya makan roti bakar, biskut jacob/kering@mayat, nasi putih lauk ikan selar bakar dan sayur sawi atau lobak putih. minuman plak air horlick n air panas suam. ubatan dalaman adalah gamat asli dan air kunyit. erkkk...telan tutup mata senafas je kot. Rase yang xboleh blah. Bab makan ako tak kesah sbb bagi ako lauk2 tu mmg membuka slera tekak ako. 

Pantang larang selama 44 hari yang ako terpakse amalkan. Pakai stoking 24jam bukak time masuk tandas je. nak2 plak ako pantang dalam musim panas..omak haih..cam udang salai dah xtahan..kesudahannya ako bukak aircond. mane tahan ko..dahlah makanan ako sume di letak lada hitam..teguk air pun berpeluh sampai lencun kalah blari 100 meter. baju kena pakai baju lengan panjang.( yang ni maap ako mmg x ikut bantai pakai lengan pendek je. lagi satu kalau berpantang kan kena pakai kain batik..hahah ako gamble..bantai pakai seluar je senang nak gerak leceh pakai kain.Rambut kena ikat sanggul tggi2..tapi ako kadang2 lepas cam biasa je. teruknya ako ni..ako bab makan je ikut betul2 pantang bab lain mmg tak lah..hahah sebab ako xsuka benda2 leceh menyusahkan..duduk atas lantai xboleh lah.mandi sekali sehari je. kalau dah panas sgt boleh lap guna towel ngn air panas.pergh..tang mane nak sejuk badan mmg ko akan berterusan berpeluh.

Pantang bayi dan ibu dalam tempoh berpantang. Mandikan anak guna air suam, malam je hanya boleh lap. pegang anak xboleh tadah sebaliknya kena amik (kata MIL bila kita tadah anak kita cam sambut org mati) macam2. Dahi anak ako dicalik celak mekah betol2 tengah2 dahi (kata MIL untuk elak hantu setan ganggu) Bukan ape ayat2 quran kita mmg dah baca amal dan letak yassin tepi tapi ini untuk antu setan liar. cam tu lah kata MIL. Kapur makan lak mesti kena calit kat blakang telingan anak dan ibu bila ada kematian dlm kmpung. samalah fungsi untuk elak gangguan. kalau nak pandang bayi kita tak boleh tatap terlalu lame ibarat kita sedang tatap org mati. (yang ni ako mmg xpaham...macam2 kadang2 ako pikir cam mengarut je..layankan saja lah kalau org tua dah kata tak elok ikutjela tak yah banyak bunyi. Tak boleh tatap/main ngn anak dari atas takut mata juling. kalau baringkan anak kepala kena mengadap dinding xboleh bagi orang suka2 lalu ats kepala die xelok katanya. bu ngn anak tak boleh kena matahari atau hujan. tak boleh keluar rumah selama 44hari. tak boleh buat keje walau sekadar buang sampar pampers anak sendiri. huh..dasyat ako dah rase bosan giler banyak sangat pantang larang. banyak lagi tapi ako tak brape ingat lah. Bila anak nak tido je kena tangkal atau baca ayat suci untuk budak lena tido dan utk elak gangguan. Macam macam jugak pantang larang ni.btol jugak kalau di ikutkan keadaan kita time tu dgn berdarah nifas dahtu ada anak kecik lagi mmg wanted lah orang tua2 cakap. Nak masuk umah kena cuci kaki dah cam orang zaman dulu2, baca ayat kursi ludah 3 x kat luar umah sebelum masuk. erm..leceh tau ak...tapi demi keselamatan anak ako buat lah berserah kepada Allah Die yang lebih berkuasa.

Skang ako lega sebab baru je tamat tempoh berpantang, lega rasanya. Tapi MIL sering acap kali pesan antara pantang2 tu kena ikut sampai anak dah usia 3 ke 4bln. takpelah ako ikut jela sebab die orang tua yang lebih berpengalamn.




p/s : tak boleh lupa saat2 berpantang dikampung, seksa kot terlalu banyak benda/perkara yang xboleh dari boleh yang buatkan ako xsuka berpantang. owh lupa nak bagitau. Selama berpantang ako xdapat nak makan jamu dan jugak berbenkung barut bagai. sebab ako cser kan? nak makan jamu isaukan anak breast feeding. nak pakai benkung xdapat sebab jahitan blom elok dan mmg cser xleh berbengkung. huhu kelaut la cutting ako anak oii..demi kamu punya pasal mummy rela hokey..besar nanti jadi anak yang baik soleh dan berjaya okey?!

You May Also Like

5 Comments

  1. oh dear dah update. rindu sangat dengan comel. momoy tgk pix baby dear. comel sangat. seyes kiut. aduii. nak baby juga la.
    ciom kan baby dear untuk momoy yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Momoy comel pun wendu momoy. Tula duk kg cmtula yunk. Skg da blik uma rse lega. Tq2 momoy yg cute. Ok nt cml tlg ciom kn yek

      Delete
    2. so hajat kt sidebar 'nak anak yg comel lotey' dah tercapai =)
      nama pun dasyat... terbelit nk baca. hihi

      Delete
  2. Momoy pasan ek wishlist comel ek? heheehh suka suka suka dan bersyukur tercapai hajat..usah momoy cml sendiri pun amik masa nak sebut nama ank sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti lah perasan. sbb banyak dah yg tercapai. syukur =)
      tumpang gembira juga ^^

      Delete

Bismilahirohmanirrohim

Powered by Blogger.